Saya telah menerima satu e-mel daripada rakan saya Sdr
Mohd Yusof yang bekerja di 3M Malaysia Sdn. Bhd. K.L..
Beliau meminta orang ramai yang sudi membantu En Atan
sekeluarga (orang kampung mertuanya) yang tinggal
sehelai sepinggang apabila rumah mereka terbakar pada
15 Disember 2005 yang lalu. Kepada rakyat Malaysia
yang prihatin bolehlah menghulurkan bantuan apa yang
termampu dengan memasukkan terus ke akaun En Atan yang
tertera dibawah atau boleh menghubungi terus Sdr Mohd
Yusof 012-2050792. No talipon En Atan mungkin sukar
untuk mendapat talian memandangkan liputan talipon
yang kurang baik di Kg. Jeram.

MOHD ATAN BIN JAMIAN
AKAUN MAYBANK
NO AKAUN: 111113180641
TALIPON : 019-6974263

********************************************************
Assalamualaikum Akhi Rozmal, tolong sebarkan.

Ketika pulang ke rumah mertua di Kg Jeram, Sri Repah,
Tampin, Negeri Sembilan pada hari Sabtu 17.12.05  yang
lepas saya menemui satu keluarga yang baru ditimpa
musibah. Rumahnya 
terbakar. Kejadian belaku pada hari Khamis 15.12.05
pukul 5.30 ptg. Tiada sebarang benda dapat
diselamatkan kecuali kereta yang ketika itu dipandu di
luar. Syukur pada Allah tiada jiwa yang terkorban.
Namun keperitan dan tekanan jelas terbayang di wajah
kedua-dua suami isteri yang saya temui itu.

Kini Saudara Atan bersama isteri dan 5 orang anaknya
hanya tinggal sehelai sepinggang. Segala kelengkapan
rumah, sijil kelahiran anak-anak, dokumen-dokumen
penting musnah. Kelengkapan
persiapan untuk anak-anak naik ke sekolah di musim
baru tahun 2006 juga turut musnah. Untuk Sementara,
Sdr Atan dan keluarganya menumpang di rumah saudara
berdekatan.

Saudara Mohd Atan Bin Jamian merupakan pesara tentera
dan sekarang berkerja sebagai pemandu lori. Beliau
baru sahaja perpindah ke Kg Jeram ke rumah sendiri
yang baru siap dibina. Amat memilukan, belum pun
sampai seminggu di rumah baru,Allah telah menguji
saudara kita ini. Mari lah kita sama-sama berdoa
semoga keluarga ini diberi kekuatan dan ketabahan oleh
Allah s.w.t menghadapi dugaan ini. Di samping itu
kepada sesiapa yang ingin meringankan beban saudara
kita ini bolehlah menderma dengan memasukkan duit
terus ke akaun beliau seperti di bawah:-

MOHD ATAN BIN JAMIAN
AKAUN MAYBANK
NO AKAUN: 111113180641
TALIPON : 019-6974263

Nama mangsa: Mohd Atan bin Jamian
No Kad Pengenalan: 620618-xx-xxxx
Pekerjaan: Pemandu Lori (Pesara Tentera)
Nama Isteri: Norsiah bt, Saad
No Kad Pengenalan: 580228-xx-xxx
Pekerjaan: Suri rumah.
Nama anak-anak:
1. Mohd Khairol Amri, tarikh lahir 07 Feb 87 (sudah
berkerja)
2. Norazmira, tarikh lahir 24 Jan 88  (tunggu
keputusan peperiksaan SPM)
3. Mohd Azuan tarikh lahir 18 Sep 89 (tingkatan
5-2006)
4. Mohd Amzal Akmal tarikh lahir 08 Dec 93 (tingkatan
1 - 2006)
5. Norasyikin  tarikh lahir 01 Okt 95 (darjah 5 2006)

Semoga sumbangan ikhlas saudara/ri dapat meringankan
beban Sdr. Atan
sekeluarga.

Thank you and best regards

Mohd Yusof Abdullah HP # : 012-2050792
Sourcing & Package Engineering        
3M Malaysia Sdn. Bhd.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to