FTA Malaysia dan Jepun mungkin punca Volkswagen undur diri - Ibrahim
Monday, January 16 @ 16:14:51 MYT


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh)-Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Jepun dan Malaysia disyaki punca syarikat pembuat kereta ke empat di dunia, Volkswagen menarik diri dari bekerjasama dengan Proton.

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Dato' Ibrahim Ali berkata, FTA antara Malaysia dan Jepun sangat mengancam industri otomobil di negara ini.
"Saya yakin Volkswagen tahu hal ini, sebab itu mereka tarik diri sebelum berdepan dengan masalah," kata Ibrahim dalam majlis sembang-sembang malam tadi.
Kira-kira 50 aktivis NGO, politik dan penulis menyertai majlis itu.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian dengan Jepun yang ditandatangani Disember 2005 lalu.
Ini kerana, beliau mendapat maklumat, perjanjian itu sangat merugikan Malaysia.
Antara kandungannya, Jepun bebas mengeksport kereta CKD dan CBU ke Malaysia tanpa dikenakan cukai sebagaimana sekarang.
Sebagai timbal balasnya, Malaysia bebas mengeksport buah-buahan dan sayuran ke Jepun tanpa dikenakan sebarang cukai import.
Persoalannya, kata Nasharudin sebelum ini dan juga Ibrahim Ali semalam, Malaysia bergantung kepada buah dan sayur-sayuran dari Thailand untuk keperluan tempatan.
-zs <
Advertisement
Brilliante Formulasi Homeopati 'A' Plus:
Adakah anak-anak anda menghadapi masalah malas belajar, tidak dapat tumpuan terhadap pelajaran, kuat berangan angan, kerap buntu fikiran, lemah, gugup, mudah letih, mengantuk, pelupa, lalai, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan? Begitu juga jika ada anak yang down syndrome, dan hyperactive? Jawapannya ialah BRILLIANTe


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke