Assalamualaikum warahmatullah...

Baca dengan berlapang dada. Anggap je benda ni setakat usik mengusik. Bukan
saya yang tulis tau! Ada kawan kirim dan saya tersenyum masa first time
baca. Ni yang nak kongsi senyum dengan kawan2 semua...

Wassalam...

-Abu Naqibah-

----- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 12/14/2005
10:12 PM -----
                                                                                
                                                        
                      if                                                        
                                                        
                      <[EMAIL PROTECTED]>            To:      Lieza <[EMAIL 
PROTECTED]>                                                  
                                                     cc:                        
                                                        
                                                     Subject: baca artikel ni.. 
best gak..muahahaha...                                  
                      12/13/2005 01:04 PM                                       
                                                        
                                                                                
                                                        



UMNO gila meroyan....
Dilulus terbit pada Monday, December 12 @ 23:21:09 CST
oleh LinuxPro




"Kalau kita tengok tindak tanduk UMNO selepas menang pilihanraya Pengkalan
Pasir tapi tak menang untuk perintah Kelantan, pemimpin-pemimpin UMNO
terutama Najib dan Anuar Musa dah jadi macam orang gila meroyan.

Waktu kempen nak buat macam-macam kalau menang di Pengkalan Pasir, tapi
logik ke? Hanya orang UMNO yang bodoh saja yang boleh boleh diperbodoh
setiap kali pilihanraya. Nak buat Universiti macam mana kalau tanah masih
dalam genggaman PAS. Suruh najib buat universiti atas langit... Kalau tak
tau sila cari ayah pin yang memerintah kerajaan langit. Dengaq cerita ayah
pin pun penyokong UMNO jugak...

Tu yang Najib jadi tak ketahuan macam orang gila meroyan. Janji nak buat
universiti di Kelantan tapi Nik Aziz tak bubarkan DUN... Macam mana nak
ambik kelantan... Dan kalau takleh ambil Kelantan, macam mana nak buat
universiti dan kalau tak buat universiti, nanti orang UMNO sendiri kata dia
pembohong... Sebab orang PAS tau lama dah dia pembohong... Dulu kini dan
sampai bila-bila.

Problem, problem... Nanti waktu PRU tahun 2008 nak temberang apa pulak, nak
buat universiti lagi? Nanti orang UMNO tempelak... Universiti yang hang
janji dulu pun tak buat, nak buat yang baru pulak. Aku masih teringat di
daerah Pekan, Parlimen Najib... Nak masuk elektrik dalam satu kampung tu
bertahun-tahun , tu pun sampai orang tebang tiang letrik, sebab depa kata
tiang nak buat apa, letrik takdak... Barulah Najib tergesa-gesa masukkan
elektrik. Kalau tak kampung tu dok bergelap lagi segelap masa depan Najib n
the gang.


Berbalik kisah gila meroyan... Selalunya gila meroyan ni melanda perempuan
yang baru beranak... Selepas beranak dia tak dapat sesuatu yang dihajati,
contohnya kasih sayang suami maka dia akan gila meroyan... Dan gila ni kes
serius... Kalau tak diubati, suami atau anak mau dibunuhnya.

Serupalah jugak najib dan Annuar Musa... Punyalah berusaha
bersunguh-sungguh siap dengan segala tipu muslihat, siap pakat dengan
sidajal dari SPR dan pendaftaran negara, upah pulak pengundi-pengundi hati,
tolak masuk lagi undi POS, perkuda pulak polis... Tup-tup menang 134
undi... Kuikuikuikuikuik... Nak gelak berkali-kali...

Aku rasa kalau PAS boleh buat macam UMNO. Rasa aku UMNO hilang wang
pertaruhan... Tetapi PAS cuma kalah 134 undi..., tu yang Najib dan Anuar
sayang sangat kepada DUN Pengkalan Pasir... Sebab nak dapat susah... Macam
orang 10 tahun tak beranak, tup-tup dapat anak... Sayang bukan main... Bila
dapat anak,orang rampas pulak anak kita sebab orang kata anak tu tukan anak
kita... Tu yang jadi gila meroyan tu...

Samalah macam DUN pengkalan Pasir, walupun UMNO menang, tetapi Pengkalan
Pasir masih lagi dalam jagaan PAS sebab PAS perintah kelantan sedangkan
UMNO cuma dapat Pengkalan Pasir. Nak buat apa pun di Pengkalan Pasir kena
bagi tau toke dulu... TGNA... Kata orang putih... Too near but too far...
Tu yang depa dok meloncat sakan suruh TGNA bubar DUN... Dan aku suka
jawapan Nik Aziz... Jawapan orang berakal dan beriman... Nak bubar buat apa
sebab dia pemegang amanah bagi orang yang memilih dia... Dan amanah bukan
perkara kecil... Lagi pun kalau bubar belum tentu UMNO menang dan belum
tentu pulak PAS kalah... Bernas sekali jawapan dari seorang tok guru...
Bukan macam jawapan anak tok guru yang jadi imam hadhari... Cakap pun tak
ketahuan hujung pangkal... Tu pun UMNO pilih jadi PM... Awatlah bahalolll
sangat orang UMNO ni...

Yang Anuar Musa pulak dah dok tayang dah macam mana nak perintah Kelantan,
macam mana nak kaut harta Kelantan. Jangan-jangan projek pun dah buat dah
cuma lesen ya belum dapat. Dia dok berangan dah macam mana seronoknya jadi
menteri besaq... Tentu boleh pi melawat sana... Melawat sini... Celah-celah
tu boleh pi melancung kat Golok... Lega sikit fikiran yang kusut...
Tiba-tiba TGNA kata no way... DUN tak akan dibubarkan... Meloncatlah Annuar
mengalahkan kera kena belacan... Kita sorak lagi... Hup-hup hooray...
Kelantan masih PAS yang punya...

Elok saya selesaikan celoteh saya ini dengan pantun seloka....

Lompat SI Annuar lompat...
Lompat lah tinggi-tinggi...
Menteri Besar hang tak dapat ..
Sebab Nik Aziz tak bubar negeri...

Lompat Si Najib lompat...
Lompat ke dalam perigi...
Universiti macam mana hang nak buat...
Tanah Nik Aziz tak bagi..

TERUSKAN DENGAN AGENDA GILA MEROYANG HANGPA BERDUA... NAJIB DAN ANNUAR
MUSA...





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to