Program Ibadah Korban Anjuran PERTUBUHAN HIMPUNAN
LEPASAN INSTITUSI- INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
(HALUAN)

HALUAN ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang
didaftarkan pada tahun 1988 di Selangor. Ia bermula
dengan keahlian di negeri Selangor kemudian secara
beransur berkembang ke cawangan-cawangan di serata
semenanjung pada awal 1990

HALUAN akan menganjurkan “Projek Ibadah Qurban Aidil
Adha 1426H” sebagai inisiatif untuk menggalakkan umat
Islam menunaikan ibadah Qurban di tempat mereka yang
lebih memerlukan bantuan, samada kerana masalah
ekonomi, bencana alam, peperangan, penindasan dan
seumpamanya.

Untuk tujuan ini, HALUAN mengenal-pasti golongan
berikut sebagai sasaran projek untuk tahun 1426H.
 Perkampungan Orang Asli di Malaysia, untuk
meraikan saudara-saudara baru.
 Pekampungan anak-anak yatim dan mangsa
tsunami di Meulaboh, Aceh.
 Perkampungan Islam Battambung dan Chroy
Metrey di Kemboja.
 Perkampungan Islam Hambantota dan Kirinda di
Sri Lanka.

Harga untuk satu bahagian Qurban adalah di klasifikasi
mengikut daerah seperti berikut:
1. Perkampungan Orang Asli atau Aceh — RM300
2. Kemboja atau Sri Lanka — RM190

InsyaAllah HALUAN akan menghantar relawan-relawan ke
tempat-tempat yang terpilih di atas untuk menunaikan
amanah ibadah Qurban dengan bantuan NGO atau agensi
tempatan. Sijil penyertaan Qurban akan dikeluarkan
kepada setiap peserta.

Disamping sumbangan Qurban Aidil Adha, HALUAN akan
menyalurkan RM5 dari setiap bahagian Qurban sebagai
sumbangan waqaf untuk membeli tanah di Kemboja. Tanah
yang berharga RM1/kaki persegi tersebut akan digunakan
untuk projek pertanian dalam rangka membantu
pembangunan ekonomi dan kehidupan masyarakat Islam di
sana. Sijil-sijil waqaf akan dikeluarkan oleh Mufti
Kerajaan Kemboja.

Bagi muslimin/muslimat yang ingin turut menyertai
projek ini, sila hantarkan borang beserta bayaran
kepada wakil-wakil HALUAN, samada melalui tangan, fax
atau emel sebelum 31hb Disember 2005.

Maklumat lanjut layari laman web HALUAN
http://www.haluan.org.my

Atau Hubungi : 
Muhd Ridha Abd Ghani
Ketua Biro Saraan
Pejabat HALUAN    
Tingkat 1, C-02-17, Jalan Kenari 12  
Taman Seri Kenari  
43000 Kajang , Selangor D.E.  
03 - 8739 4151  ,  03 - 8739 4151  
 
Razali Maarop 
Ketua Biro Ekonomi
Lot 640 Jalan Mat Raji  
Shah Alam  
019 217 6106  


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke