SUARA
UMMAT 1/1427 UMAT
ISLAM PALESTIN PERLU SOKONGAN ANDA Risalah
ini diterbitkan sebagai suatu pendidikan dan kesedaran dikalangan masyarakat
mengenai isu-isu semasa dalam dan luar Negara yang menyentuh persoalan pelbagai
aspek kehidupan umat Islam khususnya dan seluruh masyarakat amnya. Ia bertujuan
untuk memberi maklumat dan kesedaran kritikal dikalangan masyarakat untuk
mengambil inisiatif yang wajar menangani berbagai isu yang kini sedang
melengkari kehidupan umat Islam
disamping membina masyarakat agar menjadi semakin peka dan bertanggungjawabuntuk
memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta keamanan
. PENGENALAN Risalah
kali ini menyentuh persoalan isu rakyat Palestin yang kini sedang melalui suatu
babak lagi dalam perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari kezaliman
pencerobohan dan penjajah Israel. Rakyat Palestin dalam pilihanraya Parlimen
baru-baru ( Januari 2006) telah membuat kejutan luar dugaan apabila mereka
memilih untuk memberi mandat kepada Harakah Muqawwamah Islamiah (HAMAS) membentuk
kerajaan. Seperti
yang dijangka kuasa Amerika Syarikat dan sekutunya terutama Israel menunjukkan
reaksi yang sangat negatif terhadap kemenangan HAMAS dan kini rakyat Palestin
sekali lagi menghadapi hipokrasi kuasa Barat yang mendakwa menjuarai demokrasi ,
sedang melancarkan kempen menyekat tertegakkannya kerajaan
HAMAS. Kami
mengharapkan huraian kami dalam isu ini akan memberi maklumat dan analisis yang
memadai dan mencukupi untuk para pembaca membuat pendirian dan tindakan yang
wajar demi membela perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Islam
dan masjid Al Aqsa , iaitu masjid
umat Islam yang mulia. Selepas
membaca risalah ini kami mengharapkan pembaca boleh mengambil tindakan untuk
berperanan menyebarkan risalah ini
kepada masyarakat secara meluas , menulis surat bantahan kepada Ameriaka
Syarikat , menulis desakan kepada sekretaruiat OIC , dan memboikot barangan
Israel dan US. AMERIKA
SYARIKAT YANG HIPOKRIT Amat
dikesali bahawa Amerika Syarikat, yang kononnya mendakwa menjadi juara
demokrasi, menekan PA (Pihak Berkuasa Palestin) supaya mengembalikan semula
bantuan sebanyak $50 juta Dolar US yang diberikan sebelum ini untuk menjana
semula ekonomi Palestin berikutan penarikan keluar Israel dari Gaza. Israel juga
secara haram menghentikan penyerahan hampir $55 juta Dolar US sebulan dalam
bentuk cukai jualan dan bayaran kastam yang dikutip oleh Israel bagi pihak
PA. Langkah
menindas ini telah diambil untuk menghukum rakyat Palestin kerana memilih HAMAS
dalam pilihan raya baru-baru ini yang berjalan secara bebas dan adil untuk membentuk kerajaan.
Dengan menafikan sumber kewangan yang diperlukan untuk HAMAS menjalankan tugas
sebagai sebuah kerajaan yang sah dan untuk menjaga kebajikan rakyat , Amerika
Syarikat dan Israel berharap kerajaan HAMAS akan runtuh dan digantikan dengan
kerajaan yang mudah dipengaruhi oleh kepentingan Israel. Amerika
Syarikat, sebagai syarat untuk memberikan bantuan, mendesak supaya HAMAS
mengiktiraf Israel, menghentikan keganasan, dan melibatkan diri untuk Pelan
Damai bagi Keamanan. Syarat yang dikenakan ini sebenarnya merupakan peras ugut ke atas HAMAS dan HAMAS
berhak untuk menolak desakan US itu. Sepertimana yang dikatakan oleh Ketua Biro
Politiknya, Khalid Mishal, Kami tidak akan menjual rakyat kami atau prinsip
kami untuk mendapat bantuan asing. Dalam
mengenakan syarat ini Amerika Syarikat nyata bersikap hipokrit dan double
standard. Ia menuntut HAMAS mengiktiraf Israel tetapi tidak mempedulikan
kedegilan Israel yang enggan untuk mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk
menentukan pemerintahan sendiri (self determination) dan hak untuk rakyat Palestin kembali ke tanah air
mereka sendiri sepertimana yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan
pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Amerika
Syarikat mendesak HAMAS, yang merupakan sebuah pergerakan pembebasan,
menghentikan perjuangan bersenjata sebelum perjanjian damai dirundingkan dan
ditandatangani. Sebaliknya, Israel pula tidak perlu memberikan komitmen bagi mematuhi
undang-undang antarabangsa dan mengakhiri pendudukan haramnya serta menghentikan keganasan ke atas umat
Palestin. Selepas
memusnahkan penempatan di Semenanjung Gaza yang sudah kehabisan sumbernya ,
Israel telah meningkatkan lagi operasi pembersihan etnik di Baitulmaqdis Timur
dan pembinaan penempatan di Tebing Barat. Ia telah menjalankan lebih banyak
pembunuhan, tangkapan dan mengenakan hukuman secara kolektif ke atas rakyat
Palestin tanpa sebarang tindakan berkesan oleh Amerika Syarikat untuk
menghentikan pencabulan
undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia oleh Israel. Ternyata Amerika
Syarikat tidak berhasrat untuk berbuat apa-apa untuk menghentikan tindakan
Israel yang haram ini. MAHKAMAH
ANTARABANGSA MENGESAHKAN PENCABULAN ISRAEL Amerika
Syarikat mahukan komitmen HAMAS untuk Pelan Damai bagi Keamanan. Tetapi Israel
telah membina Tembok Apartheid dan melancarkan lebih banyak penempatan haram dalam
wilayah yang dicerobohinya dan terus
melakukan pembersihan etnik
di Baitulmaqdis. Tindakan-tindakan ini sebenarnya sudahpun membunuh Pelan Damai itu
sendiri. Mahkamah
Keadilan Antarabangsa, dalam memberi pendapatnya berhubung isu Tembok Apartheid pada 9
Julai 2004, telah secara khusus mennyatakan Israel telah mencabul Konvensyen
Hague 1907, Konvensyen Geneva Keempat Hak Asasi Manusia, dan Hak menentukan pemerintahan sendiri
oleh rakyat Palestin. Mahkamah
itu menekankan bahawa Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan perlu
mempertimbangkan apakah tindakan seterusnya yang diperlukan untuk mengakhiri
tindakan haram itu akibat daripada pembinaan tembok ini
Melainkan bagi
Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang tidak bermakna, nampaknya tiada
tindakan berkesan , contohnya
mengenakan sekatan , diambil terhadap Israel untuk mengakhiri tindakan haram yang dilancarkan oleh Israel
ini. Dengan
penuh kebencian terhadap undang-undang antarabangsa dan terhadap pendapat ICJ,
pemangku Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert baru-baru ini mengumumkan
rancangannya untuk menjelaskan sempadan Israel dan mewujudkan Negara Palestin
yang lemah menurut kehendak Israel. Mengikut pelannya , Baitulmaqdis dan Masjid
Al Aqsa akan menjadi ibu negara Israel. TANGGUNGJAWAB
UMAT ISLAM MEMBELA PALESTIN DAN MEMBANTU KERAJAAN PALESTIN PIMPINAN
HAMAS Kini
adalah menjadi tanggungjawab OIC, Negara Islam dan kerajaan-kerajaan yang progresif untuk membantu rakyat Palestin
untuk terus hidup dan meneruskan perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari
penjajahan dan untuk mencapai kebebasan dan
keadilan. Rancangan Israel untuk mewujudkan Batustan bagi rakyat Palestin, sama
dengan apa yang dilakukan oleh rejim kulit putih ke atas penduduk Afrika di Afrika
Selatan. Rancangan ini mestilah
dihapuskan dan apartheid di Palestin juga perlu diakhiri. Kami
mengalu-alukan kenyataan oleh Menteri Luar Malaysia , Datuk Seri Syed Hamid
Albar baru-baru ini yang menyatakan bahawa Negara Islam perlu memberikan bantuan
kewangan dan bantuan lain kepada HAMAS untuk membolehkan ia menerajui Pihak
Berkuasa Palestin (PA). Sehubungan
itu, kami menggesa:
Kami
juga menggesa setiap umat Islam di Negara ini melaksanakan tindakan
berikut:
Presiden
George W.Bush President
of the United States of America
Kita
juga perlu melancarkan kempen, Minimum $1 untuk Palestin untuk menyuarakan
sokongan untuk kesejahteraan rakyat Palestin. Kenyataan
ini disokong oleh NGO:
Untuk
mendapat maklumat lanjut sila hubungi : Sekretariat
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) F
1014 B, Kampung Pondok Batu Hampar 08400,
Merbok , Kedah
Darul Aman, MALAYSIA Tal
/ Fax : 04-4571712
Email
:
[EMAIL PROTECTED]
Moderator
Hidayahnet
Group Information
hidayahnet · eGroup For Muslims Ummah
(Malay-based)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay. {Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125) -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|