Merengkoklah mereka-mereka yang zalim dan tidak bertanggungjawab kelak di Neraka Jahannam insha ALlah jika tidak berubah, insaf & bertaubat..
WALlahu'alam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Diskriminasi ISA di pagi Syawal
Siti Normah Ismail -
 
Tahun ini merupakan tahun ke empat saya dan anak saya meraikan Aidil Fitri di Kem Tahanan Kamunting. Seperti tahun-tahun sebelum ini kami bertolak awal pagi dari rumah supaya dapat sampai awal dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan suami.

Kami sampai di Kem Kamunting lebih kurang pada pukul 11 pagi. Sebaik sahaja saya sampai di tempat meletak kereta, saya telah bertemu dengan salah seorang isteri tahanan yang baru sahaja berjumpa suaminya.

Selepas bertanya khabar, saya telah bertanya kepadanya bagaimana perjumpaan hariraya pada kali ini. Beliau telah memberitahu saya yang dia dapat bertemu suaminya tanpa sebarang sekatan dan dapat bertemu dalam suasana kekeluargaan.

Menurutnya lagi hanya 29 orang tahanan sahaja yang ‘terpilih’ dapat bertemu keluarga di tempat tersebut kerana ‘telah pulih dan berkelakuan baik’.

Setelah itu saya pun menuju ke tempat pendaftaran pelawat yang di sediakan bersebelahan tempat menunggu. Saya dapati pada kali ini pihak KEMTA telah membuat persiapan yang boleh dikatakan agak ‘hebat’ juga, di mana tempat pendaftaran diletakkan bersebelah tempat menunggu, penjual burger juga telah menggoreng daging burger dan roti burger telah di potong dengan begitu banyak dan air minuman untuk dijual juga telah dibancuh dengan banyak kerana mereka menyangka ramai ahli keluarga yang akan datang melawat.

Tetapi sangkaan mereka meleset kerana bilangan keluarga yang datang melawat tidak ramai. Pada masa saya sampai di sana saya dapati hanya dua keluarga sahaja yang sedang menunggu.

Saya juga tidak perlu menunggu dengan begitu lama kerana tidak sampai 15 minit menunggu saya telah dipanggil masuk. Apabila saya masuk ke dalam barulah saya tahu yang suami saya tidak termasuk dalam senarai 29 orang ‘terpilih’ itu.

Saya bertemu suami saya dengan dipisahkan oleh cermin dan berkomunikasi dengan menggunakan interkom dan masa yang diperuntukkan hanya 45 minit sahaja. Interkom tersebut akan terputus secara automatik setelah cukup 45 minit.

“ Pulih dan insaf”

Saya telah bertanya kepada suami saya kenapa ada dua kumpulan tahanan tersebut. Kata beliau, mereka yang bertemu secara terbuka adalah mereka yang kononnya telah ‘pulih’. Di mana proses pemulihan yang telah mereka jalankan itu ialah:

* Mematuhi segala peraturan KEMTA
* Memanggil semua pegawai KEMTA dengan panggilan ’tuan’
* Menyanyi NEGARAKU.

Pihak KEMTA memang telah merancang untuk merasmikan penggunaan interkom ini pada hari raya pertama ini, kerana beberapa hari sebelum hariraya salah seorang isteri yang melawat suaminya ada memberitahu saya mereka masih berjumpa seperti biasa iaitu di sebalik “ fibre glass “ yang berlubang sebesar syiling 50 sen, dan kakitangan KEMTA telah memberitahunya interkom akan mula digunakan pada hariraya pertama ini.

Walaupun sepanjang empat tahun ini kami sekeluarga menyambut aidil fitri dalam suasana yang sedih, tetapi aidil fitri kali ini adalah merupakan aidil fitri yang paling menyedihkan kami. Saya dan anak tidak berpeluang untuk bersalaman dan mencium tangannya seperti hariraya yang lalu.

Namun dengan kekuatan dan semangat yang ada saya dapat menyembunyikan perasaan tersebut, begitu juga dengan beliau. Saya juga telah berpesan kepada anak saya semenjak dari rumah lagi mungkin hariraya ini tidak sama seperti hariraya yang lalu, jadi saya meminta supaya dia tidak terlalu berharap yang dia dapat memeluk bapanya kali ini.

Daripada apa yang berlaku jelaslah bahawa ISA ini sebenarnya bertujuan untuk memberi tekanan bukan sahaja kepada tahanan malahan ia turut memastikan isteri dan anak-anak juga turut menerima merasai tekanan tersebut.

Pihak KEMTA juga telah mengklasifikasikan tahanan kepada dua kumpulan iaitu mereka yang di kategorikan sebagai golongan yang telah ’pulih dan insaf’ serta satu golongan lagi sebagai mereka yang masih gagal untuk ’dipulihkan’ dan masih lagi ’tidak insaf’.

Sebagai balasan di atas ’keinsafan’ serta berjaya dalam sessi ’pemulihan’ tersebut, maka pada hariraya ini mereka diberi layanan bertaraf ’lima bintang’.

Dengan adanya golongan yang telah ’insaf dan pulih’ ini pihak KEMTA telah berjaya menjadikan mereka sebagai contoh kepada keluarga tahanan yang ’belum insaf dan belum pulih’ ini.

Dengan ini pihak KEMTA telah berjaya mejadikan 29 orang ini sebagai golongan yang benar-benar ’insaf’ dan ’menyesal’ di atas segala tuduhan yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini.

Saya kesal, kenapa pada hari yang baik ini pihak KEMTA tidak boleh melakukan kebaikan dan mencari sedikit pahala dengan mengaturkan perjumpaan hariraya seperti tahun-tahun yang lalu.

Kenapa kerajaan Islam Hadhari tidak melihat ini sebagai suatu ibadah? Mungkinkah nilai-nilai ibadah seperti ini tidak termaktub dalam ajaran Islam Hadhari?

Sunyi dan sedih

Pada awal Ramadhan lalu beribu-ribu tahanan di Penjara Abu Gharib telah dibebaskan sempena kedatangan bulan yan penuh berkat ini dan beribu-ribu tahanan dari penjara yang sama juga telah dibebaskan sempena kedatangan Syawal baru-baru ini.

Tetapi di Malaysia 1 Syawal pula merupakan hari yang paling sesuai bagi Kerajaan Islam Hadhari untuk terus memberi tekanan terhadap tahanan serta keluarga mereka.

Walaupun telah empat tahun berpisah dengan suami dan telah empat tahun juga kami menyambut hariraya tanpa suami, tetapi saya tetap tabah menghadapi keadaan ini dan saya yakin orang yang menzalimi kami telah menerima balasan di atas tindakan beliau memisahkan kami dengan orang yang kami cintai.

Dan kami akan terus berdoa agar beliau terus menerima balasan dari Allah selagi berbuat zalim terhadap kami.

Walaupun telah empat tahun dipisahkan dengan suami tidak pernah sekalipun saya mengeluh dan bercerita kepada sesiapa tentang kesedihan dan kesunyian kami sekeluarga tanpa orang tersayang. Berbanding dengan orang yang menzalimi kami yang kini memberitahu satu negara tentang rasa sunyi dan rindunya apabila kehilangan isteri tersayang.

Adakah keluarga tahanan ISA tidak sunyi? Apakah anak-anak kami tidak sedih?

Kami sekeluarga akan terus berdoa agar segala kepedihan, kesedihan dan kesengsaraan yang kami alami sepanjang perpisahan dengan orang yang kami cintai ini akan turut dirasai oleh orang yang telah menzalimi kami.

-----------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Isteri tahanan ISA , Abdullah bin Silam (ATP 2552/02)


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke