Pak Habib turun ke Pengkalan Pasir sokong PAS
Thursday, November 24 @ 07:36:50 MYT


KOTA BHARU, 24 Nov (Hrkh) – Penulis Syed Hussin Al-Attas atau lebih dikenali dengan nama ‘Pak Habib’ telah melakukan ‘kejutan’ apabila menyatakan secara terbuka untuk menyokong perjuangan PAS sama ada dalam bentuk penulisan atau ceramah.

Setelah menyokong perjuangan Umno khususnya dalam penulisan selama 45 tahun, semalam beliau juga turut menyatakan secara terbuka untuk menyokong PAS di pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir.
Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar (JKR 10) di sini.
Katanya lagi, perubahan pendiriannya itu bukan sahaja mengejutkan para pimpinan Umno, rakan-rakan penulis lain, sebaliknya beliau sendiri terkejut dengan perubahan itu.
“Jangankan orang lain, saya sendiri terkejut dengan perubahan saya ini, tetapi saya yakin saya tidak salah melakukan perubahan,” ujarnya lagi.
Beliau turut berpendapat, tidak ada sebab perjuangan PAS khususnya pemimpin mereka seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, harus ditentang kerana parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.
Pak Habib turut melahirkan rasa syukur di atas perubahan pendiriannya untuk menyokong perjuangan PAS terutama di penghujung kehidupan.
“Saya bersyukur banyak-banyak kerana Allah telah membukakan pintu hati saya terutama di saat-saat akhir kehidupan saya ini, saya harap penyokong Umno yang lain juga berbuat demikian kerana hidup kita ni sudah semakin hampir dengan Isyak,” katanya.
Tok Guru Nik Aziz sifu saya
"Dulu sifu saya adalah Tun Abdul Razak dan Dr Mahathir tetapi sekarang sifu saya adalah Tok Guru Nik Aziz," katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan belia di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas malam kelmarin.
Turut berucap di majlis itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Abdul Patah Mahmood.
Seramai 350 belia dari 14 kelab belia seluruh Pengkalan Pasir berkumpul di majlis tersebut. Husam Musa telah melancarkan Gabungan Kelab Belia Pengkalan Pasir.
Setiap kelab menerima geran RM500 dari kerajaan negeri untuk menjalankan aktiviti belia di kampung masing-masing.
Antara aktiviti yang dirancang untuk mereka adalah Bengkel Pemanduan Motosikal Berhemah dan Belia Prihatin.
Juara Cub Prix Malaysia, Yasir Said akan menjadi jurulatih kepada mereka tentang cara-cara menunggang motosikal yang selamat.
Mereka juga akan masuk ke kampung-kampung untuk bertemu dengan belia bagi mengajak mereka menjalankan aktiviti yang sihat termasuk menunggang motosikal secara berhemah.
Pak Habib turut menyampaikan geran kepada sebahagian wakil kelab belia yang hadir. - SMH/ayu


Yahoo! Model Search - Could you be the next catwalk superstar? Check out the competition now

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke