Hi,
Pasal cerita tidur kuat berdengkur ni, ingin saya perkatakan bahawa dulu suami saya pernah mengalami masalah yg sama selama 10tahun.  Pada tahun lepas bulan Mac, kami telah pergi berjumpa seorang doktor ENT di HUKM.  Selepas menjalani ujian 'sleep test' dan beberapa pemeriksaan di sana, didapati bahawa suami saya punya masalah saluran penafasan sempit.  Doktor menerangkan terdapat dua cara untuk mengatasi masalah tsb yakni pembedahan di kerongkong or beli aje mesin khas yg perlu dipakai setiap mlm seblm tidur sehinggalah kita rasa selesa spt biasa. Pakai mesin ini pada mulanya agak kurang selesa tapi lama kelamaan pasti alah biasa.  Harganya dlm 5ribu dan boleh dibeli melalui akaun 3 Kesihatan KWSP.  Suami saya pilih beli mesin kerna dia tidak suka bedah n lagipun dia ada penyakit kencing manis. Tambahan lagi umurnya dah menjangkau 50thn.  Malas dia nak melalui proses 2 minggu kesakitan (selepas bedah) untuk makan/minum nanti. 
Pada mulanya saya kurang percaya kaedah mesin ini. Almaklumlah dah penat benar (lebih 8thn) berusaha mengatasi masalah kuat berdengkurnya. Pelbagai ubat dan banyak klinik dah pergi seblm ini tapi tak juga baik.  Bunyi dengkurnya satu rumah dengar.  Tersangat la kuat. Tidur berdengkurnya ini sebenarnya mengganggu tidurnya juga kerana dia sebenarnya bukan tidur setidurnya. Yg pastinya kata doktor, setiap kali dia menarik nafas untuk berdengkur, setiap kali itu jugalah dia berjaga.  Jadi sebelah pagi/keesokan harinya pasti dia mengantuk.  Jadi siang tidur, mlm pun tidur.
Penyakit ini memang bahaya kerana ia melibatkan saluran penafasan yg boleh tersekat bila2 masa.
Apabila memakai mesin ini, akan nampak perubahannya insyallah pada hari ketiga.  Saya pada mulanya malas jugak nak layan kata penjualnya sbb telah byk kali kecewa pd usaha2 yg lampau.  Tetapi atas rekomen kuat doktor dan sayangnya saya pd suami, kami teruskan pembelian mesin tsb.  Apabila suami saya mencubanya selama 3 hari, memang nampak ketara perubahannya. Tiada lagi masalah berdengkur dan letih serta tahap mengantuk yg kritikal pun telah dpt di atasi.  Dulu dan sehingga kini, kami memang kerap travel dari KL ke Seremban..yakni pada setiap hujung minggu.  Saya tak tahu memandu.  So, semasa suami saya asyik mengantuk dulu, kami pasti berhenti pada setiap hentian dan stesen minyak(purata henti 12kali dari KL-Seremban)..kekadang tepi bahu jln highway yg mana amat berbahaya dan sering ditegur polis n petugas highway.  Tapi kini tidak lagi kerana kami dpt meneruskan perjlnan pergi dan balik tanpa henti.  Lewat tahun lepas selain kerap ke Seremban, kami juga kerap ke Muar.  Juga, tiada masalah travel lagi kerana kami dpt berulang alik pada hari yg sama tanpa henti.  Sekarang saya dpt merasa keseronokan travel dgnnya.
Mesin ini memang tersgt bagus dan istimewa sekali.  Untuk pengetahuan, suami saya mula memakai mesin ini pada pertengahan bulan Jun tahun lepas. Sehingga kini, beliau masih menggunakannya pada hampir setiap malam.  Selain masalah tahap kritikal berdengkur, letih dan mengantuk dapat diatasi, saya dapati batuknya yg agak kuat dulu pun telah tiada lagi.  Syukur alhamdulillah. Berkat kesabaran saya agaknya, termakbul juga doa saya selama ini agar suami saya kembali sihat. Raut wajahnya yg dulu agak suram dan malap (sbb pusingan oksigen dan rehat yg tak mencukupi), kini telah kembali bercahaya.  Alhamdulillah.  Ini diakui sendiri oleh kengkawan dan saudara mara.  Saya bersumpah berkata benar !!
So, cuba la berjumpa doktor dulu dan mintak kaedah yg sesuai untuk merawati masalah yg dihadapi.
Sekian dan semoga berjaya merawati masalah yg dihadapi.
Assalammuallaikum..
Saya fikir memang betul cakap EN. Johari.
Saya pun ada melihat dalam rancangan MHI suatu ketika dahulu, Doktor yang salah seorang ahli panel jemputan tu menyatakan dengkurang itu disebabkan saluran tak betul atau tersekat.
 
Baru-baru ini, hari jumaat  minggu lepas biras saya meninggal dalam tidur. Doktor telah mengesahkan dia tidak mengidap sakit jantung.  Saya masih ingat bila kami sama2 balik kampung, ketika tidur malam dengkurannya memang terlalu kuat. Bayangkan di rumah kampung, dia tidur dibawah, saya tidur ditingkat atas, saya boleh dengan dengkurannya yang kuat. Satu rumah boleh dengar.
 
Jadi saya buat andaian , oleh kerana dia tidak ada sakit jantung, mungking kematiannya disebabkan saluran pernafasannya tersumbat. Memang kematian telah ditetapkan oleh allah. Tapi itu mungkin sebab musabanya.
Wallahhualam.
----- Original Message -----
Sent: Thursday, January 19, 2006 8:55 AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] menghilangkan dengkuran sewaktu tidur

assalamualaikum,
 
Tertarik saya dengan cerita mengenai berdengkur ni.Sebenarnya saya dulu sama seperti saudara,iaitu masalah tidur berdengkur.masa kawin ok,lepas dapat anak still ok juga..tapi selepas anak nak masuk 1 tahun mula saya berubar..tidur saya berdengkur.Berat badan saya bertambah..maklumlah masa banyak dihabis di tempat kerja than habis kerja seronok nak bermain dengan anak pula....sampaikan nak bersukan ..(.dulu saya aktif bersukan,main bolasepak,jogging) dah takder masa..
Saudara,
satu hari mungkin kerana sudah tidak tahan lagi dengan masalah berdengkur ini ,isteri suruh saya melakukan sesuatu untuk mengurang serta menghilangkan masalah berdengkur.Saya ke hospital berdekatan rumah HUKM Cheras dan mendapatkan temujanji dengan doktor.Selepas diperiksa oleh doktor saya disuruh oleh doktor untuk membuat ujian ,iaitu saya kena tidur satu malam di wad khas dimana disitu saya akan tidur dengan badan saya dileka! tkan wayar.Didalam mulut saya juga dimasukkan satu wayar yang disambungkan ke satu mesin..dan sepanjang malam waktu tidur saya dipantau dari luar oleh 2 orang nurse.Sebelum subuh kira-kira pukul 5 pagi saya terjaga dan minta diri untuk balik kerumah...
Saudara,
3 hari selepas itu saya bertemu semula dengan doktor dan  dia mengatakan kepada saya bahawa masalah dengkur ini terjadi kerana saluran di dalam kerongkong kita telah sempit..mungkin kerana pertambahan berat badan..dan lemak berkumpul disana.Doktor juga menyuruh saya mengurangkan berat badan dengan aktif semula bersukan,berjogging....dan jika masalah itu berlarutan mungkin satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk membesarkan semula saluran tersebut..ALHAMDULILLAHHH selepas hari itu saya mula aktif kembali dengan berjogging serta senaman .selepas 2 bulan dari tarikh itu isteri saya mengatakan bahawa dengkuran saya sudah berkurangan dan kadang-kadang tiada langsung didengarinya.ALHAMDULILLAH.....! ..
Saudara,
Nasihat saya kepada saudara serta kita semua agar  mengamalkan cara hidup sihat dengan bersukan iaitu aktiviti mengeluarkan peluh seminggu 3 kali.Cara ini mungkin berhasil untuk mengurang serta menghilangkan masalah tidur berdengkur ini.Masalah ini selalunya akan berlaku kepada lelaki.Dengan berat badan yang berlebihan memungkinkan mengalami masalah tidur berdengkur ini.
Saudara,
Jika masalah yang saudara hadapi masih berlarutan,saudara bolehlah mendapatkan nasihat diklinik dan hospital berdekatan dan mereka ada cara untuk mengurang serta menghilangkan masalah itu.INSYAALLAHHHHHHHHH

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
assalamualaikum...
 
saya wan baru mendirikan rumahtangga dua bulan yang lalu
 
masalah yg saya hadapi ialah dengkuran saya sangat kuat sehingga mengganggu tidur isteri walaupun isteri tidak kisah tapi sebagai menghormati pasangan saya ingin menghilangkan bunyi dengkuran itu tapi tak tahu bagaimana caranya
 
saya harap saudara saudari semua dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini
 
terima kasih
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Bring words and photos together (easily) with
PhotoMail - it's free and works with Yahoo! Mail.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to