Malaysiakini 17 Jan 2006

Orang ramai khususnya umat Islam hari ini dinasihati
berwaspada apabila membeli ikan air tawar jenis patin,
tilapia dan keli Afrika ternakan kolam kerana ada
pengusaha yang didapati menggunakan daging babi dan
isi perut ayam sebagai bahan makanan. 

http://www.malaysiakini.com/news/45843

HARIAN METRO 17 Januari 2006
Edisi Nasional : Sungai di Pahang 'samak' patin babi
rebus
Oleh Manan Samad dan Mazlan Hasan

BATU GAJAH: Sebahagian ikan air tawar, termasuk patin,
tilapia dan keli Afrika yang diternak dengan memberi
makan daging babi rebus dan najis haiwan di beberapa
lombong di negeri ini dihantar ke Pahang untuk proses
`mencuci’ di sungai bagi menghilangkan baunya.

Ikan itu diternak di sungai mengikut tempoh tertentu
sebelum dipasarkan ke restoran ikan sungai di negeri
itu.

Maklumat terbaru itu diperoleh Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak (Jaip), Jamry Sury, selepas beliau melawat
tiga kawasan kolam ternakan ikan yang dikenal pasti
terbabit dengan kegiatan `ikan babi rebus’ itu, di
sini, Tronoh dan Papan, semalam.

Turut serta dalam lawatan itu Ahli Dewan Undangan
Negeri Tronoh, Datuk Lee Kon Yin; wakil Jabatan
Perikanan Negeri; Pejabat Tanah dan Galian Kinta,
polis serta wartawan.

Menurut Jamry, ada pengusaha berkenaan mengakui ikan
air tawar itu turut dihantar ke Pahang selain beberapa
negeri dan Kuala Lumpur kerana harganya tinggi.

“Taktik yang mereka gunakan ialah mengurung ikan ini
di sungai bagi tujuan menghilangkan bau sebelum
dipasarkan ke restoran ikan sungai atau pengunjung ke
negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, ikan air tawar berkenaan diberi makan
daging babi rebus serta najis haiwan, termasuk tahi
ayam bagi mempercepatkan proses pembesarannya.

Katanya, dengan memberi makanan seperti itu, semua
ikan terbabit yang sepatutnya boleh dipasarkan dalam
tempoh enam bulan hingga setahun, hanya mengambil
kira-kira tiga bulan untuk dipasarkan.

Justeru, kata Jamry, umat Islam hendaklah menghindar
daripada membeli atau memakan ikan yang diternak
menggunakan kaedah itu.

“Ini berikutan hukum syarak menyatakan bahawa ikan
yang diberi makan bahan najis (daging babi dan najis
haiwan) secara sengaja dan berterusan adalah haram
untuk dimakan,” kata Jamry.

Beliau mengatakan pengusaha kolam ternakan terbabit
tidak dapat dikenakan tindakan kerana tidak ada
peruntukan undang-undang berhubung perkara berkenaan
ketika ini.

Pihak berkuasa, termasuk Jaip hanya boleh memeriksa
serta mengeluarkan nasihat kepada orang ramai,
terutama umat Islam supaya tidak membeli atau memakan
ikan yang dihasilkan daripada kolam ternakan itu.

“Siasatan juga mendapati ada sebahagian kolam ternakan
ikan di bekas lombong itu diusahakan secara haram di
tanah kerajaan dan perkara itu akan diambil tindakan
oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kinta Selatan,” katanya
yang mengesahkan Jaip sudah memaklumkan kepada Jabatan
Perikanan dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya.

Lee, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata,
orang bukan Islam juga tidak digalakkan membeli dan
memakan ikan yang diternak seperti itu kerana mungkin
boleh menjejaskan kesihatan.

Ini disebabkan daging babi mempunyai sejenis kuman
yang boleh berpindah ke dalam ikan dan berkemungkinan
besar kepada orang yang memakannya.

“Saya meminta pengusaha kolam ternakan terbabit
memahami sensitiviti masyarakat Islam berhubung daging
babi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kawasan kolam ternakan itu
mendapati ada longgokan tulang serta bulu babi di tepi
kolam dan berhampiran beberapa periuk besar untuk
merebus usus dan organ dalaman babi.
Sekitar kawasan itu juga berbau busuk dan hanyir.

Beberapa pekerja kolam, termasuk warga Indonesia yang
mengaku beragama Islam yang ditemui mengatakan mereka
diarahkan untuk merebus daging babi oleh pemilik kolam
untuk dijadikan makanan ikan yang dipelihara di situ.

“Daging babi mampu membantu proses pembesaran ikan
dalam tempoh yang singkat, sekali gus mengurangkan kos
berbanding menggunakan bahan lain.

“Selain itu, ia mudah diperolehi kerana banyak babi
hutan di kawasan hutan berhampiran atau dijual oleh
pihak tertentu pada harga yang murah,” katanya yang
enggan namanya disiarkan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20060118083036/Article/indexm_html



 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke