Projek kondo sebelah masjid: Uji wibawa Abdullah, Umno
Pulau Pinang 

Oleh Zulkifli Mohamed
http://www.malaysia-today.net/blog/2005/11/projek-kondo-sebelah-masjid-uji-wibawa.htm

PULAU PINANG: Cadangan projek pembinaan Kondominum 24
tingkat dan 94 unit rumah teres dua tingkat,
bersebelahan Masjid Jamek Jelutong, yang mendapat
bantahan penduduk Islam di sini sejak tahun 1997,
dilihat mencabar kewibawaan Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Badan
Perhubungan Umno negeri ini.

Apa tidaknya, kerana arahan beliau sebelum ini yang
mahukan status tanah terlibat dikaji dan ditebus
semula untuk kepentingan penduduk Islam dipandang sepi
apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPPP), tetap meluluskan projek tersebut.

Lebih menariknya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Rashid
Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno, dikatakan lepas tangan dalam hal
ini.

Kemelut yang berlanjutan 8 tahun itu hampir
mencetuskan pergaduhan antara penduduk dengan pemaju
apabila pihak pemaju Richmond Sapphire Sdn.Bhd.
bertindak ala gengster menutup Jalan Masjid, iaitu
laluan utama penduduk kampung bagi melakukan kerja
awal pembinaan projek tersebut. 

Kejadian kira-kira jam 3 petang pada 13 Oktober lalu
itu mendorong pengurusan masjid berkenaan bertindak
membuat laporan polis. 

Berikutan kemelut yang tidak berkesudahan itu, pada 18
Oktober lepas lebih 1000 anak kariah mengadakan
demonstrasi aman kira-kira 30 minit di perkarangan
masjid berkenaan, sejurus selesai solat Jumaat.

Beberapa sepanduk yang dibawa tertera perkataan
mempertikaikan pihak-pihak terbabit antaranya Timbalan
Ketua Menteri, bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr.
Hilmy Yahya, MPPP, Majlis Agama Islam Pulau Pinang
(MAIPP) dan beberapa individu yang terbabit dalam
kemelut hampir 9 tahun itu.

Antara sepanduk yang tertera ialah ‘Dato’ Rashid
Abdullah apa dah jadi’, ‘Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang, jawatan mau, kerja tak mau, membebankan Pak
Lah saja’, ‘Dr Hilmi? Mana janji masjid baru kami?’,
‘MPPP = Melayu Pulau Pinang Punah’, ‘Majlis Agama
Islam Lemah Tiada Kuasa’, ‘Melayu diperlukan masa
pilihan raya sahaja’, ‘Pak Lah tolonglah… nasib kami
penduduk Jelutong’. 

Menurut Pengerusi pembangunan masjid itu, Omar Abd.
Kadir, 65, tanah di Lot 326 hingga 332 Seksyen 1 dan
Lot 581,586 dan 589 Seksyen 14 diperlukan untuk
pembinaan masjid baru.

Katanya pembinaan masjid baru itu bagi menampung
kapasiti jemaah yang semakin meningkat.

“Jelutong kini ada 10,000 umat Islam dan kapasiti
maksimum masjid sekarang hanya 1500 jemaah,” katanya
dalam sidang media selepas demontrasi itu.

Menurut Omar, tanah seluas 2,355 meter persegi asalnya
milik Melayu, kini telah berpindah milik kepada
syarikat Concord Land.

Katanya, Datuk Seri Abdullah pernah mengarahkan
Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Unit
Penyelarasan Pelaksana Jabatan Perdana Menteri untuk
bertindak dan beliau memberi jaminan tanah itu akan
ditebus semula.

Menurutnya, penilaian status tanah itu turut
melibatkan Jawatankuasa Kerja Pemandu (JKP) Pulau
Pinang di bawah Kementerian Kewangan.

Kata Omar, hasil penilaian JKP, tanah tersebut tidak
membawa keuntungan kepada kerajaan.

“Kita harap sangatlah pemimpin Melayu yang ada di
atas, sekurang-kurangnya mereka dapat membantu kita.”

“Kita hendak memperjuangan nasib kita hanya kerana
rumah Allah ini.Tapi jika inipun tidak boleh, kita
hendak kata apa lagi,” jelasnya kesal.

Sementara itu, Setiausaha Masjid, Zubir Amir,48, kesal
dengan sikap Timbalan Ketua Menteri, yang lepas tangan
dalam isu ini. 

“Kami telah berjumpa Timbalan Ketua Menteri sebelum
Ramadan, dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak
menerima sebarang surat daripada Perdana Menteri,”
jelas Zubir. 

Hanya pada 13 Oktober 2005 lepas, kata Zubir, barulah
Datuk Rashid menghantar surat kepada Yang Dipertua
MPPP, Datuk Ahmad Faisal Talib memohon penjelasan
status tanah tersebut. 

“Tindakan itu telah terlambat kerana pelan (projek)
telah dilulus 8 Disember 2004,” kata Zubir.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Jelutong,
Abdul Razak Abdul Rahman memberitahu, pihaknya telah
memaklumkan masalah itu kepada Perdana Menteri.

“Setakat ini kami belum mendapat maklumbalas.”

“Tapi walau bagaimanapun Pemuda tetap bersama anak
kariah membantah projek pembinaan tersebut. Ini bagi
memastikan nasib orang Islam, khususnya nasib orang
Melayu Jelutong terbela,” katanya yang baru dilantik
sebagai Ahli Majlis MPPP.

Dalam pada itu, AJK Keadilan Pulau Pinang, Mohd Rafi
Osman berharap Perdana Menteri lebih prihatin dengan
nasib Melayu Islam di Jelutong.

“Kita harap Abdullah dapat menunaikan hajat anak
kariah untuk membina masjid baru,” katanya yang juga
anak kariah Jelutong. 

Sementara itu, YDP PAS Tanjong, Syed Mohd Nazli Syed
Mohamad berkata pihaknya menyokong usaha murni
jawatankuasa masjid.

“Mudah-mudahan kita tidak kena tipu lagi, kerana kita
telah lama ditipu,” katanya yang mengetuai doa selepas
demontrasi itu.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

<<attachment: Masjid_Jelutong.jpg>>

Kirim email ke