HENDAK KE MANA ANDA? (WHITHER GO YE?) 10 Kita tidak rela jika kita disamakan dengan haiwan dan unggas yang bertindak berasakan nafsu dan naluri, yang mempunyai otak tetapi tiada fikiran?
Kita akan melenting jika kita disebangsakan dengan anjing, kucing atau lembu. Tapi tahukah anda.. ada orang yang suka kalau umat manusia; dia, anda dan saya di sebangsakan saja dengan haiwan? Dia amat suka kalau boleh dibuktikan bahawa manusia dengan binatang ni seiring sejalan, bahawa tiada perbezaan antara manusia dan unggas dan haiwan. Suka benar dia kalau kita semua dilonggokkan sebagai 'binatang yang pandai' atau 'spesis haiwan peringkat tinggi". Kenapa ya? Sebabnya mudah saja. Jika manusia sebangsa dengan haiwan, hidupnya tak perlu berbeza dengan binatang. Gampang Pak! Semuanya diukur dengan nilaian "tepuk dada tanya selera!" Semua ditanggung beres! Macam disebutkan dalam ayat 12 Surah Muhammad, manusia yang hidupnya umpama haiwan hanya perlu makan dan bersenang senang.. Makan. Pergi kerja, cari makan. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur. Makan. Pergi kerja, cari makan. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur..... Itu saja rutin hidupnya. Jika manusia sebangsa binatang, tiada tujuan hidup manusia selain " makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur." Jika manusia hanyalah 'an intelligent animal' ia hidup untuk " makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur.". Tiada hukum Tuhan, tidak perlu peraturan hidup, tidak perlu adab, tidak perlu etika, tidak perlu akhlak, tidak perlu ibadat, tiada pembalasan akhirat! Hasilnya manusia boleh berbuat apa saja untuk mencapai kepuasan hidup. Ikut naluri, ikut instinct, ikut nafsu …tepuk dada tanya perut. Hidup sekali saja beb! Bujur lalu melintang patah. Dosa pahala belakang kira! Bersambung inshaAllah. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/