Apakah penjara Malaysia ini bakal mewarisi penjara Abu
Gharib atau penjara Guantanamo ? Atau apakah kes
tahanan didera dengan arus elektrik, tahanan
dibogelkan seperti yang dilaporkan dalam media
akhir-akhir ini adalah merupakan kes terpencil sahaja
?

Walauapapun alasan yang diberikan, yang pasti nama
baik Malaysia terutamanya agensi yang terlibat dengan
hal-hal keselamatan seperti Kementerian Dalam Negeri,
Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia,
Jabatan Imigresen sudah tercemar disebabkan insiden
yang terpencil ini. Ini adalah kerana agensi berkenaan
terlibat dalam mengendalikan tahanan reman, banduan
penjara, tahanan imigresen, tahanan ISA serta pelatih
pusat Serenti.

Selaras dengan prinsip Islam Hadhari yang bertujuan
untuk memartabatkan umat Islam di Malaysia ini yang
berlandaskan tamaddun yang tinggi, maka adalah
dicadangkan agar pihak yang bertanggungjawab untuk
memberi pemahaman konsep Islam Hadhari ini
memperluaskan skop mereka untuk memberikan penerangan
mengenai tata cara melayan tahanan menurut prinsip
Islam Hadhari.

Satu garis panduan serta perundangan yang khusus
haruslah dikeluarkan serta dipatuhi oleh semua pihak
yang berkaitan dalam mengendalikan tahanan-tahanan di
Malaysia ini baik tahanan reman, banduan penjara,
tahanan imigresen, tahanan ISA mahupun pelatih pusat
Serenti.

Berikut ialah petikan fatwa yang dikeluarkan oleh
Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak
Saudi yang masyhur mengenai Layanan Terhadap Tahanan
atau Banduan yang disiarkan dalam laman web
Islamonline.net
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503547408

Antara yang diperjelaskan oleh beliau ialah LARANGAN
untuk mengenakan tindakan berikut terhadap tahanan
atau banduan :
 
1. Mencacatkan atau mencederakan. Adalah diharamkan
untuk memotong atau mematahkan mana-mana bahagian
badan atau tulang tahanan. Nabi Muhammad saw melarang
mencacatkan tahanan perang dan berkata Ā“Jangan
mencacatkanĀ” (Riwayat Muslim)

2. Memukul muka dan lain-lain tempat. Ini diharamkan
kerana ianya melibatkan maruah. Juga dilarang meletak
rantai pada leher tahanan atau membaringkan mereka
atas lantai dan merotan mereka.

3. Hukuman dengan api, menjerut leher atau melemaskan
dalam air. 

4. Membiarkan tahanan kebuluran atau membiarkan mereka
kesejukan, atau memberi mereka makan benda yang
merbahaya ATAU TIDAK MEMBERI MEREKA PAKAIAN. Jika
tahanan mereka mati disebabkan faktor diatas maka
hukum Qisas boleh dikenakan kepada pihak berkuasa yang
menyebabkan mereka mati sedemikian.

5. Menanggalkan pakaian tahanan. Ini dilarang kerana
mendedahkan aurat tahanan dan mendedahkan mereka
kepada tekanan saikologi dan menjejaskan kesihatan.

6.  Menghalang tahanan untuk melakukan ibadah.

Berikut ialah contoh bagaimana Khalifah Islam melayan
tahanan :

Khalifah Ali bin Abi Talib sentiasa memeriksa penjara,
dan bertemu dengan tahanan dan bertanyakan hal ehwal
mereka. 


Khalifah  `Umar ibn `Abdul-`Aziz, sentiasa mengutus
surat kepada pekerjanya agar sentiasa mengambil berat
terhadap tahanan dan merawat tahanan yang sakit.

Khalifah Al-Mu`tadid membelanjakan 1500 dinar sebulan
untuk keperluan dan rawatan perubatan tahanan.

Apabila Khalifah Abassiyah Al-Muqtadir memenjarakan
salah seorang menterinya, Ibn Muqlah, dan menteri tadi
jatuh sakit, khalifah menghantar doktor yang terkenal
ketika itu Thabit ibn Sinan ibn Thabit ibn Qurrah
untuk merawatnya.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, N.Sembilan
Waghih.blogspot.com


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke