---------- Forwarded message ----------
From: mazlihan othman 
Date: Feb 22, 2006 1:51 PM 


 "Permata adalah sesuatu bentuk perhiasan yang amat bernilai. Ia adalah hasil 
tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya 
menghasilkan permata yang berkilau dan cantik. 

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan 
dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita 
menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya. 





Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah 
kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama 
manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama 
manusia. 


Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. 
Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan 
individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya 
berkilau umpama permata yang bergemerlapan. 


Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia 
bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum 
kepadannya. 


Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada 
tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang 
hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat 
wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima 
hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt. 


Hari ini ramai manusia telah kehilangan permata didalam dirinya. Manusia akhir 
zaman ini sudah kehilangan apa yang dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati 
ini adalah antara nikmat Allah swt yang diberikan kepada hambaNya yang soleh. 
 
Seorang yang sakit perut, nikmatnya adalah selepas proses penyahtinjaan.
 
Seorang yang sakit gigi, nikmatnya adalah selepas gigi yang rosak itu dicabut 
atau ditampal.
 
Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas dicampakkan ketenangan 
didalam hatinya semula. 


Ramai manusia bergelar bilionaire. Bergelar jutawan. Bergelar pemimpin agung. 
Bergelar intelektual. Bergelar cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai 
lagi gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang mempunyai 
gelaran-gelaran ini mempunyai ketenangan hati? Leslie Cheung, seorang artis 
yang sudah terkenal, mati bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang 
penuh populariti dengan kematian yang tragis. Mariah Carey, dilaporkan sudah 
beberapa kali mengunjungi klinik psikiatri. Maradona, hancur karier 
bolasepaknya kerana dadah. Hitler, juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh 
diri. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang ramai diantara manusia kejar 
dan impikan. Populariti, kekayaan dan kuasa. 


Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah dari Allah yang mana 
beliau menemui ketenangan, juga hidup dalam keadaan yang tertekan dengan 
ketagihan alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan ketenangan iman, 
beliau telah memulakan hidup baru sebagai seorang pendakwah. 


Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah 
kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda 
kehidupan diri kita?
 

Atau adakah kita ini masih tergolong didalam golongan yang dikurniakan 
populariti, kedudukan dan harta, tetapi masih berterusan hidup dalam tekanan? 


Kita barangkali pernah melihat seseorang yang berkuasa dan kaya raya, mempunyai 
mahligai yang besar, tetapi sering menghabiskan masa malam mereka di 
kelab-kelab malam, memabukkan diri demi untuk mencari satu benda yang dinamakan 
ketenangan diri. 

Kita juga barangkali pernah mendengar kisah seorang bijaksana, tetapi 
berdampingan dengan dadah juga demi untuk mencari ketenangan yang hilang kerana 
tekanan pembelajaran. 

Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog, "Aku hisap rokok ni bukan 
ape, tension! Bila aku hisap sebatang dua, hilang sekejap tension aku." 

"Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release tension. Aku rasa terhibur 
so, aku boleh lupakan masalah aku." 

Allah berfirman, 
"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." 
yang dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan Guru Nik Ab Aziz 
mengatakan zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan 
al-Quran kerana ia sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa. 

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi 
al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. 
Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan 
umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian. 

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. 
Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. 

Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, 
burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan 
kehebatan Allah swt. 
Kaedah ini juga diguna pakai oleh ahli psikologi bagi memudahkan seseorang 
tidur. Dengan memberikan panduan agar mereka yang menderita imsonia itu 
melelapkan mata sambil membayangkan taman yang indah, ada rama-rama yang 
berterbangan, bunga-bunga yang menyegarkan kerana perkara-perkara yang 
menunjukkan kebesaran Allah itu semuanya menjurus kepada ketenangan hati. 


Allah berfirman, "Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan 
keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi 
diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan 
hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr, 27-30) 

Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang maka syurga adalah tempat mereka. Dan 
pra-syarat mereka yang ingin mempunyai jiwa yang tenang ini adalah iman serta 
amal soleh mereka. 

Ketenangan hati inilah yang sudah tiada dalam kebanyakan manusia. Kita sering 
menyangka kekayaan, kuasa dan populariti itu lah yang bakal membahagiakan hidup 
kita didunia. Tetapi, jangankan akhirat, sejak didunia lagi, kekayaan, kuasa, 
dan populariti itulah yang telah menghilangkan rasa bahagia kita sekiranya ia 
tidak didasari dengan dasar iman dan taqwa. 

Maka ingatlah, seseorang yang telah dikurniakan hati yang tenang pasti menerima 
segala takdir baik dan buruk yang ditimpakan keatasnya, kerana mereka yakin dan 
percaya akan firman Allah, "Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu 
ada kemudahan dan sesungguhnya setiap kemudahan itu ada kesusahan." 
(al-Insyirah:5-6) 

Wallahua'lam. " 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke