Assalamualaikum,
 
Gambar seksi dengan artis cantik menghiasi akhbar sisipan di hari minggu diminati banyak pihak hingga jika tak buat begitu, akhbar kurang laris. Sebagai penyedap rasa, gossip-gossip artis sebagai juadah pembasuh mulut (desserts) turut dihidangkan. Itulah yang saya nampak dari saya kecik sampai saya besar. Bahan bacaan berunsur akademik dan intektual kurang diminati. Jarang orang mahu berbincang isu-isu seperti pergolakan politik dunia mahupun tanahair. Serangan pemikiran dan serangan fizikal umat Islam dan penyelesaian secara menyeluruh terlalu amat jauh dari pemikiran umat Islam apatahlagi yang melihat Islam dalam ruang lingkup yang sangat sempit iaitu hanya di tanah air sendiri.
 
Akhbar juga tanpa segan silu asyik bercerita tentang BiGfOOt. Saya bertanya pada suami - abah kenapa diorang ni sibuk sangat nak cari bigfoot? Geram sungguh kerana keujudan atau ketiadaanya tidak menjejaskan nasib golongan miskin yang dipaparkan dalam rancangan Bersamamu. Keujudannya juga  tidak mengubah nasib jalanraya yang retak di sana sini. Pendeknya, keujudannya yang masih dalam status lagenda tidak mengubah nasib umat Islam dan bukan Islam, tidak memberi kesan pada harga petrol dan tidak membangkitkan umat Islam bebas dari pemikiran dan perasaan yang masih ujud puing-puing kapitalisme dan sekularisme. Tetapi kenapa akhbar sibuk menguar-uarkan makhluk berbulu (?) itu?
 
Kewajaran sesuatu perbuatan dalam ruang-lingkup kapitalis yang mementingkan bottomline iaitu Keuntungan menyebabkan tindakan dan perbuatan sentiasa menjurus ke arah melariskan bahan terbitan. Jika ada sedikit 'kebaikan' yang cuba dilakukan ia adalah dalam ruanglingkup Corporate Social Responsibility - yang antara lain ingin menaikkan imej syarikat terutama yang sedang dalam proses ' branding '.
 
Tanpa adanya Negara yang menerapkan Islam secara menyeluruh, hanya iman dan taqwa  yang menjadi tolok ukur seseorang dimana atau disektor manakah dia hendak mencari pekerjaan? Ganjaran dari Allah atau ganjaran manusia? Tepuk dada tanya iman.
 
CM - Editor cabuk aje :-)

 
On 2/26/06, syeddahij <syeddahij> wrote:
NST: Mansuhkan unsur tidak Islamik dalam dunia persuratkhabaran
PDF Cetak
Fri | Feb 24, 06 | 04:37:25 PM
Oleh Lanh
SEBAGAI bekas kakitangan The New Straits Times Press Sdn Bhd (NSTP) selama 12 tahun, tentulah gembar-gembur mengenai akhbar NST masa kini, menarik minat saya untuk menulis mengenainya.
Sekalipun sudah bertahun-tahun meninggalkan NSTP, kenangan di Balai Berita dan Jalan Riong akan sentiasa bermain di mata - mungkin untuk sepanjang hayat.
Masakan tidak, di Balai Beritalah saya belajar selok belok dunia kewartawanan - daripada 'pemberita kadet' (cabuk) kepada ke peringkat pentadbiran, menguruskan wartawan-wartawan di bawah saya.
Oleh kerana NSTP kini menjadi perhatian negara, terluanglah kesempatan untuk 'refresh' (mengingatkan kembali) pengurusan NSTP, tauke-tauke media dan juga kepada peneraju negara mengenai 'satu dua perkara yang tidak Islamik' dalam industri persuratkhabaran.
Jika dewasa ini heboh 'NST dengan penyiaran karikatur menghina Islam', alangkah baiknya jika pihak NSTP dapat 'berfikir lagi jauh ke depan' untuk sama-sama memansuhkan unsur-unsur tidak Islamik dalam akhbar terbitannya - sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
Akhbar-akhbar berbahasa Melayu, terutamanya terbitan hari minggu - dalam usaha bersaing untuk muncul sebagai akhbar No 1 negara, menyajikan ruangan dan gambar-gambar artis wanita dalam keadaan tidak senonoh sama sekali.
Gambar wanita mendedahkan pangkal buah dada, kadang-kadang terlondeh dengan hanya menutup 'benda itu' saja, nampaknya sudah menjadi perkara biasa, seolah-olah ia sudah diterima masyarakat.
Seorang tuan guru pernah menegur dengan berkata: "Nampaknya semua orang sudah jadi syaitan bisu, tidak ada orang berani menegur, hatta sekalipun anaknya berpakaian tidak senonoh."
Jika bahan bacaan berkenaan dikhaskan untuk pembaca dewasa, 'damage' (kerosakan)nya tidaklah sebegitu besar berbanding statusnya sebagai akhbar untuk seisi keluarga.
Alangkah malunya seorang bapa apabila si anak terikut-ikut mahu memperagakan pakaian yang digayakan artis dalam akhbar ataupun bertanyakan soalan sensitif apabila tidak faham sesuatu yang dibacanya dalam ruangan seks dan rumahtangga.
Selain menyiarkan gambar-gambar tidak senonoh, sesetengah akhbar masih bebas menyiarkan iklan arak malah semua akhbar menyiarkan keputusan empat nombor ekor (judi) sekalipun dalam akhbar yang sama mungkin ada rencana yang menyatakan haram dan padahnya berjudi atau minum arak.
Seorang wartawan NSTP pernah menghubungi saya, mengemukakan soalan dan meminta nasihat: "Saya kerja di NSTP sebagai penyunting bahagian sukan. Apabila saya 'buat page tu, di tepinya ada 'ad' (advertisement ) 'empat nombor ekor'. Macam mana ni bang, pendapatan saya ni haram ke halal, atau saya dikira syubahat ke bang?"
Saya katakan kepadanya, tanyalah ustaz, tentulah ustaz lebih arif.
Demikian betapa serba salahnya seseorang Muslim yang bekerja dalam suasana (environment) demikian kerana apabila dia mendirikan solat, dia akan memohon - ya Allah, Kau tunjukkanku jalan yang lurus - jadi kalau Allah sudah bukakan pintu hatinya untuk mengikuti jalan lurus, tentulah suasana tidak Islamik itu tidak akan mententeramkan jiwanya.
Media dilihat sebagai perakam peristiwa anak bangsa. Sebahagian peristiwa, besar atau kecil tidak terlepas daripada jangkauannya. Malangnya, dalam isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w., media Melayu nampaknya terlalu mementingkan nafsu-nafsi politiknya sehingga satu peristiwa besar - 10,000 orang berarak menyatakan bantahan ke atas akhbar Denmark dan sekutu-kutunya, tidak disiarkan secara wajar.
Disebabkan tindakan 'menggelapkan' berita ini, timbul andaian umat Islam Malaysia tidak mempunyai sikap prihatin atau peduli ke atas apa yang menimpa ke atas saudara seagamanya.
Buktinya, sebuah akhbar harian menerbitkan rungutan seorang pembaca yang berbunyi: "Hairan, tak ada pun parti Islam atau organisasi Islam yang membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. terhadap Kedutaan Denmark! Bangun semua!"
Ertinya, akhbar Melayu telah mengkhianati kepercayaan pembacanya. Sesuatu perlu dibuat bagi mengubah senario malang ini.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke