Assalamualaikum,

 

Selepas kejayaan Nur Amalina menggondol 17A dalam SPM 2003, ramai ibu bapa yang mengidam memiliki anak pintar. Berbagai tips dicari untuk melahirkan generasi yang cemerlang. Cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang akademik. Menjadi prodigy = A person with exceptional talents or powers (ref www.yourdictionary.com) seperti Sufiah Yusof yang ibunya kelahiran Johor.

 

Air penawar. Kismis minda. Examo. You name it. Ada macam-macam lagi bahan-bahan untuk berjaya dalam akademik yang diambil secara oral di jual di pasaran. Ibu bapa menjadi "obses" dengan pencapaian anak-anak. Seronok bila keputusan cemerlang. Monyok bila keputusan lintang-pukang. Harga diri ibu bapa diukur dengan 'report card' anak-anak.

 

Pagi tadi rakan sepejabat bertanya, 'Surah apa nak aku baca supaya anak aku pandai? Aku dengar emak Nur Amalina rajin mengaji...' Saya tersenyum aje. Kemudian saya terangkan serba-sedikit berkenaan dengan konsep tawakal – faktor-faktor yang membawa kepada tercapainya matlamat seperti belajar dengan teknik yang betul, dll – dan bukan sekadar berdoa di atas sejadah sahaja.

 

Jika di kampung, bapak beritahu ada orang mengamalkan puasa "pati geni" – puasa 3 hari berturut-turut yang diamalkan masyarakat Jawa yang merupakan pra-syarat sebelum diijazahkan dengan ilmu kebal oleh maha guru. Disini, puasa bukan atas nas/dalil. Bukan atas syariat tetapi demi memenuhi tujuan duniawi. Untuk kes melahirkan anak cemerlang, ibu bapa mengaji Al Quran bukan kerana ia perintah. Untuk difahami, diamalkan, diajarkan, disebarluaskan. Mengaji supaya anak pandai.

 

Anak-anak orang kafir yang ibu-bapanya terang-terangan mengamalkan ajaran bukan bersumberkan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam juga cemerlang. Adakah mereka sibuk memakan kismis minda yang telah didoakan oleh ustaz/ustazah dll cerdik-pandai bidang agama? Dari segi pemakanan, mereka juga memakan makanan yang haram tetapi bab study tetapi kow! Kow! Tidak ada kesankah bahan haram dengan 'intellectual faculty' ???

 

Saya bukan anti orang yang mengaji, sebaliknya saya suka dengan orang yang berusaha mendekatkan dirinya dengan Allah (taqarrub ilalLah)  melalui mengaji Al Quran. Akan tetapi, hati saya jadi sebak bila orang mengaji Al Quran atas sebab-sebab yang melucukan seperti supaya anak pandai dalam   bidang akademik. Ghayah (tujuan) perbuatan bukan untuk meraih redha Allah tetapi manfaat keduniaan. Sababiyah (hukum sebab-akibat) yang merupakan kunci kejayaan dipinggirkan, bagaimana hendak meraih kejayaan cemerlang ? Kalau telan air  jampi satu tempayan pun kalau belajar malas, tak biasakan diri dengan soalan tahun-tahun lepas, nak lulus cukup makan pun payah!

 

Masyarakat Islam di bumi Islam Hadhari yang telah terbius dengan  budaya hedonisme (materialistik) memandang tinggi pada pencapaian akademik semata-mata. Mereka lupa atau buat tak endah bab akhirat iaitu ilmu dunia diberi seiring dengan ilmu akhirat yang bukan sekadar amalan ibadah khusus semata-mata tetapi turut merangkumi fungsi ilmu untuk dimanfaatkan kepada orang lain selain satu usaha memartabatkan Islam menjadi juara carta di planet bumi ini.

 

Satu cabaran yang besar untuk melahirkan generasi yang memiliki ilmu dunia dan akhirat tetapi jika tidak dimulakan, bila lagi. Dalam keadaan sistem kapitalis bermaharajalela di seluruh pelusuk alam, memiliki pemahaman agama yang mantap sangat perlu bukan sekadar untuk menjaga syahsiyyah individu itu apabila di luar pandangan mata ibu bapa akan tetapi ilmu agama yang bukan menekankan bab fardu ain (istilah orang Malaya untuk bab ibadah khusus & thaharah) semata, sebaliknya ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan umat dalam rangka memenuhi keperluan biologikal dan naluri.

