Assalamualaikum wrt

"Eh rasanya semalam kita baru kahwin !!" Ungkapan ini sering saya 
ucapkan kepada
isteri saya walaupun sudah lebih 22 tahun berumah tangga. Mungkin
bagi sesetengah orang, ini ungkapan mengada-ngada... dah tua tak 
sedarkan diri.
Dulu muda boleh lah... masa sedang bercinta.

Persoalannya - adakah bercinta itu untuk orang-orang muda sahaja. 
Bila muda
panggil "abang" .... lama sikit .."abahnye!!" agaknya bila dah bosan 
panggil -
"OOii!!" Kalau mula-mula kahwin tu - tak sabo sabo nak balik ke 
rumah. Nak
jumpa isteri tersayang. Bila dah lama sikit - lambat aje balik ke
rumah..."banyak kerjalah di pejabat" ...mungkin bukan di kalangan 
kita yang
membaca email ini - tetapi nun di luar sana tuuu ....

Persoalannya - bagaimana kita nak kekalkan perasaan cinta itu agar 
ia bersemi
dan mendalam kesannya di jiwa. Izinkan saya memberi beberapa tips - 
yang boleh
dikongsi bersama. Netters lain boleh juga menokok tambah.

Pada pandangan saya, ianya bermula dari awal lagi. Bagaimana 
sesaorang mula
bercinta. Jika mereka bercinta sebelum kahwin - dating sana - dating 
sini -
macam dalam filem hindustan tu... mereka akan mengundang kemurkaan 
Allah swt.
Nampak bahagia - tetapi ianya adalah formula ke arah rumahtangga 
yang porak
peranda - melainkan mereka bertaubat dan kembali ke jalan yang 
diredhaiNya.

"Tak lah... I buat gitu jugak... I bahagia sekarang ni.... OK 
aje" ... sangkal
mereka yang dok buat kerja tu.

Statistik di Kanada suatu ketika dulu (sumber - readers digest) 
lebih 50% dari
anak yang dilahirkan ialah anak luar nikah. Mereka dapati anak luar 
nikah ini
mempunyai tahap minda yang rendah. Dan masyarakat Kanada yang sedar 
akan hakikat
ini memanggil dan mengajak masyarakatnya untuk kembali ke alam 
perkahwinan bukan
pergaulan bebas yang sedia ada ini.

Allah Yang Maha Mengetahui, telah meletakkan batas bagi kita 
manusia. Jika umat
manusia ingin hidup tanpa panduan dari Allah - tunggulah akibatnya. 
Rumahtangga
akan porak peranda... perasaan cinta sejati akan pudar di telan 
masa, anak-anak
tidak menjadi .... erti Bahagia itu tidak wujud dalam rumah tangga.

"Tapi itu zaman dulu.... zaman sekarang ini lain... kita kena cari 
boyfriend
(buaya friend - bak kata Pak Yazid) dan girlfriend (gila friend) 
untuk hidup.
Kalau tak - tak class le!!" Begitu agaknya dialog muda muda di zaman 
sekarang
ini. Seolah-olah Allah tu tak ikut peredaran zaman. Seolah-olah 
ketetapan Allah
itu hanya untuk orang dulu dulu aje.

Seorang penceramah American Muslim di Amerika berkata: "Keadaan 
masyarakat di
Amerika ini amat teruk sekali. Seolah-olah mereka sedang naik 
kapalterbang yang
sedang menjunam ke bawah. Pilotnya ditutupkan mata" Itulah matlamat 
dan
destinasi masyarakat yang kita tuju jika kita biarkan suasana 
pergaulan bebas
ini berleluasa. Jika kita ketepikan hukum dan ketetapan Allah swt, 
Tuhan Yang
Menjadikan Alam Semesta ini.

bersambung ....

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to