Assalamualaikum,
 
Untuk keterangan mengenai insuran yang berbentuk pelaburan sila lawaat laman web ini
 
http://www.geocities.com/asmalinja/investment.html
 
Terima kasih

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya berminat utk mengatahui ttg produk insuran yg mempunyai ciri2 simpanan dan dlm masa yg sama juga mempunyai ciri2 perlindungan sekiranya berlaku apa2 spt. kemalangan kepada si pemegang insuran. Boleh kemukakan kpd saya serba sedikit maklumat ttg ini.
 
Utk pengetahuan, saya telah berkahwin & di bwh ini saya sertakan serba ringkas info keluarga saya.
 
Pn. Mazura - 31 thn (B.O.D - 2/12/75)
Suami - 36 thn ( - 1/6/70)
Anak 1 - 10 thn (- 2/12/96)
          2 - 8 thn ( - 8/9/98)
          3 - 3 thn ( - 4/5/2003)
Ibu saya - 72 thn ( - 24/6/1934)
 
TQ
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, January 11, 2006 10:16 PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] TAKAFUL IKHLAS JADI RUJUKAN INSURANS ASING

Takaful IKHLAS jadi rujukan insurans asing

Oleh JOHARDY IBRAHIM (Wartawan Utusan)
 
UTUSAN MALAYSIA - RABU, 11 JANUARI 2006 

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS), adalah sebuah syarikat pengendali perkhidmatan dan produk takaful yang baru berusia tiga tahun.
Namun, hari ini Takaful IKHLAS telah mencapai reputasi sebagai sebuah syarikat takaful yang mempunyai jenama yang dinamik, progresif dan inovatif di dalam memenuhi keperluan pelanggan.
Sehingga kini, lebih 100,000 peserta telah menyertai pelan perlindungan Takaful Am dan Keluarga Takaful IKHLAS sejak mula beroperasi pada bulan Julai 2003.
Kepercayaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan Takaful IKHLAS amat menggalakkan dengan kutipan premium yang tinggi.
Dengan kutipan premium sebanyak RM6 juta pada tahun 2003, RM66 juta pada 2004, Takaful IKHLAS berkeyakinan penuh akan mencapai sasaran RM150 juta untuk tahun berakhir 2005 pada 31 Mac 2006 ini.
Dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia, Pengarah Urusannya, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman menyatakan, ``Takaful IKHLAS bakal mencipta piawaian tersendiri yang tinggi apabila mencapai tahap break-even pada tahun operasi ke-3 syarikat ini pada bulan Mac 2006 ini dengan kutipan sumbangan melebihi RM100 juta.''
Perkhidmatan insurans hayat terus menjadi penyumbang utama sebanyak 60 peratus manakala bakinya 40 peratus insurans bukan hayat terutamanya insurans kenderaan.
Syed Moheeb menyifatkan peningkatan itu didorong oleh faktor peningkatan sumbangan itu juga adalah hasil meningkatnya kesedaran orang ramai tentang keperluan mendapatkan insurans.
Takaful IKHLAS, penanggung insurans Islam yang memulakan operasi perniagaan kira-kira tiga tahun lalu, kini menunjukkan pencapaian yang sungguh menggalakkan.
``Kami yakin akan dapat mencatatkan pulangan modal tahun ini, iaitu selepas tiga tahun beroperasi sedangkan dalam industri insurans, masa selama lapan tahun diperlukan untuk berbuat demikian,'' kata Syed Moheeb.
Takaful Ikhlas, kini berada di tangga ketiga antara empat pengendali di negara ini selepas Takaful Nasional dan Takaful Malaysia yang memulakan operasi yang jauh lebih awal.
Syed Moheeb berkata, pihaknya akan memperkenalkan produk baru pada tahun hadapan termasuk perlindungan takaful untuk wanita dan juga takaful berkaitan pelaburan.
Perkembangan menarik dalam syarikat ini bila menyaksikan Takaful Ikhlas turut menjadi rujukan banyak firma insurans Islam di peringkat global termasuk Australia, Thailand, Luxemburg dan Asia Barat.
Kaji selidik yang dilakukan sendiri oleh syarikat ini pada awal 2005 menunjukkan Takaful IKHLAS berada di tangga 10 teratas di minda masyarakat umum (top of mind insurance company).
Sepanjang syarikat ini beroperasi, kini lebih banyak syarikat kewangan telah memilih perkhidmatan Takaful IKHLAS berdasarkan keperluan khidmat selepas jualan yang cemerlang dan berkualiti.
Menyedari bahawa pelanggan tidak mahu tertipu dengan janji-janji manis sewaktu transaksi jualan, sehingga hari ini syarikat-syarikat kewangan yang telah menjadikan Takaful IKHLAS sebagai rakan/ panel insurans/ takaful untuk para pelanggan mereka, amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Mereka ingin memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan insurans/takaful yang ditawarkan bersama-sana produk kewangan mereka.
Takaful IKHLAS telah melaburkan lebih RM10 juta untuk sistem sokongannya bagi mengukuhkan infrastruktur perniagaan takafulnya.
Syed Moheeb berkata, sistem sokongan berteraskan IT, kumpulan pengurusan dan warga kerja yang komited dan berdedikasi telah merealisasikan falsafah kerja untuk memudahkan lagi peserta/ pelanggan untuk berurusan dengan Takaful IKHLAS''.
Takaful IKHLAS juga telah berjaya melantik lebih 3,500 orang ejen individu dan korporat yang bergantung kepada sistem sokongan yang mantap dari syarikat itu bagi membantu keberkesanan operasi perniagaan mereka. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk kegunaan ejen-ejen di Takaful IKHLAS bagi membantu ejen-ejen melaksanakan transaksi perkhidmatan.
Bukan itu saja, Takaful IKHLAS juga amat menitikberatkan usaha latihan dan pembangunan ejen-ejennya, di mana, modul-modul program latihan yang ada adalah sejajar dengan modul latihan MII (Malaysian Institute of Insurance).
Malah, Takaful IKHLAS turut memperkenalkan beberapa program latihan dan pembangunan bagi membentuk keperibadian sebagai seorang ejen yang beretika, amanah dan berakhlak mulia.
Takaful IKHLAS yang juga merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) telah mendapat suntikan modal berbayar sebanyak RM100 juta pada Disember 2004 bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan syarikat yang berdaya saing.
Mengenai cabaran daripada liberalisasi sektor insurans, Syed Moheeb berkata : ``Walaupun lebih banyak lesen takaful akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2006 ini, bagi memeriahkan lagi industri takaful ini, insya-Allah, Takaful IKHLAS akan terus gigih berjuang untuk menjadi syarikat Takaful pilihan.''



--
Ikhlas

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Non-Banking Financial Institution (NBFI) Consultant
****************************************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
www.ikhlas2u.faithweb.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH
*********************************************************************************
MADANI AGENCY
(Representing)

TAKAFUL IKHLAS SDN BHD (593075-U)
28 Level 1 Medan Pusat Bandar 1
Section 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8926 1034   Fax: 03-8926 1033
************************************************


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Photos – Showcase holiday pictures in hardcover
Photo Books. You design it and we’ll bind it!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke