Assalamualaikum,
Dalam Buletin Utama semalam, beberapa anggota polis yang memberi keterangan memberitahu prosedur ketuk-ketampi adalah tradisi dan telah dilakukan sekian lama...
 
Saya setuju matlamat tidak menghalalkan cara dan sungguhpun ia perlu, aurat tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya. Disini saya melihat, kaedah yang sama dalam bidang perubatan terpakai iaitu doktor boleh melihat aurat pesakit setakat untuk merawatnya sahaja.
 
Rakan sepejabat saya kata 'yang salah polis yang rakamkan video clip tu..." Terus saya jawab - "ketuk ketampi dalam keadaan bogel tetap salah tetapi merakam pun salah juga kerana jika tidak dirakam, tidak didedahkan kepada umum, ia tidak akan jadi isu hangat. Akan tetapi, sungguhpun kita dapat lari dari mata manusia, tetapi kita tidak dapat lari dari 'mata' Allah kerana Dia Maha Melihat". Justeru, bukan matlamat akhir yang kita fokuskan akan tetapi dalam rangka mencari penyelesaian sesuatu isu, janganlah hukum-hakam dipinggirkan dan dianggap remeh.
 
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Semasa mentafsirkan ayat Liyab luwa kum ayyukum ahsanu 'amalaa - Untuk Dia menguji siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya (al-Mulk ayat 2) - Menurut Al-Fadl ibn 'Iyad - Yang dimaksudkan dengan ayat itu adalah amalan ikhlas kerana ALlah dan lebih menepati apa yang ditentukan Syarak kerana amalan yang dikerjakan walaupun memenuhi ciri keikhlasan tetapi ianya  tidak menepati apa yang ditentukan syarak, maka amalan itu tidak diterima, begitu juga sebaliknya.
 
Isu ini semakin hebat kerana melibatkan polis wanita bertudung - yang dianggap lebih fakih bab hukum-hakam. Maka, kita melihat ada unsur untuk mendiskredit Islam iaitu Islam itu menzalimi dan menjatuhkan maruah seseorang yang belum dibuktikan bersalah.  Entah apa agenda Theresa Kok. Yang pasti, ia ada kena mengena dengan "political survival" nya...
 
Wallahu 'alam.
 
CM - Sedih kerana ada sesetengah wanita Islam beranggapan aurat itu sekadar tutup kepala. Dada terbuka, mekap warna warni mcm Saluran Ceria Anda, wangian boleh dihidu dari jauh, pakaian ketat hingga nampak bentuk rupa bumi, pakaian jarang, nampak baju dalam, rambut berceracak keluar - tidak tahu atau tidak diendahkan. It's really an eye sore...

Syor tahanan wanita pakai 'apron' tutup tubuh


KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencadangkan supaya tahanan wanita memakai pakaian khas bagi menutup tubuh ketika melakukan ketuk ketampi untuk mencari bahan terlarang yang mungkin disembunyikan dalam alat sulit mereka.
 
Cadangan berkenaan dikemukakan Profesor Madya Dr Ashraf Mohd Hashim dari Jabatan Fiqh dan Usuluddin UIAM ketika memberi keterangan di hadapan inkuiri awam diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Beliau berkata, pemakaian apron seperti pakaian tukang masak, sesuai jika pemeriksaan tidak membabitkan bahagian atas badan suspek yang dicurigai.

Dr Ashraf berkata, dalam Islam, aurat tidak boleh dibuka dan dilihat orang lain kecuali apabila ada keperluan dan dalam keadaan darurat.

Saksi ke-15 itu bagaimanapun berkata, walaupun jika ada keperluan, kebenaran itu bukan diberi secara mutlak.

Katanya, maksud kebenaran bukan secara mutlak adalah pihak berkuasa dibenarkan menjalankan pemeriksaan setakat diperlukan saja.



"Contohnya seorang suspek dicurigai perlu diperiksa badannya kerana jika pemeriksaan tidak dibuat, kita tidak dapat pastikan sama ada barang itu betul-betul disorok," katanya.

Apabila ditanya sama ada kaedah yang digunakan wardar penjara mengarahkan tahanan wanita memakai tuala sambil ketuk ketampi boleh dipraktikkan, beliau berkata, mengikut hukum syarak ia boleh diterima.

Dr Ashraf berkata, keterangannya berdasarkan kaedah umum dalam Islam, iaitu 'darurat menghalalkan yang haram' dan kaedah am 'apabila ada keperluan ia dibenarkan'.

Katanya, kaedah lain yang turut menjadi sumbernya adalah 'darurat diberi setakat diperlukan saja', iaitu setakat mana yang diperlukan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Saksi itu berkata, tahanan wanita juga hendaklah diperiksa anggota polis wanita kecuali dalam keadaan darurat yang mana tiada anggota wanita dan bimbang jika pemeriksaan tidak dilakukan, barang kes akan musnah.

Sementara itu, pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Zainab Samsuddin memberitahu suruhanjaya benda asing boleh terkeluar daripada kemaluan atau dubur seseorang wanita jika dia melakukan ketuk ketampi.

Katanya, perbuatan mencangkung yang juga sebahagian daripada pergerakan penting ketuk ketampi, mengakibatkan tulang pelvik mengendur dan membolehkan benda asing terkeluar.

Beliau turut memberitahu mahkamah prosedur mengarahkan tahanan ketuk ketampi untuk mengeluarkan benda terlarang bukan perbuatan yang sia-sia.
 

--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke