KULIAH RUHANIYYAH  ke-4
 
 
KITAB AL HIKAM IBN ATAÂ’ILLAH
(Syarah Oleh Syeikh Said Hawa)
 
Disampaikan oleh:-
Al Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi
 ZamZam
Al Banjari An Nadwi Al Maliki
 
Tarikh :  7 Mac 2006 (Selasa)
 
Waktu :  Selepas Solat Maghrib
 
Tempat : Surau Anjung Rahmat
Tingkat 3, Bt.6, Jln Gombak,
Kuala Lumpur
 
Semua dijemput hadir !
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat
ABIM Pusat di talian 03- 61880300 atau Sdr. Mohamad
Raimi (019 3825762)
 
 
*Pengenalan Kitab
 
Kitab al Hikam yang dikarang oleh Syeikh Ibn AtaÂ’illah
al-Sakandari (709H/1309H) adalah merupakan kitab
tasawwuf yang tidak asing di dalam dunia Melayu
semenjak dahulu lagi. Ia merupakan kitab yang
mempunyai maksud yang dalam dan jarang orang yang
dapat menghuraikannya kecuali mereka betul-betul
memahami uslubnya. 
 
Oleh kerana manfaat kitab ini begitu besar kepada umat
Islam, ia telah diulas oleh begitu ramai
ulamaÂ’sehingga ke zaman kita ini.  Di dalam Kitab al-
Hikam yang diulas oleh Syeikh Said Hawa ini, gaya
ulasan beliau adalah mudah dan senang difahami. Beliau
mengaitkannya dengan uslub haraki. Ini tidak hairan
memandangkan beliau sendiri adalah seorang pemimpin
gerakan Ikhwan al-Muslimin di Jordan. Dalam ulasan
kitab al-Hikam ini, beliau turut menjelaskan
kekeliruan faham sesetengah kalangan terhadap isi
kandungan kitab al-Hikam ini dan kegagalan mereka
menjelaskan maksudnya yang sebenar. 
 
*Biodata Pengkuliah 
 
Yang Berbahagia Ustaz Fahmi Zam-Zam al-Banjari Al
Nadwi Al Maliki merupakan Mudir, Pasentren Yayasan
Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan
Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimatan,
 Indonesia. 
Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar di
Maahad Tarbiah Islamiyyah di Derang, Pokok Sena,
Kedah. 
 
Antara guru-guru beliau yang mashyur ialah ulamaÂ’
besar India, Almarhum Syeikh Abul Hassan Ali Alhasani
An-Nadwi dan ulamaÂ’ besar Makkah Alhamarhum Sayyid
Muhammad ‘Alawi al Maliki al Hasani. Beliau juga aktif
menulis dan telah menyusun beberapa buah buku
diantaranya; Siri 40 Hadits - Akhlaq Mulia, Penawar
Hati, Kelebihan Ilmu dan UlamaÂ’, Peristiwa
 Akhir
Zaman, Kiamat Hampir Tiba, buku Nasihat Ya Bunayya!
serta bibliografi Sejarah Hidup Almarhum Syeikh
An-Nadwi dan Almarhum Syeikh Muhammad al Maliki.
 
 


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke