"Dengan penjelasan ini maka dapatlah kita fahami bahawa hadis-hadis tentang solat sunat Hajat ini kesemuanya lemah. Oleh itu mengerjakan solat sunat Hajat bukanlah merupakan amalan yang sahih dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam."...demikian kata empunya tulisan.
Tetapi saya pernah banyak kali mendengar dari ustaz-ustaz/penceramah, bahawa hadis yang lemah boleh dijadikan amal, cumanya tidak boleh dijadikan hujjah dalam membuat hukum.
Tok Guru Nik Aziz pun selalu buat solat hajat, sedangkan dia juga adalah seorang ulama' yang tidak kurang ilmunya, begitu juga sedemikian banyak mufti tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa solat hajat itu disandarkan kepada hadis lemah.
Jadi bagaimana kedudukan sebenarnya?
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
APAKAH SOLAT HAJAT DISYARI'ATKAN?
-----------------------------------
Ibadah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah ibadah
yang dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala
dan ianya mengikuti (ittiba') sunnah Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam yang thabithah. Oleh itu sebelum sesuatu amal ibadah itu
dikerjakan termasuk juga solat sunat Hajat ini, sewajarnya kita
menyelidik terlebih dahulu adakah benar ianya telah diperintahkan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Lazimnya dalil yang
dipergunakan untuk mengsyari'atkan solat sunat hajat ini adalah
hadis-hadis yang berikut:
Dari Faaid bin `Abdurrahman dari `Abdullah bin Abi Aufa, dia berkata
telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Barangsiapa
yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani
Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya
kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah
dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam, kemudian dia mengucapkan doa Menurut Abu `Isa ini adalah
hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin `Abdurrahman
yang dha'if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa'.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, hadis no:
441) dan juga Imam Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no:
1374).
Hadis di atas ini berstatus dha'if jiddan (sangat lemah) kerana
dalam sanadnya terdapat Faaid bin `Abdurrahman Abu al-Waruqa' dan
beliau telah dilemahkan oleh ulama' hadis seperti Imam al-Tirmidhi,
Imam `Abdullah bin Ahmad, Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Dawud, Imam al-
Nasa'i, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibnu Hibban dan Imam al-
Bukhari rahimahumullah. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan
dalil untuk mengsyari'atkan solat Hajat.
Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan
oleh Imam Ahmad dari Maimun Abu Muhammad al-Mura'i al-Tamimi dia
berkata telah menceritakan Yahya bin Abi Kathir dari Yusuf
bin `Abdullah bin Salam dari Abu Darda' dia berkata: "Wahai sekalian
manusia, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
Barangsiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang
dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa sahaja yang
diminta baik cepat ataupun lambat. (Hadis riwayat Imam Ahmad dalam
Musnadnya, hadis no: 26225)
Hadis ini juga adalah tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat
Maimun Abu Muhammad al-Mura'i seorang yang majhul (tidak dikenali
keadaannya)sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama' hadis
seperti Imam Ibnu Ma'in, Imam Ibnu `Adiy, Imam al-Dzahabi dan Syaikh
Nashiruddeen al-Albani rahimahumullah. Sanad hadis ini juga
munqati'(terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir seorang Tabi' al-
Tabi'in telah meriwayatkan secara terus dari Yusuf bin `Abdullah
bin Salam seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.
Dengan penjelasan ini maka dapatlah kita fahami bahawa hadis-hadis
tentang solat sunat Hajat ini kesemuanya lemah. Oleh itu mengerjakan
solat sunat Hajat bukanlah merupakan amalan yang sahih dari Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam.
PERLUKAH SOLAT YANG KHAS UNTUK MEMOHON HAJAT
----------------------------------------------
Setelah diketahui bahawa dalil yang membelakangi amalan
solat Hajat itu tidak kuat serta tidak sah untuk dijadikan hujjah
maka tentu ramai yang tertanya-tanya apakah ada solat yang khas
untuk memohon hajat yang selain dari memohon diturunkan hujan?
Sebenarnya tidak perlu solat yang khusus untuk hal tersebut kerana
kita boleh memohon apa sahaja hajat kita ketika mengerjakan solat-
solat yang fardhu mahupun sunat. Hadis-hadis Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam telah menunjukkan bahawa antara tempat
yang paling mustajab untuk berdoa adalah ketika sujud dan setelah
membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
ÃóÞúÑóÈõ ãóÇ íóßõæäõ ÇáúÚóÈúÏõ ãöäú ÑóÈøöåö æóåõæó ÓóÇÌöÏñ ÝóÃóßúËöÑõæÇ ÇáÏøõÚóÇÁó.
Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping
Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa ketika sujud itu. (Hadis riwayat Imam Muslim
dalam Shahih Muslim, hadis no: 482)
Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca al-Qur'an di waktu rukuk
mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan,
sedang di waktu sujud usahakanlah padanya berdoa dengan sungguh-
sungguh, kerana besar kemungkinan (doa itu pen) akan dikabulkan
Tuhan. (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim,hadis no: 479)
Abu Hurairah berkata: Sabda Rasulullah shalallahu `alaihi
wasallam: "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir),
hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu
(Ya Allah aku berlindung kepada mu) dari siksa neraka jahannam, dari
siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari (fitnah) Dajjal.
Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikkan untuk dirinya
sesuai kehendaknya." (Hadis riwayat Imam al-Nasa'i dalam Sunan al-
Nasa'i, hadis no: 1293)
Adalah lebih baik sekiranya kita memperbanyakkan doa ketika
mengerjakan solat Tahajjud kerana sepertiga malam yang akhir
merupakan antara waktu yang amat afdhal untuk doa kita diterima oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Rabb kita
Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika
tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman:"Siapa yang
berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan mengabulkannya; siapa yang
meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon
ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya." (Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dalam kitab Shahih al-Bukhari, hadis no: 1145)
WAllahu'alam
What are the most popular cars? Find out at Yahoo! Autos
Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Kirim email ke