Berikut ialah resolusi Kongres Kepentingan Bangsa yang
diadakan 16-17 Dis 2005 di Universiti Teknologi
Malaysia KL yang dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh
Hamzah Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang dan
dihadiri dihadiri lebih 1200 orang  mewakili lebih 100
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Sila baca berita penuh dalam Mingguan Malaysia 18 Dis
2005 mukasurat 2. Bersamalah kita mempastikan agar
resolusi ini dilaksanakan bukan sekadar retorik
semata-mata.

Antara 29 perkara resolusi dalam kongres secara
sebulat suara menggesa kerajaan: 

* Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
iaitu mengembalikan fungsi Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan
Matematik. Pada masa sama mempertingkatkan pengajaran
Bahasa Inggeris. 

* Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita
Sekolah Agama Rakyat supaya ia dapat berfungsi seperti
asal bagi mengembangkan pendidikan aliran agama. 

* Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang
tidak sihat bagi pertumbuhan dan kecerdasan minda
serta kebebasan berfikir di kalangan ahli akademik dan
mahasiswa. 

* Mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/
Rizab Melayu di seluruh negara. 

* Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi
penjana yang bertanggungjawab melahirkan usahawan
Melayu dalam bidang gas dan minyak. 

* Memperkenalkan Akta Makanan Halal supaya industri
makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu
Islam. 

* Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperundangkan dalam
bentuk Akta seperti Dasar Bahasa dan Dasar Pendidikan.


* Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang
berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan
lain-lain bidang. 

* Penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses
undang-undang. 

Resolusi tersebut dibaca oleh Dr Muhammad Nor Manuti
dan diserahkan kepada Pengerusi Kongres, Tengku
Razaleigh Hamzah. 


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke