Empat konsortium diberi lesen takaful



MANFAAT BERSAMA: Industri insurans takaful di Malaysia menunjukkan
potensi besar untuk berkembang.

 
BERITA HARIAN - ISNIN, 30 JANUARI 2006
 
Usaha mengembangkan sektor insurans berlandaskan syariah

EMPAT konsortium membabitkan institusi kewangan kewangan, pengurus dana pencen, dan syarikat insurans tempatan dan asing diberikan lesen untuk menyediakan perniagaan takaful di negara ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan ringkas semalam, berkata pemberian lesen perniagaan takaful kepada konsortium terbabit, antara usahanya mengembangkan sektor insurans berlandaskan syariah, menjadikan jumlah lesen yang dikeluarkan kepada sembilan.

Empat konsortium yang diberikan lesen itu adalah:

l HSBC Insurance (Asia-Pacific) Holdings Ltd bersama Jerneh Asia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);

l Hong Leong Bank Bhd, Millea Asia Pte Ltd dari Jepun dan Hong Leong Assurance Bhd.

l Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama Prudential Holdings Ltd; dan

l MAA Holdings Bhd dan Solidarity Co dari Bahrain.

Lima pemegang lesen takaful sedia ada adalah Syarikat Takaful Malaysia Bhd, Mayban Takaful Bhd, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Takaful Nasional Sdn Bhd dan Commerce Takaful Bhd.

Commerce Takaful menerima lesennya tahun lalu, tetapi belum memulakan operasi.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, minggu lalu dilaporkan berkata kerajaan telah memilih empat institusi kewangan yang bakal menerima lesen baru bagi mengendalikan perniagaan takaful.

Zeti berkata, pemberian lesen takaful tambahan itu adalah perkembangan penting kerana kadar penembusan insurans di negara ini masih rendah dan masih banyak ruang untuk diteroka.

Aset skim takaful merangkumi gabungan takaful keluarga dan am mencapai RM5.73 bilion dengan penguasaan pasaran 5.5 peratus sehingga September tahun lalu, sekali gus menunjukkan potensi besar untuk berkembang.

Berikutan itu banyak firma insurans tempatan dan luar negara berminat terbabit dalam perniagaan itu.

Bank pusat itu menetapkan sebelum ini, pemohon lesen berkenaan mesti membabitkan institusi yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh serta berpengalaman luas dalam perniagaan perbankan Islam, takaful dan insurans.

Keutamaan diberikan kepada usaha sama atau konsortium institusi kewangan yang mesti disertai bank atau penanggung insurans teras yang memiliki ekuiti ketara untuk menerajui setiap konsortium. Kepentingan ekuiti asing adalah dibenarkan sehingga 49 peratus.

Lesen baru itu dikeluarkan sebagai lesen komposit dan pengendali takaful baru perlu memenuhi keperluan modal berbayar minimum RM100 juta yang tidak boleh dijana menerusi pinjaman.

Disember lalu, MAA Assurance memeterai perjanjian usaha sama dengan Solidarity bagi membentuk syarikat usaha sama bernilai AS$25 juta (RM95 juta). Solidarity adalah syarikat takaful terbesar di dunia berdasarkan modal berbayar yang berjumlah AS$100 juta.

Millea Asia yang mendapat lesen takaful dengan kerjasama Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Assurance Bhd, sudah mempunyai operasi di Malaysia menerusi anak syarikatnya, Tokio Marine Insurans (M) Bhd.

Tokio Marine adalah syarikat insurans am ke-14 berdasarkan saiz pendapatan premium bersihnya di Malaysia tahun lalu dengan sejumlah RM281 juta.


--
Visit my Islamic NBFI & Capital Market site http://islamicfinance2u.blogspot.com

Ikhlas

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic NBFI & Unit Trust Consultant
****************************************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
islamicfinance2u.blogspot.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC UNIT TRUST  
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH - Makkah, Madinah & Jeddah
*********************************************************************************


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to