NGO Islam diseru tangani gejala sosial
Wednesday, January 18 @ 08:59:48 MYT


Oleh MOHD SABRI SAID
PULAU PINANG, 18 Jan (Hrkh) - Ketua Lajnah Ummahat Persatuan Ulamak Kedah, Ustazah Zaharah Abu Bakar mengajak semua Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam supaya tampil ke hadapan menganjurkan program khas untuk tangani masalah remaja Melayu masa kini.

Beliau menyarankan demikian sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk 'Muslimah Moden: Suatu Perspektif Menyeluruh' di Dewan A, USM baru-baru ini.
"Semua NGO Islam buatlah perancangan tangani masalah remaja yang semakin konkrit sekarang. Jangan hanya melaksanakan program di bilik seminar yang berhawa dingin semata-mata sebaliknya turun padang bersama kelompok mereka, " tegasnya dalam progam anjuran bersama Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) dan Persatuan Staf Islam (PSI) USM.
Beliau tidak menafikan, sesebuah NGO Islam pasti mempunyai kepakaran tersendiri untuk memberikan kefahaman selari dengan minat remaja termasuk berkhemah dalam hutan, mendaki bukit atau acara lasak lain.
Selain itu, mereka juga perlukan pendedahan motivasi citakan diri, agama, masyarakat dan negara.
"Remaja mahukan aktiviti agak bebas maka carilah pendekatan itu agar mereka tidak bosan bersama kita, " terangnya yang pernah menjadi penceramah di Radio Televisyen (RTM), Kedah.
Remaja terbiar bukan sahaja menyakitkan mata memandang tetapi juga satu kerugian kepada negara kerana mereka mudah terjerumus dalam kancah yang lebih dahsyat.
Selain kerajaan, NGO juga wajib merawat mereka supaya tenaga dan fikiran mereka dapat di selamatkan untuk bersama-sama membangunkan negara ini. Menyentuh mengenai golongan wanita yang berilmu mereka harus menampilkan diri ke tengah masyarakat termasuk bersama berbincang di meja bulat.
Lazimnya, wanita yang bijak agama tidak mahu menonjolkan diri sebagai penceramah sebaliknya lebih senang mendiamkan diri sebagai isteri atau suri rumah.
"Wanita Islam yang ada ilmu patut ke tengahkan pengetahuan mereka di meja perbincangan bukan sekadar pencukup bilangan untuk menjayakan sesuatu mensyuarat sahaja, " tambah Ustazah Zaharah lagi. - mks.

Advertisement
Ali Baba & 40 Penyamun Versi Arab:
Kisah seorang fakir bernama Ali Baba yang telah menjumpai sebuah gua yang penuh dengan harta. Beliau sedar bahawa harta tersebut bukan miliknya. Adakah Ali Baba akan mengambil harta tersebut untuk mengubah nasibnya? Animasi ini penuh dengan nasihat dan iktibar untuk adik-adik. Apakah kesudahan perjalanan hidup Ali Baba..


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to