Kedua-dua rencana dibawah jelas dibuat sebagai PR untuk membersihkan nama polis, 
kita patut fikirkan perkara asas, ketuk ketempi dalam keadaan bogel tu adakah dibenar didalam Islam.
Doktor2 di Malaysia telah menjelaskan, ketuk ketempi bukan caranya untuk keluarkan sesuatu dari bahagian sulit wanita.( refer akbar The Sun). 
Inilah perkara asas yg telah heboh diseluruh dunia. 
memang memalukan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
 
 
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED]On Behalf Of "Honeymah Dylyani Dadameah"
Sent: Tuesday, December 06, 2005 2:16 PM
To: hidayahnet@yahoogroups.com
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Kebenaran - Wonderful Police !


ini atu artikel yg saya dapat dari kawan dari group lain. Mari la kita fikir-fikirkan bersama.
-------------------------------------------------
Pelancong atau kedaulatan negara

     Oleh D.M. Alias
 
      Beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan dakwaan beberapa orang
     pelancong wanita China yang mereka telah dianiaya oleh pihak polis. Ekoran
     daripada itu beberapa pihak telah mengkritik pihak polis termasuk akhbar,
     pemimpin-pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
     Dalam pada itu pihak imigresen juga dikritik hebat di atas dakwaan mereka
     menyoal pelancong-pelancong yang tiba di KLIA khasnya pelancong China.
     Ironinya dakwaan Kementerian Dalam Negeri mengenai 50,000 orang pelancong
     China gagal meninggalkan Malaysia selepas tamat visa pelancong mereka
     tidak mendapat reaksi meluas. Kalau ada pun ramai yang mempersoalkan
     kenapa rakyat China sahaja dan tidak rakyat negara-negara lain yang
     tinggal secara haram di negara ini.
     Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat negara ini berhak menyoal tentang
     dasar-dasar kerajaan. Tetapi setiap tuduhan dan dakwaan hendaklah berasas
     dan mempunyai bukti. Mengkritik pasukan polis dan imigresen tanpa memahami
     tugas-tugas dan prosedur yang mesti mereka laksanakan bukanlah sesuatu
     yang adil.
     Begitu juga sekiranya kritikan dibuat dengan niat untuk membalas dendam
     atau kerana sebahagian besar anggota polis dan imigresen adalah terdiri
     daripada sesuatu kaum tertentu sahaja. Paling membimbangkan apabila ada
     kumpulan-kumpulan negara ini cuba menjadikan isu tersebut sebagai isu
     perkauman.
     Menyoal pelancong-pelancong ketika mereka tiba di lapangan terbang
     bukanlah sesuatu yang luar biasa. Di mana-mana sahaja lapangan terbang di
     dunia, pegawai imigresen akan bertanya pelawat-pelawat yang tiba tentang
     tujuan lawatan, tempat tinggal, jangka waktu berada di negara tersebut,
     jumlah wang yang dibawa dan sebagainya.
     Malahan soalan-soalan seumpama ini juga berlaku di lapangan terbang Eropah
     dan Amerika Syarikat. Bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya ada antara
     para pelancong yang tidak dibenarkan memasuki sesebuah negara tersebut
     lantaran itu dipaksa kembali ke negara asal dengan next available flight.
     Semasa menunggu kapal terbang yang akan membawa mereka ke negara asal,
     pelancong-pelancong ini terpaksa tinggal di pusat tahanan di lapangan
     terbang.
     Beberapa minggu yang lalu saya terbaca kes seorang pelajar Malaysia yang
     dalam perjalanan ke Ireland telah tidak dibenarkan memasuki Britain dan
     dihantar pulang sebanyak dua kali.
     Sebagai bekas pegawai konsul yang pernah berkhidmat di beberapa perwakilan
     Malaysia yang dianggap `panas' dengan isu-isu visa dan pendatang haram,
     saya amat memahami tentang batasan yang dihadapi oleh pegawai-pegawai
     imigresen dan polis. Malahan saya dapati pegawai-pegawai imigresen
     Malaysia amat bertimbang rasa dan sering menggunakan budi bicara dalam
     meluluskan sesuatu permohonan dan kemasukan pelawat-pelawat di pintu-pintu
     masuk imigresen. Bagaimanapun, kebaikan pegawai-pegawai imigresen ini
     sering disalahertikan.
     Bagaimanapun, ini tidak pula bermakna kita harus mendiamkan diri sekiranya
     pihak polis telah menyalahgunakan kuasa mereka. Mereka perlu dihukum
     sejajar dengan kesalahan yang dilakukan. Paling penting biarlah pihak
     tertentu menjalankan penyiasatan dan setiap pihak tidak perlu
     mengheboh-hebohkan isu tersebut hingga mendapat perhatian dunia.
     Amat dukacita sekali sekiranya perkara ini sengaja dihebohkan oleh
     pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan imej Malaysia. Sekiranya
     inilah motif mereka, rakyat Malaysia yang cintakan negara ini patut
     mengutuk perbuatan seumpama ini.
     Keterlaluan
     Sehingga itu, tuntutan-tuntutan yang keterlaluan hendaklah dijauhi. Dalam
     kes empat orang rakyat China yang didakwa telah disalahlakukan oleh polis
     sepatutnya siasatan pihak-pihak tertentu hendaklah juga melingkupi latar
     belakang wanita-wanita tersebut.
     Misalnya apakah mereka sebenarnya pelancong. Berapa lama mereka telah
     tinggal di Malaysia. Apakah mereka telah berkahwin dengan rakyat Malaysia?
     Kalau tindakan polis dianggap salah. Wanita-wanita ini juga salah
     sekiranya mereka tinggal secara haram.
     Terdahulu daripada ini beratus-ratus wanita China yang ditangkap bekerja
     sebagai pelacur dan lain-lain aktiviti yang bertentangan dengan visa
     `sosial' ke negara ini. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti seumpama itu
     adalah bertentangan dengan peraturan imigresen. Tindakan pihak imigresen
     dan polis untuk memastikan tidak ada rakyat asing yang menyalahgunakan
     kemudahan visa adalah atas sifat mereka sebagai tetamu negara ini. Sebagai
     tetamu mereka mesti menghormati undang-undang dan peraturan negara tuan
     rumah.
     Pastinya rakyat Malaysia yang cintakan negara menyokong langkah pihak
     berkuasa mengambil tindakan terhadap rakyat asing yang menyalahgunakan
     kebaikan kita. Dewasa ini Malaysia menjadi tuan rumah kepada rakyat asing
     dari seluruh pelosok dunia termasuk yang jauh seperti Afrika dan Amerika
     Latin.
     Tanpa melihat pasport mereka, tidak siapa yang tahu sama ada mereka ini
     pelancong yang sah ataupun tinggal secara haram. Tetapi ramai disyaki
     tinggal secara haram selepas tamat sah laku visa mereka.
     Beberapa tempat seperti Chow Kit dan lorong-lorong kecil di sekitarnya
     menjadi tempat himpunan rakyat-rakyat asing ini. Malahan ada antara rakyat
     asing ini menjalankan beberapa jenis perniagaan dan tidak kurang pula yang
     menjalankan aktiviti-aktiviti jenayah.
     Polemik antara beberapa pihak mengenai isu ini jelas sekali menunjukkan
     Malaysia sedang menghadapi dilema antara industri pelancongan dan
     undang-undang negara.
     Memang Malaysia mahukan pelancong asing, tetapi pada waktu yang sama
     kedaulatan negara tidak boleh dipijak-pijak oleh pelancong asing dan
     pihak-pihak tidak bertanggungjawab di Malaysia.
     Persoalannya bagaimanakah 50,000 pelancong China ini boleh hilang begitu
     sahaja? Mungkinkah ada dalang di kalangan rakyat tempatan.
     Dibimbangkan ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda yang lebih
     besar atas dasar hak asasi manusia. Sejarah membuktikan beberapa buah
     negara telah menjadi kucar-kacir dan kerajaan terguling apabila pihak
     polis hilang semangat.
     Paling membimbangkan apabila komen-komen terhadap anggota polis begitu
     liar sehingga kritikan tersebut dilihat sebagai mengkritik orang Melayu
     keseluruhannya. Malahan agama Islam juga telah terheret sama.
     Adalah diharapkan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional
     khususnya parti-parti bukan Melayu supaya menasihatkan rakyat Malaysia
     bukan Melayu supaya berpada-pada dalam kritikan mereka.
     Mereka berhak mengkritik pasukan polis tetapi janganlah Melayu dan Islam
     diheret sama. Sesungguhnya polis Malaysia tidaklah seganas polis
     negara-negara lain. Hukuman `ketuk-ketampi' adalah lebih baik daripada
     tubuh yang lesu disarangi peluru hingga 50 atau 60 das. Bagi rakyat
     Malaysia yang tinggal di luar negara pasti faham apa yang saya maksudkan.
     - Datuk Mohammad Alias adalah bekas Duta Malaysia ke Nigeria.
> APA PANDANGAN ANDA SEMUA DALAM HAK INI...??
>
> Ini kenyataan dari Ketua Pengarang majalah popular di Malaysia.
>
> Semalam saya berhari raya di rumah seorang bekas pegawai tinggi
> polis.
> beliau pernah bertugas sebagai CPO sebuah negeri.
>
> Salah satu topik perbualan kami ialah kejadian yang dialami oleh
> seorang
> wanita dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bulat.
> Ramai
> orang menjadi marah akibat perbuatan 'tidak bertamaddun' itu.
>
> Memandangkan persahabatan kami ikhlas berdasarkan jemaah masjid yang
> sama
> dan sering bersama hampir setiap malam, perbualan kami berterus
> terang,
> tanpa mencurigai satu sama lain.
>
> Beliau menghuraikan bahawa perbuatan yang disuruh ke atas perempuan
> itu
> adalah biasa. Lumrah bagi pendatang dari negara Cina menjadi pelacur
> atau
> penjual ubatan palsu atau menjual pil khayal. Pil-pil disembunyikan
> di
> dalam dubur atau faraj.
>
> Biasanya polis memberi pilihan kepada wanita yang disyaki melakukan
> kesalahan seperti itu mengeluarkan sendiri bahan-bahan yang
> tersembunyi itu
> dari tempat-tempat yang dinyatakan tadi atau jika mereka enggan atau
> berkeras menafikan, diminta melakukan ketuk ketampi.
>
> Melalui proses ketuk ketampi, sebarang pil yang tersembunyi akan
> ternyah
> keluar selepas dua tiga kali sahaja ketuk ketampi itu dilakukan.
> Amalan ini
> dilakukan oleh polis serata dunia. Ia bukan berupa bentuk penderaan.
>
> Saya berpuashati dengan penjelasan bekas CPO tadi dan mendapati
> polis
> wanita itu menjalankan tugas yang diamanah kepada beliau dengan baik
> dan
> bertanggungjawab. Diperhatikan beliau duduk jauh dari orang yang
> tergugat
> dan tidak melakukan apa-apa penganyiaan kepada wanita tersebut.
> Nyata yang
> tidak baiknya orang yang membuat rakaman tersebut dan mengedarnya.
> Orang
> inilah yang patut dihukum dan bukannya polis wanita bertudung yang
> menjadi
> sangkaan ramai.
>
> FY
>
>
>
>
>

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to