 

Kepada semua,

 

Ingatlah bahawasanya bukan kejayaan akademik sahaja yang perlu dikejar, sebaliknya hendaklah kita juga mengejar ilmu akhirat yang merangkumi sistem politik Islam, sistem ekonomi Islam, sistem perundangan Islam, sistem sosial dalam Islam, sistem pendidikan Islam dll – yang direalisasikan melalui penerapan seluruh hukum-hakam Islam dalam semua aspek tersebut oleh sebuah Negara Islam iaitu Daulah Islamiyyah, yang pernah menguasai 2/3 dunia di zaman kegemilangannya. Tanggungjawab memartabatkan Islam bukan satu pilihan. Ia satu kewajipan.

 

Sesungguhnya bukan 'Book Smart' atau 'Street Smart' yang menentukan kedudukan kita di sisi Allah sebaliknya ketaqwaanlah yang menjadi kayu ukurnya.

 

Inna akromakum indallahi at'qaa kum – Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu adalah yang paling bertaqwa dikalangan kamu (Hujurat:13)

 

Wassalam.

 

 


 
Edisi Utara: Bapa Adi kesal
 
Oleh Mazlan Hasan
[EMAIL PROTECTED]

IPOH: "Saya kesal kerana ada individu tertentu sengaja mahu mensabotaj masa depan Adi Putra dengan menyebarkan pelbagai cerita tidak benar," kata bapa kanak-kanak pintar berkenaan, Abdul Ghani Abdul Wahid, 47.

Menurutnya, perbuatan itu dipercayai dilakukan pihak yang tidak puas hati dengan tindakannya menolak cadangan memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini, berhubung aktiviti serta rancangan masa depan anaknya itu.

Katanya, dia memang berbesar hati kerana ada pihak yang prihatin terhadap Adi Putra tetapi cadangan melakukan program bagi mendapatkan keuntungan dengan mengeksploitasi 'popularitinya' bukanlah sesuatu yang diingininya.

"Sebagai bapa, saya tumpang gembira kerana kebolehan yang ada pada anak saya mendapat pengiktirafan pelbagai pihak tetapi kecewa kerana ada pihak tertentu cuba mengautkan keuntungan daripada kebolehan dianugerahkan Allah kepada Adi Putra.

"Saya menolak cadangan yang dikemukakan itu kerana pihak terbabit yang juga bertindak sebagai 'orang tengah' mahukan keuntungan 10 peratus bagi setiap bayaran yang diterima Adi Putra atas pelbagai aktiviti atau produk yang dirancangkan mereka.

"Bagi saya perbuatan itu kurang manis kerana bukan niat mencari keuntungan atas kebolehan atau populariti Adi Putra tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dengan orang lain," katanya ketika dihubungi di Bagan Serai, dekat sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, beliau tidak mahu menjadikan anaknya itu seperti pemenang Akademi Fantasia 3, Mawi yang dianugerahkan bakat dalam bidang seni sebaliknya berazam memberikan pendidikan secukupnya sebagai bekalan di dunia dan akhirat.

Katanya, ini sebagai memenuhi hasrat anaknya sendiri yang mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang hafaz al-Quran.

"Walaupun Adi Putra baru berusia enam tahun, dia mempunyai cita-cita sendiri dan berani menyuarakan hasrat kepada kami.

"Sebagai bapa, menjadi tanggungjawab saya untuk memenuhi impiannya itu," katanya.

Abdul Ghani berkata, sehingga kini juga beliau masih tidak menjalin perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai perancangan masa depan anaknya itu.

Mengenai hubungannya dengan Syarikat New Mata Publication Sdn Bhd, beliau berkata ia lebih cenderung kepada hubungan kerjasama bagi merancang aktiviti Adi Putra termasuk berjumpa golongan pakar dalam bidang matematik.

"Saya bagaimanapun berterima kasih terhadap ingatan pihak tertentu yang mengingatkan saya sekeluarga supaya tidak terperangkap dengan cubaan pihak tertentu mengeksploitasi kebolehan Adi Putra.

"Apa yang saya harapkan ialah mereka memberhentikan perbuatan seperti itu kerana ia hanya merugikan semua pihak," katanya.

Kelmarin, Metro Ahad memetik Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sumber Manusia dan Multimedia Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta ibu bapa Adi Putra berwaspada terhadap usaha pihak tertentu yang didakwa mahu mengambil kesempatan dan mengeksploitasi 'populariti' kanak-kanak pintar berkenaan.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat ada pihak cuba memujuk ibu bapa kanak-kanak itu dengan pelbagai tawaran.

"Kita dimaklumkan ada pihak mahu menggunakan Adi Putra untuk tujuan tertentu.

"Kita bimbang dengan perkembangan tidak sihat itu dan akan menasihat ibu bapanya supaya tidak terperangkap," katanya.

--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke