Assalamualaikum wrt wbt ,

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Barisan
Nasional yang telah memenangi DUN Pengkalan Pasir,
Kelantan. Mereka memang layak memenanginya (they
deserve the win) setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Menang tetap menang walaupun dengan majoriti yang
sedikit, kerana itu adalah adat pertandingan.

Semoga usaha membela rakyat di Pengkalan Pasir dapat
diteruskan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya daripada PAS,
jangan berputus asa. Menang atau kalah, perjalanan
kita masih jauh, namun masa semakin singkat untuk kita
menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita
daripada api neraka. Sebelum menyalahkan pihak lain ,
perhatikan dahulu kelemahan kita, penyusunan strategi,
kesungguhan ahli, komitmen penyokong dan sebagainya.

Kepada kenalan saya dari UMNO terutama Pemuda di DUN
Paroi , DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, Parlimen
Rembau, jangan lari daripada perjuangan membela nasib
agama dan bangsa. Terlalu banyak perkara yang boleh
kita tangani bersama, daripada masalah penyelewengan
akidah, pengangguran, penagihan dadah, sumbang mahram,
rasuah dan banyak lagi. Masalah ini insyaAllah boleh
diselesaikan jika kita mahu menyelesaikannya. 

Kepada orang kampung saya Sdr Khairy Jamaludin,
setelah menabur bakti di Pengkalan Pasir,
jenguk-jenguklah waris di Kg. Gadong , Rembau yang
susah-susah. Berikanlah anak-anak mereka bantuan
pakaian, bantuan beg sekolah, bantuan basikal, bantuan
buku sekolah, bantuan makan minum menjelang bukanya
penggal persekolahan baru tahun 2006. 

Tengok-tengoklah juga anak-anak muda di kampung tu
yang sedang melepak agar tidak terjebak dalam gejala
dadah, gejala Black Metal dan sebagainya.
Tengok-tengoklah juga masjid-masjid kat Rembau ni yang
rata-ratanya lengang tinggal beberapa kerat orang tua
yang memakmurkannya. Jenguk-jenguklah juga graduan
yang menganggur yang sekadar bekerja sebagai pembantu
kedai atau pembantu klinik di Senawang ini. Mereka
ahli Puteri UMNO.

Salam perjuangan untuk rakan dalam PAS dan kenalan
dalam UMNO.

Wassalam.

Rozmal bin Malakan
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rembau
[EMAIL PROTECTED]
waghih.blogspot.com


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________________ 
Yahoo! DSL – Something to write home about. 
Just $16.99/mo. or less. 
dsl.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke