Kenyataan Media ABIM
18 Januari 2005 / 19 Zulhijjah 1426H
 
ABIM PERTAHAN KEDAULATAN MAHKAMAH SYARIAH YANG DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN   
 
ABIM memandang berat kenyataan melalui media, Dato’ Seri Samy Vellu mengenai mesyuarat di antara Menteri Bukan Islam yang akan diadakan hari ini. Mesyuarat tersebut menggambarkan bermulanya satu dikotomi antara Menteri-menteri beragama Islam dan bukan Islam. Sewajarnya, selaku menteri kabinet, ruang perbincangan, rundingan dan ruang memohon penjelasan yang wujud dalam institusi kerajaan digunakan untuk berbincang mengenai isu-isu sensitif terutama melibatkan perlembangaan Negara. Tambahan pula isu ini berkait rapat dengan kedudukan Islam di Malaysia.
 
ABIM menegaskan bahawa Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan kerana perubahan pindaan dengan memasukkan fasal (1A) pada tahun 1988 telah diluluskan oleh Parlimen setelah pelbagai pihak mengadakan seminar, bengkel dan kertas yang menghujahkan betapa perlunya mahkamah Syariah diperkukuhkan. Jika wujud sebarang kekurangan, pendekatan yang wajar diambil ialah dengan melakukan penambahbaikan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada.
 
Masyarakat bukan Islam harus mengiktiraf dengan jelas bahawa hak kebebasan beragama orang-orang bukan Islam tidak pernah terancam seperti mana yang digemburkan. Sehingga kini mereka bebas mengamalkan ajaran dan amalan masing menurut lunas undang-undang.
 
ABIM berpendirian polemik yang berlaku hari ini harus segera ditangani bagi mengelakkan barah besar dalam masyarakat yang boleh menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat. ABIM juga menegaskan bahawa isu ini haruslah dibaca dari perspektif akademik dengan menilai fakta, meneliti asas sejarah dan memahami dengan jelas peruntukan undang-undang yang wujud. ABIM menyeru ahli-ahli politik, pimpinan NGO atau mana-mana individu agar tidak membuat kenyataan tanpa asas penyelidikan yang kukuh.
 
Sudah sekian lama keharmonian dan kesepakatan yang telah dilalui oleh rakyat Malaysia dinikmati bersama. Sikap dan toleransi yang tinggi disamping pencapaian perlembagaan yang telah sekian lama ada telah menyumbang kepada kewujudan keadaan yang ada hari ini.
 
Harapan ABIM agar semua pihak mengambil tidak membawa sentimen seperti ini terlalu jauh. Perbincangan dan pengutaraan isu ini wajarlah dibawa pada forum dan saluran yang betul. Isu perlembagaan Negara adalah sesuatu yang besar dan ianya adalah sumbangan menjamin keharmonian Negara.
 
 
KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR
Setiausaha Agung ABIM


Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 603-6188 0300
Fax: 603-6189 6700



[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke