Assalamualaikum wrmth wbrkth,
 
Semoga muslimin muslimat di dalam pemeliharaan Allah SWT.
 
Di sini saya ingin membuat beberapa makluman:
 
Insya Allah kami sedang mengusahakan untuk memujudkan Pusat Pemantapan dan Perkhidmatan Insan - (PEMANGKIN ) di sekitar kawasan Subang Perdana (berdekatan dengan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, USJ, Sg Buloh dll)
 
Pembinaan Pusat PEMANGKIN  adalah bermotifkan sebagai:
  1. Pusat Pembinaan Kecemerlangan Remaja melalui Program Cemerlangan Akademik Syakhsiyah Terpuji (ProCAST).
  2. Pusat Pembelajaran Orang-Orang Dewasa melalui Program Keluarga Bahagia Masyarakat Terbilang (ProKEMAT).
  3. Pusat Perkhidmatan Sosial, Kounseling, Khidmat Guaman, Khidmat Saudara Baru (Mu'alaf) dan lain-lain perkhidmatan yang difikirkan sesuai. Program Khidmat Masyarakat Terbilang (ProKHIDMAT)
Pusat yang digerakkan di atas dasar kasih sayang sesama insan, khidmat masyarakat dan sukarelawan.
Di antara aktiviti yang bakal dilaksanakan:
  1. Youth Centre - iaitu menghimpunkan remaja yang ada untuk dibantu supaya diperbaiki akhlaknya dan dimantapkan kehidupannya tujuannya supaya dapat membina generasi remaja yang bebas masalah sosial, mantap dengan syakhsiah dan berketrampilan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
  2. Seminar, Kursus, Kelas-kelas pengajian dan seumpamanya - kepada masyarakat awam, terutamanya mereka yang baru masuk Islam. Tinjauan kami mendapati ramai di kalangan masyarakat tempata yang amat berhajatkan kepada bimbingan termasuklah saudara baru yang memang sedang berhadapan masalah dengan keluarga-keluarga mereka.
  3. Perkhidmatan kemanusiaan secara percuma seperti kaunseling, motivasi, khidmat guaman, klinik kesihatan masyarakat dsbnya.
Semuga semua ini menjadi sebahagian daripada amal jariah kita..
 
KEPERLUAN BANTUAN:
 
Dengan izinNYA, kita telahpun dapat sebuah rumah kedai tiga tingkat di kawasan Subang Perdana yang telah diwakafkan untuk projek PEMANGKIN ini.
Cumanya kami masih memerlukan beberapa bantuan:
 
1. Tenaga-tenaga sukarelawan yang mampu membantu - dibuka kepada semua muslim/muslimah yang berminat untuk membantu. (Menjadi ahli PEMANGKIN)
 
2. Kami amat-amat memerlukan DANA untuk mengubahsuai kedai tersebut. di samping itu kami juga memerlukan DANA untuk menjalankan kerja-kerja amal jariah yang kita sebutkan di atas.
 
DIHARAPKAN SEKIRANYA SAUDARA/SAUDARI YANG MENGETAHUI SESIAPA SAHAJA YANG BOLEH MEMBERIKAN BANTUAN KEWANGAN, AGAR DAPAT MEMBERIKAN INFO TERSEBUT KEPADA KAMI.
 
Segala bantuan samada dari segi kewangan, mahupun tenaga amatlah di alu-alukan dan dihargai
sangat.
 
3. Kami juga ada menyediakan perkhidmatan untuk menguruskan zakat (berdaftar) samada perseorangan ataupun korporat / Syarikat. Zakat harta, pendapatan, perniagaan dsbnya itu akan kami uruskan dan seterusnya resit rasmi akan diberi untuk tujuan pengecualian cukai tahunan kerajaan Malaysia (LHDN). Semoga Zakat yang dikeluarkan itu dapat membantu saudara/saudari meraih keredhaan Allah dan pembersihan harta-harta yang ada itu.
 
Segala urusan samada bantuan dana, tenaga kerja mahupun jika ingin membayara zakat bolehlah menghubungi saya seperti di bawah:
 
Nama:     Tuan Haji Noorazman Bin Mohd Samsuddin,
                Pengerusi,
                PEMANGKIN,
Alamat:   101, Jalan BRP 7/3B, Bukit Rahman Putra,
                47000, Sungai Buloh, Selangor.
Tel:          019-388-6956
email:      [EMAIL PROTECTED]
 
Semuga ALLAH menerima semua amalan kita...aamin


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke