Kerugian lebih RM 600 juta dalam masa tidak sampai
satu tahun yang dialami oleh Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS) menimbulkan pelbagai persoalan dan
spekulasi. Walauapapun adalah diharapkan pengurusan
MAS yang baru dilantik dapat memulihkan kembali
kedudukan kewangan MAS agar ianya dapat menjamin
kesinambungan kerjaya kakitangannya serta dapat
memulihkan kembali imej syarikat penerbangan Malaysia
yang diterajui oleh anak tempatan sendiri.

Sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan konsep
prinsip Islam Hadhari sewajarnya pihak kerajaan
menyediakan garis panduan (SOP) bagaimana sebuah
negara Islam harus mengendalikan syarikat penerbangan
agar ianya dapat memenuhi cita rasa para penumpang dan
dalam masa yang sama berlandaskan iman dan taqwa.

Mungkin sebelum ini kita berfikiran sebagai sebuah
syarikat penerbangan yang beroperasi di peringkat
antarabangsa semestinya kita mahu menarik minat para
penumpang yang berpotensi untuk menaiki syarikat
penerbangan kita. Maka mungkin hidangan arak yang
disediakan oleh MAS dapat menarik minat lebih ramai
warga asing untuk menaiki MAS. Lebih ramai warga asing
dan pelancong asing menaiki MAS, maka MAS akan mengaut
keuntungan yang lebih. Akan tetapi penyata untung rugi
MAS baru-baru ini memberi mesej yang jelas dalam isu
ini. Iaitu dengan menyediakan hidangan arak kepada
para penumpang MAS, ianya tidak dapat menjamin MAS
akan beroleh keuntungan.

Pemerhatian yang seterusnya yang dapat diambil ialah,
tidak semestinya sebuah syarikat penerbangan yang
mempunyai pramugari yang berpakaian ketat , seksi dan
tidak menutup aurat akan menjamin keuntungan sesebuah
syarikat penerbangan.

Sebaliknya banyak faktor lain yang menentukan
keuntungan sesebuah syarikat penerbangan. Sebagai
seorang pelanggan yang inginkan kelainan banyak faktor
yang menarik minat penumpang akan mengulangi syarikat
penerbangan yang sama antara keluasan kabin,
keselesaan tempat duduk, makanan dan minuman yang
dihidangkan, keramahan kakitangan kabin dan
seterusnya. Diperingkat pengurusan pula , pemilihan
sub kontraktor, vendor, pesawat, sistem perkomputeran
yang sesuai akan menentukan untung rugi sesebuah
syarikat.

Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan Negara-Negara
Islam (OIC) haruslah menggalakkan agar negara-negara
Islam menyediakan garis panduan (SOP) yang glokal agar
ianya dapat memberi keselesaan kepada penumpang tanpa
mengira agama dan bangsa dalam pada masa yang sama
menghormati agama serta budaya di kalangan
negara-negara Islam.

Adalah diharapkan pengurusan MAS yang baru ini dapat
memberi kelonggaran kepada pramugari untuk menutup
aurat serta memakai pakaian yang longgar, seperti mana
kelonggaran diberikan kepada kakitangan kabin yang
bukan Islam untuk tidak menutup aurat.

Begitu juga dalam masalah hidangan arak, adalah
diharapkan MAS tidak lagi menghidangkan arak di dalam
pesawatnya. Apa yang peliknya ialah orang bukan Islam
apabila menaiki MAS tidaklah begitu beria-ia benar
meminum arak, akan tetapi ada segelintir orang Melayu
apabila menaiki MAS tanpa segan silu meminta hidangan
arak kerana ianya disediakan secara percuma.

Malah di sesetengah negara barat mereka tidak
menghidangkan arak untuk penerbangan domestik. Malah
ada kakitangan syarikat penerbangan negara barat
mengutarakan cadangan agar hidangan arak tidak
disediakan kerana ianya boleh mendatangkan gangguan
dalam penerbangan apabila ada penumpang yang mabuk.

Setakat ini syarikat penerbangan negara Islam yang
tidak menghidangkan arak dan menggalakkan pramugarinya
menutup aurat ialah Saudi Airline dan Royal Brunei
Airline.

Malah komen yang diberikan oleh penumpang-penumpang
bukan Islam yang menaiki Royal Brunei adalah lebih
kepada keselesaan kabin, makanan dan keramahan
kakitangan kabin. Penumpang-penumpang bukan Islam
tidak mencadangkan supaya hidangan arak patut
dihidangkan oleh syarikat penerbangan negara Islam.

Sekiranya MAS tidak dapat menyediakan alternatif
sebagai sebuah syarikat penerbangan negara Islam,
dapatkah kerajaan mengarahkan MAS supaya mematuhi
garis panduan syarikat penerbangan negara Islam
sepertimana kerajaan mengarahkan agar harga gas asli
NGV diarahkan ditarik balik kenaikannya pada 3
Disember 2005 yang lalu ?

Apakah dengan tidak menghidangkan arak dan tidak
memberi kelonggaran pramugarinya untuk menutup aurat
MAS akan rugi lebih teruk lagi ? Apakah syarikat
penerbangan yang tidak menghidangkan arak dan
mempunyai pakaian pramugari yang menutup aurat
mengalami kerugian yang lebih teruk daripada MAS ?

Berkatkah rezeki yang diperolehi oleh pekerja Islam
MAS apabila mereka secara tidak langsung terlibat
dalam aktiviti penghidangan arak, daripada
pramugarinya, juruterbangnya, juruteranya, pengarah
urusannya dan seterusnya ?

Berikut ialah komen seorang penumpang bukan Islam
mengenai Royal Brunei :

http://www.airliners.net/open.file/827014/L
Aircraft Taken at Royal Brunei Airlines, Airbus
A319-132, April 19, 2005 

One of the more interesting flights I have taken.
Brunei is a Muslim country, and hence for this flight
(1) Flight attendants (as you can see) in traditional
headdress (2) No alcohol served (3) Praise and songs
to Allah on pushback (4) The inflight screens (as
shown) showing direction and distance to Mecca. All in
all, a great flight and a wonderful experience-Andrew
Hunt.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS



 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________________ 
Yahoo! DSL – Something to write home about. 
Just $16.99/mo. or less. 
dsl.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

<<attachment: Royal_Brunei_1.jpg>>

<<attachment: Royal_Brunei_2.jpg>>

Kirim email ke