Ramadhan baru berlalu, namun umat Islam masih lagi
dalam kehangatan meraikan Syawal. Ramadhan
mengingatkan kembali betapa umat Islam digalakkan
membantu mereka yang tidak bernasib baik, golongan
fakir miskin dan anak-anak yatim

Terdengar juga keluhan daripada beberapa golongan yang
kurang mampu, mereka yang berpendapatan rendah yang
tidak mendapat bantuan Idil Fitri daripada Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ianya bukan
berpunca MAINS tidak mempunyai dana kutipan zakat yang
mencukupi, tetapi puncanya ialah MAINS tidak mempunyai
kakitangan yang cukup, cekap dan terlatih.

Ini jelas terbukti apabila dibandingkan dengan Pusat
Zakat Selangor, MAINS yang dibawahnya Pusat Zakat
Negeri Sembilan dan Baitul Mal tidak mempunyai laman
web yang mesra pengguna, dimana umat Islam di negeri
ini dapat mengakses internet dengan mudah untuk
mengetahui perkembangan terkini kutipan dan agihan
zakat di negeri ini. Bukan itu sahaja , bahkan Pusat
Zakat Selangor menyediakan borang bantuan zakat secara
“on-line” yang sudah pasti memudahkan jawatankuasa
masjid dan surau untuk menyalurkan maklumat terkini
ahli kariah mereka yang memerlukan bantuan zakat.

Menurut maklumat yang disediakan dalam laman web Pusat
Zakat Selangor ( www.e-zakat.com.my ) ini banyak
bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada umat Islam
yang memerlukan yang termasuk dalam lapan asnaf
penerima zakat iaitu golongan Fakir, Miskin, Amil,
Muallaf, Riqab, Gharim, Fisabillilah dan Ibnu Sabil.
Sementara bentuk bantuan yang disediakan untuk
golongan ini ialah Bantuan Hari Raya, Bantuan Bulanan
, Bantuan Perniagaan , Bantuan Pelajaran Anak Miskin ,
Bantuan Rumah , Bantuan Sambutan Hari Kebesaran Islam
, Bantuan Perikanan , Bantuan Penternakan , Bantuan
Pertanian , Bantuan Perubatan dan banyak lagi bentuk
bantuan yang disediakan.

Sebaliknya pula laman web Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan menggambarkan seolah-olah umat Islam di
Negeri Sembilan di negeri ini hidup dalam kemewahan
dan tiada fakir miskin yang perlu diberikan zakat.
Sedangkan apa yang digambarkan dalam program BersamaMu
TV3 baru-baru ini menceritakan nasib susah seorang
nenek tua di Lubuk Cina , Negeri Sembilan. Dan saban
hari di dada-dada akhbar sering menyiarkan golongan
yang sentiasa memerlukan bantuan sesuap nasi,
pembiayaan pembelajaran dan bantuan perubatan.

Statistik kutipan dan pengagihan zakat haruslah
didedahkan dari masa ke semasa kepada umat Islam di
negeri ini sebagaimana yang dilakukan oleh Pusat Zakat
Selangor, agar dengan ini akan menambahkan lagi
keyakinan umat Islam di negeri ini bahawa wang zakat
yang dikutip disalurkan kepada mereka yang betul-betul
memerlukan. Jika tidak umat Islam di negeri ini
beranggapan MAINS hanya dibebankan untuk  membeli
bangunan rumah, kedai serta projek yang tidak laku
untuk menyelamatkan sesetengah individu ataupun
syarikat. Ini terbukti apabila deretan kedai pejabat
di Taman Alamanda , Senawang sejak 5 tahun dahulu yang
tidak sampai 50 peratus penyewanya telah dibeli oleh
MAINS Holding baru-baru ini.  Sedangkan dalam siaran
Buletin Utama TV3 beberapa bulan yang lalu
menceritakan bagaimana daifnya Sekolah Menengah Agama
Telok Kemang yang mana ada perkakasannya tidak pernah
diganti sejak ianya ditubuhkan.

Malah laman web MAINS ( www.mains.gov.my ,
www.zakatns.com.my ) hanya menyiarkan kemajuan sektor
korporat yang diterajui MAINS dan tidak menceritakan
keadaan sebenar fakir, miskin, pelajar yang memerlukan
bantuan biasiswa walaupun terdapat laporan agihan dan
kutipan zakat 2004. Antara laporan kemajuan yang
terdapat dalam laman web MAINS ialah :

1. MAINS Holdings. EDI Fajar Dev didaftarkan pada 22
Januari 1997. Kemudian ditukarkan nama kepada MAINS
Holding Sdn. Bhd. pada 10 November 1998. Sebuah anak
syarikat penuh milik MAINS yang menguruskan aset-aset,
hartanah dan pelaburan MAINS agar dapat meningkatkan
kecekapan pengurusan serta menambahkan sumber
pendapatan MAINS. Modal yang dibenarkan syarikat
berjumlah RM5 juta manakala modal berbayar RM750,000

2. Hospital Pakar Seremban - Perjanjian usahasama
telah dimeterai pada 15 Mei 1995 di antara MAINS
dengan Syarikat Kumpulan Perubatan Johor  Sdn. Bhd.
(KPJ Sdn. Bhd.) iaitu anak syarikat Perbadanan Johor
untuk membina sebuah Hospital Pakar  di seremban 
Modal dibenarkan untuk syarikat adalah sebanyak RM20.5
juta. MAINS memegang Ekuiti sebanyak 45% manakala KPJ
sebanyak 55%. Kerja-kerja tapak sudah pun bermula pada
9 Januari 1998 dan dijangka beroperasi pada tahun
akhir 2004

3. Syarikat Ladang Bangka Ulu Sdn. Bhd .Ditubuhkan
pada 18 Januari 1989 dengan modal dibenarkan RM25 juta
dan modal berbayar sebanyak RM25 juta. Nilai buku
bersih pada Mac 2003 berjumlah RM30.63 juta . Sebuah
syarikat milik bersama di mana MAINS memegang ekuiti
sebanyak 49% dan TH Plantation iaitu anak syarikat
Lembaga Tabung Haji pula sebanyak 51% 
Menjalankan projek ladang kelapa sawit di Gemas dan
Tampin dengan keluasan lebih kurang 6000 ekar .
Sehingga 2003  MAINS telah menerima pulangan
keuntungan sejumlah RM1,092,700 

4.  Klinik Waqaf An-Nur MAINS . Klinik ini diusahakan
oleh MAINS dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor.
Mula beroperasi pada 6 Okt 2003 di Pusat Perniagaan
senawang di rumah kedai 2 tingkat yang telah dibeli
oleh MAINS dengan harga RM360,000. Sumber kewangan
diperolehi dari sumbangan sedekah dan wakaf dari orang
ramai, pertubuhan serta syarikat 
Menawarkan perkhidmatan perubatan pada kadar caj yang
minima. Klinik juga menawarkan perkhidmatan dialisis

5. Pusat Kaunseling MAINS. Pusat Kaunseling MAINS
ditubuhkan pada 22 Februari 2000 
Beroperasi di lot milik MAINS di Pusat Perniagaan
Terminal One, Seremban & Tampin Square , Tampin
mempunyai 5 kaunselor dan 2 Pembantu Tadbir. Memberi
khidmat kaunseling percuma kepada masyarakat tanpa
mengira kaum dan bangsa

6. Pusat Zakat Negeri Sembilan . Ditubuhkan pada 29
September 1998 . Sebuah anak syarikat milik penuh
MAINS yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal
pungutan zakat di Negeri Sembilan . Mempunyai modal
dibenarkan RM500,000 dan modal berbayar sebanyak
RM500,000 
Mula beroperasi pada 2 Januari 1999 dengan ibu pejabat
di Pusat Perniagaan Betaria Seremban dengan 8 cawangan
PZNS di seluruh Negeri Sembilan

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke