Tahun 2006 menjelang tiba, Majlis Perbandaran Nilai,
N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak
85.19%. Tahun 2006 harga minyak akan naik lagi, tarif
elektrik akan naik lagi, tarif air akan naik lagi.
Dengarlah keluhan kakitangan awam rendah di bawah ini
dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia 15 Dis 2005.
Perhatikanlah jiran-jiran sekeliling kita, kalau kita
duduk di taman perumahan yang elit dimana
masing-masing sibuk dengan kerusi kayu jatinya, sibuk
“renovate rumah”, sibuk buat “gazebo” dalam rumah,
sibuk mencari kereta model baru sekali sekala
pandanglah jiran-jiran di taman-taman perumahan yang
tidak elit.

Jika tidak anak-anak jiran kita di taman-taman yang
tidak elit ini, akan keciciran dalam pelajaran, akan
melepak, akan terjebak dalam gejala dadah, akan
terjebak dalam gejala ragut, yang akhirnya yang
menjadi mangsa ialah siapa sahaja yang ada wang, yang
ada barang kemas dan sebagainya.

Tapi bak kata penulis di bawah, kalau kerajaan negeri
boleh fikir cara lain nak kutip hasil. Bukan
semata-mata menaikkan cukai pintu, sedangkan bangunan,
kedai dan rumah terbengkalai di Nilai dan di seluruh
Negeri Sembilan ini banyak yang tidak berpenghungi.
Malah kedai-kedai sewaan kepunyaan Majlis Daerah dan
Majlis Perbandaran banyak yang telah menjadi kandang
kambing, kandang lembu dan reban ayam.

****************************************************************
Penduduk tidak puas hati cukai pintu naik 85.19
peratus

Saudara Pengarang,

PENDUDUK di Bandar Baru Nilai dan kawasan sekitarnya
tidak puas hati kadar taksiran cukai tahunan (cukai
pintu) akan dinaikkan mulai 1 Januari 2006.

Kadar lama RM113.40 setahun akan dinaikkan kepada
RM210 setahun, iaitu kenaikan sebanyak RM96.60 atau
85.19 peratus.

Surat pemakluman diterima pada 7 Disember 2005, tapi
tarikhnya 14 November 2005. Dicatatkan bahawa bantahan
boleh dibuat sebelum 16 Disember 2005. Apakah
kelewatan penghantaran surat itu disengajakan?

Kenaikan ini menekan golongan kakitangan awam rendah
seperti saya. 

Kadar kenaikan gaji saya ialah RM45 setahun. Ini
bermakna saya perlu mengambil masa dua tahun sebelum
kenaikan gaji saya dapat menampung sepenuhnya kenaikan
cukai taksiran dan sebagainya.

Bajet 2006 bersetuju menurunkan sebanyak 50 peratus
cukai kereta yang berkapasiti 1600cc ke bawah bagi
meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Nampaknya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula mengambil
kesempatan menambah beban kami.

PBT sepatutnya mencari idea lain untuk menambah
pendapatan bukan naikkan cukai pintu.

Misalnya, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) boleh
menambah hasil dengan menyediakan tapak pasar tani
yang besar dan mengutip sewa tapak. Sekarang penduduk
di kawasan Nilai berbelanja di pasar tani Salak yang
terletak di Selangor. - PENDUDUK TERCUNGAP, Nilai.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke