Assalamualaikum,

Sekadar meletak jawatan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana
yang rosak dan korup bukan sekadar orangnya, tetapi sistem pemerintahan yang
berkiblat ke Barat dan bukan bersumberkan Al Quran dan Sunnah itulah
puncanya. Pemandu F1 pun jika diberi kereta yang bermasalah enjinnya, tidak
akan dapat melakar kejayaan walau sekali apatahlagi mencapai hattrick dsb.
Di Indonesia telah terbukti mantan Presiden BJ Habibie yang berlatarbelakang
pensyarah universiti yang tidak kedengaran penglibatannya di dalam kronisme,
nepotisme dan ntah apa lagi isme isme yang ada terbukti hanya mampu bertahan
selama lebih kurang 521 hari di atas takhta kerana yang bermasalah adalah
negara Indonesia (dan Malaysia juga) itu sendiri memiliki sistem
pemerintahan yang buruk, yang tidak ada cop Halal dari Allah Subhanahu
Wa Taala. Maka, jika tukar driver aje manakala kereta (sistem) memang rosak
~ esok lusa, minyak tak naik tapi harga benda lain yang naik seperti
penguatkuasaan cukai keatas barangan & perkhidmatan (GST). Ketika itu, Sang
Pemimpin akan mendendangkan lagu lama - "*Kita patut bersyukur kerana di
negara lain GST lagi tinggi dari Malaysia.. bla... bla.. bla..."*

Harga minyak naik 30sen yang sebenarnya menaikkan kemarahan saya juga
sebagai seorang pengguna minyak sebenarnya hanyalah *gejala *atau *symptoms*.
Penyakit sebenar atau "root of the problem" tidak lain adalah sistem
kapitalis-sekularisme yang diguna-pakai, yang dianggap sebagai method atau
thariqah terbaik untuk memerintah negara seolah-olah semasa Nabi mendirikan
Negara Islam pertama di dunia iaitu di Madinah 1400 tahun silam, tidak ada
manusia beragama selain Islam hingga Islam dianggap kureng sesuai
diaplikasikan di dalam negara berbilang bangsa dan agama. Apabila manfaat
(benefits) sahaja yang dipentingkan, apabila kedudukan Sang Pemerintah dan
Sang Boneka-Boneka yang bersemayam sahaja dipentingkan, rakyat terbanyak
yang teraniaya tanpa mengira bangsa dan agama. Umpa pesanan Datuk Seri Najib
dalam TV semalam (ada verbatim di Utusan 2/3/2006 ruangan Rencana) - suruh
rakyat menunggang Sang Kancil untuk jimatkan kos tetapi sanggupkan beliau
buat dulu untuk kesana-kemari dengan adindanya Datin Seri Rosmah itu dengan
Kancil?

*Justeru, penyelesaian total hanyalah dengan mencantas sistem pemerintahan
sedia ada dan menggantikannya dengan Sistem Pemerintahan Islam yang unik
iaitu sistem Khilafah sebagaimana yang pernah dipraktikkan selama lebih 1300
tahun sehingga kejatuhannya secara rasmi pada 3 Mac 1924 (almost 82
years).*Penyelesaian total ini bukan kerja satu individu, tidak boleh
dilakukan oleh
pendakwah yang bergerak secara 'freelance'. Sebaliknya ianya adalah kerja /
usaha secara kolektif, kerja berjamaah. Walaupun begitu, kerja berjamaah ini
amat payah untuk dilakukan secara istiqamah ~ rain or shine, sick or
healthy, fat or skinny, sad or happy ~ sekiranya tidak mempunyai gambaran
yang jelas apakah matlamat akhir - (Vision) dan juga cara untuk mencapainya
(Mission,Strategi,etc).

Sistem Pemerintahan Islam atau Sistem Khilafah ini adalah sesuatu yang agak
asing bagi sesetengah golongan umat Islam kerana Perlembagaan Persekutuan
yang menjadi Kitab Rasmi Negara lebih difahami, yang sebenarnya dicedok dari
common law hasil "air tangan" Lord Reid. Check buku Sejarah untuk keterangan
lanjut.

Muslimin, Muslimat yang dikasihi,

Sesuatu yang perlu difikir dan direnung secara mendalam dan dikaji dengan
mengambil sumber dari ulamak muktabar dan nas yang soheh adalah bahawasanya,
Daulah Islam itu tegak dari satu sistem tersendiri yang unik, yang mana kita
tidak dapat membayangkan dan menjelaskan kepada umat Islam secara tuntas
sekiranya kita meletakkannya sebagai *subset *dari Sistem Pemerintahan
selain Islam iaitu Demok*rasi*, Autok*rasi*, Teok*rasi* dan lain-lain *rasi*.
Selagi kerangka berfikir kita masih di dalam "*rasi-rasi*" yang disebutkan
di atas, selagi itulah kita tidak akan dapat menjelaskan secara tuntas
bentuk sistem pemerintahan Islam sebenar. Ini adalah kerana matlamat kita
bukan hanya untuk mencantas sistem Kuffar bersama dengan pendokongnya yang
melakukan kekejaman lebih dari sekadar menaikkan darah kita dan menaikkan
harga minyak sebanyak 30. Tetapi matlamat akhir kita adalah berusaha meraih
redha Allah (ridwanilLah) maka tidak dapat tidak, jalan untuk meraihnya
mestilah dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, yang bermula di
Mekah dan berjaya didirikan di Madinah setelah Baitul Aqabah II. Ikhlas
sahaja tidak cukup jika tidak mengikut kaifiyat yang ditunjukkan
Rasullah. *Ends
just not justify means. *Ia bukan satu kerja mudah tetapi bak kata
orang ~ *Perjalanan
seribu langkah bermula dengan langkah pertama.* Jika kita mudah menerima
istilah-istilah asing seperti anjakan paradigma dsb, kenapa kita berasa
asing untuk menerima sesuatu dari Nabi yang kita sayang dan bela. Takkan nak
bela Nabi masa insiden karikatur aje sedangkan tidak adanya Islam dalam
kehidupan secara total dalam sebuah Negara (Daulah) akibat makar pihak
Kuffar itu sendiri adalah penghinaan tertinggi (the insult of the highest
order) terhadap Rasulllah. Sepatah kata Imam Syafie ~ menegakkan Daulah
Islam itu adalah ibu (induk) segala fardu. Sabda junjungan mulia:-

Taraktu fii kum amraiyn. *Telah aku tinggalkan untuk kamu dua perkara.*
Lan tadhillu ma tamassaktum bihima : *Kamu sekali-kali (never ever) tidak
akan sesat selama berpegang teguh pada keduanya* (iaitu)
Kitaballahi wa sunnata nabiyyihi. *Kitab Allah dan Sunnah nabi-Nya.*

Al Quran dan Sunnah itu ibarat peta. Peta supaya tak sesat. Maklumlah, di
hujung perjalanan hanya ada 2 pilihan: Syurga atau Neraka. Tidak ada
tengah-tengah atau tempat *landing *sementara. Peta itu perlu dikaji,
dibelek, diajarkan pada orang lain, dikuatkuasakan pada semua pendokong dan
penyokong yang telah faham bahawa tidak ada cara lain untuk meraih kejayaan
melainkan dengan petunjuk Allah. (Lainlah jika rasa peta tu dah *obsolete).
*Kepada yang mengimani bahawa peta itu adalah *evergreen *dari dulu, kini
dan selamanya - perlulah buat sesuatu. Jika peta hanya disimpan dirak-rak
khutubkhanah, hanya dibaca secara lisan tanpa difahami yang tersirat, ianya
adalah ibarat dah gelincir matahari baru nak cari buku Ahkamussolat untuk
mencara tatacara, rukun, syarat untuk solat Zuhur. Bayangkan antum hendak
melepaskan qada hajat tetapi setelah ada 'rasa' baru nak cari tandas,
bayangkan apa yang berlaku jika ia diluar rumah atau ditempat awam yang jauh
dari kemudahan. Saya tak sanggup bayangkan. *Unimaginable.*

CM - Di zaman Daulah Islamiyyah dahulu, seorang Kristian (Nasrani) bernama
Salim bin Baz menulis Kitab Fiqh. La ni, umat Islam jadi menulis buku-buku
dan menjadi pakar ekonomi Kapitalis dan pakar sistem pemerintahan Kafir..*isk
isk isk..*



On 3/1/06, syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   *Bekas PM minta Abdullah berhenti sebelum pilihan raya? * [image: PDF] 
> [image:
> Cetak]   Wed | Mar 01, 06 | 06:18:10 PM
> Oleh Mazlan Jusoh   *KOTA BHARU, 1 Mac (Hrkh)* – Belum pun selesai isu
> permit import (AP), timbul pula masalah projek lingkaran tengah (MRR2).
> Bagaimanapun sayangnya menteri yang bertangggungjawab  terhadap isu
> tersebut masih dikekalkan dalam rombakan kabinet, 14 Febuari lalu.
> Dan musibahnya satu demi satu membelit Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
> Dan dan terbaru kerajaan dalam diam mengumumkan kenaikan harga minyak
> sehingga 30 sen seliter.
>     Berita mengenainya dimuatkan dalam Dunia Jam 11 malam, ketika
> sebahagian penduduk sudah dibuai mimpi. Mengapa keadaan itu berlaku, tidak
> lain lagi kerana negara menghadapi masalah kewangan yang kronik.
>     Ia terbukti apabila Perdana Menteri sendiri mengakui kenaikan harga
> minyak dibuat bagi menjimatkan beban subsidi kerajaan berjumlah RM4.4bilion.
>     Menurutnya, pengurangan subsidi itu akan digunakan bagi menambah baik
> perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Katanya, rakyat bakal mendapat
> manfaat secara tidak langsung.
>     Sebelum ini kewibawaan Perdana Menteri diuji apabila media rasmi milik
> kerajaan, TV2 turut menyiarkan karikatur menghina Rasulullah s.a.w.
> Sedangkan kesilapan Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily menyiarkan
> karikatur hampir serupa dihukum segera.
>     Dan The New Straits Times pula dimaafkan begitu sahaja tanpa digantung
> khidmat pengarangnya.
>  "Itulah kemampuan yang hanya dimiliki Perdana Menteri sekarang.
> Karismatiknya langsung tidak ada," kata bekas anggota jawatankuasa Umno
> Bahagian Kubang Kerian, Ibrahim Mamat.
>     Ia turut diakui bekas anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Pasir Mas,
> Che Asmari Che Ali.
>  Satu sumber pula memberitahu, kelemahan yang berlaku sekarang sudah
> disedari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau
> dikatakan mengambil keputusan berjumpa dengan Abdullah sebelum bertolak ke
> luar negara, baru-baru ini.
>     Menurutnya, hasil perjumpaan itu Dr Mahathir difahamkan menasihatkan
> Abdullah supaya meletak jawatan sebelum pilihan raya umum akan datang,
> memandangkan kelemahannya sudah dikesan banyak pihak.
>     Malam tadi, Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa turut mendedahkan isu
> serupa. Katanya, berdasarkan kepada maklumat yang diterima Dr Mahathir
> mencadangkan Abdullah meletak jawatan sebelum pilihan raya depan.
>     "Abdullah tidak mampu menjawab banyak isu yang berlaku sekarang.
> Ini menggambarkan kebolehannya yang sebenar," katanya pada program ceramah
> sempena penyertaan bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato'
> Ahmad Rosli Ibrahim bersama PAS di Padang Perdana.
>     Ribuan penduduk tempatan hadir pada ceramah tersebut sehingga memenuhi
> setiap ruang padang. Hadir sama Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik
> Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Badan Perhubungan, Takiyuddin Hassan dan
> Ketua Penerangan, Ustaz Nusuruddin Daud.
>     Husam juga berkata, kewibawaan Perdana Menteri sebagai Pengerusi
> Persidangan Negara Islam tidak membawa apa-apa makna, apabila tiada
> kenyataan dibuat bagi mengecam usaha Amerika  mewujudkan perang saudara di
> Iraq.
>     Begitu juga katanya dengan kesilapan yang sengaja dilakukan RTM, TV3
> dan NST menyiarkan karikatur Rasulullah s.a.w tidak mampu diselesaikan.
> "Menteri dan pegawai kanan di RTM patut meletak sebagai mengambil
> tanggungjawab ke atas kesilapan serius itu," ujarnya.
>




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke