Setelah dunia Islam dikejutkan dengan karikatur yang
menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw yang pada
mulanya disiarkan oleh akhbar dari Denmark, barulah
umat Islam tercari-cari apakah tindakan yang harus
diambil memandangkan akhbar berkenaan enggan meminta
maaf kerana telah melukakan hati ribuan juta umat
Islam di seluruh dunia.

Antaranya ialah dengan mengadakan demonstrasi,
menghantar surat bantahan serta memboikot produk yang
berasal dari Denmark. Tapi bagaimana umat Islam hendak
memboikot sesuatu barangan yang pada hukumnya memang
haram dan dikilangkan pula di negara Islam ?

Yang paling ketara ialah jenama arak Carlsberg yang
berasal dari Denmark , dikilangkan di Shah Alam,
Selangor serta menguasai lebih 50% pasaran arak
tempatan serta diekspot pula ke negara-negara Asia
lain.

Inilah masanya kerajaan Malaysia yang berpegang kepada
prinsip Islam Hadhari serta menjadi Pengerusi kepada
Persidangan Negara-Negara Islam OIC agar mengambil
pendekatan yang realistik terhadap pekilang-pekilang
arak, lebih-lebih lagi pekilang arak dari negara
Denmark yang hingga ke saat ini tidak mengeluarkan
kenyataan rasmi memohon maaf kepada semua umat Islam
di dunia.

Sekiranya negara barat boleh mengenakan pelbagai
sekatan ekonomi serta meletakkan pelbagai syarat
perdagangan untuk melindungi syarikat tempatan mereka,
mengapa kita tidak dapat berbuat demikian agar
pelabur-pelabur yang melabur di Malaysia terlebih
dahulu menjaga sensitiviti  agama Islam sebagai agama
rasmi ?

Pekilang-pekilang arak yang ingin beroperasi di
Malaysia haruslah dikenakan beberapa syarat antaranya
ialah mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan
Islam untuk bekerja di kilang atau syarikat mereka.
Sekiranya pada ketika ini kita boleh mengenakan syarat
seperti hanya warga Indonesia dan Filipina sahaja
boleh diambil sebagai pembantu rumah, pekerja Vietnam
sebagai pekerja kilang dan seterusnya, mengapa tidak
diletakkan pula syarat kilang arak hanya dibenarkan
mengambil pekerja bukan Islam , baik pekerja tempatan
ataupun pekerja asing. 

Malah bukan setakat pekerja sahaja pekilang arak mesti
mengambil orang bukan Islam , malah jawatan lain
termasuk pengarah syarikat , pembekal, pengedar dan
peruncit juga haruslah diambil dari kalangan orang
bukan Islam.

Begitu juga dengan tempat operasi kilang arak
berkenaan, hendaklah ianya tidak beroperasi di kawasan
penduduk yang majoritinya beragama Islam. Sekiranya
hasil daripada pembangunan semasa serta kepadatan
penduduk yang bertambah, maka lesen pekilang arak
tidak sepatutnya diperbaharui, serta pekilang arak
berkenaan harus diberi tempoh agar mereka dapat
berpindah ke kawasan yang majoriti penduduknya adalah
bukan Islam. 

Islam begitu bertoleransi dengan penganut agama lain.
Islam tidak menghalang pengikut agama lain makan apa
yang mereka suka, serta minum apa yang mereka suka,
asalkan pengikut agama lain menjaga sensitiviti umat
Islam setempat.

Sebagai sebuah negara Islam juga , Malaysia boleh
meletakkan syarat bahawa pekilang arak yang beroperasi
di Malaysia ini hendaklah memastikan bahawa
pengeluaran arak mereka hanyalah untuk pasaran
tempatan sahaja, bukannya untuk pasaran ekspot. Adalah
agak pelik Malaysia sebuah negara Islam menjadi
pengeluar arak utama bagi rantau Asia Tenggara atau
pun rantau Asia. Apatah lagi pekilang arak tersebut
berasal dari negara Denmark, negara dimana akhbar
mereka memulakan penyiaran karikatur yang menghina
Nabi Muhammad saw.


     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke