Subject: adakah kita hamba lelaki?

Wanita dan Feminsm 
 
DUNIA DAN FEMINISM

Isu yang kedengaran di Malaysia sekarang selain dari isu-isu yang biasa kita 
dengar adalah laungan Feminism. Ketika mendengar ke radio sebentar tadi, yang 
membincangkan conference tentang hak asasi wanita di Amerika Syarikat baru-baru 
ini menyedarkan kita betapa salahnya fahaman feminism ini, juga betapa 
sedikitnya suara wanita Islam yang kedengaran membela kebenaran Islam di dalam 
isu Feminism. Definasi Feminism atau takrifan nya yang boleh kita nukilkan di 
sini adalah...

" As a set of ideas espoused by a number of people- men and women- to form a 
movement whose goal is to attain the full equality of women." Contemporary 
political Ideologies. By Roy C. Macridis. Pg. 245.

Jika kita kaji bagaimanakah isu Feminism ini timbul, ianya adalah hasil ledakan 
daripada revolusi pembebasan hamba juga kesemarataan hak wanita di dalam 
masyarakat pada kurun ke 18.

" Feminism owes it's origin to the eighteenth sentury Enlightment philosophy of 
the West. " Modern Western Political Ideologies, an Islamic Critique by DR. 
Zeenath Kausar. Pg. 132.

Pada awalnya, Feminsim menuntut satu pembaharuaan di dalam diskriminasi wnaita 
di dalam tamadun Eropah untuk kesamaan di dalam pendidikan, ekonomi dan politik.

Bagaimana wanita di dalam tamadun Eropah, juga doktrin Kristian menjadikan 
wanita sebagai sehina-hina ciptaan di dalam fahaman mereka. Secagai contoh, di 
dalam doktrin agama Kristian di Eropah, wanita dikatakan sebagai "mother of sin 
and the root cause of all evil". Purdah and Status Women in Islam. by Syed Abul 
A'la al-Mauduwi.p 4.

MALAYSIA DAN FEMINISM

Usah kita langkaukan jauh-jauh. Sedang di Malaysia sendiri betapa hebatnya 
laungan ini di perbincangkan. Hujah mereka. Kami inginkan persamaan gender 
serta menghujam insititusi perkahwinan sebagai penghalang kemajuaan wanita.

Dua minggu yang lepas, isu tentang Feminism ini kami bincangkan di dalam kelas. 
Bagaimana ideologi ini adalah ideologi ciptaan yang bahaya dan telah tersebar 
ke serata dunia.

Kdengaran isu tentang bagaimana pemimpin gerakan feminism Malaysia yang 
kebanyakkan dikepalai oleh anak-anak bekas pemimpin tertinggi Malaysia iaitu 
'Sister In Islam' apabila ditanya mengapakah beliau tidak mahu berkahwin oleh 
salah seorang yang menghadiri seminar hak wanita di dalam dua minggu yang 
lepas; jawapannya: " Saya tidak mahu menjadi hamba lelaki!

Alangkah dangkalnya jawapan tersebut.


ISLAM DAN WANITA

Islam dengan segala keindahan dan kesempuranaannya sebagai ad-deen dan cara 
hidup yang sempurna berasaskan pada dua sumber utama; al-Quran dan Sunnah telah 
mengangkat darjat wanita ke darjat yang amat mulia.

Adilnya Islam..

" Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang 
ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan 
dianiayai walau sedikitpun" (An-Nisa': 124). Juga boleh rujuk di dalam Surah 
al-Ahzab: 35.

Cantiknya Islam..

Bagaimankah kiranya akal manusia yang terbatas ini ingin mengukur persamaan di 
antara lelaki dan perempuan dengan ukuran mereka. Cuba kita bayangkan. Jika 
kita ingin membuat satu baju yang fashionable dan hanya untuk wanita, tidak 
mungkin kita mengukur dengan tubuh lelaki. Mustahil pasti. Wanita dan lelaki 
Allah ciptakaan berbeza mengikut fitrah masing-masing. Wanita di dalam Islam 
bukanlah ciptaan yang hina. Malah Islam menjadikan wanita dengan kemuliaan yang 
telah digariskan, sebagai ibu dan isteri.

Hamba Lelaki...

Kata-kata daripada presiden SII tentang perkahwinan amatlah melucukan bila 
difikirkan. Cuba dibayangkan mereka yang melaungkan ingin memmartabatkan 
wanita, namun berkata." Aku tidak mahu jadi hamba lelaki." Tanpa disedari dia 
telah menjatuhkan maruah wanita itu sendiri. Ok, Just imangine...Dia secara 
tidak lansung seolah2 telah mebgatakan jadi ibu itu hina. Jadi isteri itu 
hamba. Secara tidak disedari dia sendiri menafikan kehidupannya sebagai 
manusia.Alangkah! 

Pretty Woman

Sedang Julia Roberts, pelakon Holywood terkenal yang berlakon berbagai-bagai 
filem terkemuka juga menyatakan apabila mempunyai anak kembar yang comel 
apabila mengahwini seorang jurugambar 'Danny' . " I'm happy and felt my life 
way so fullfilled, not just happy but fullfilled". Bezakan.. Bahagia dan 
terisi. Bahagia mungkin sahaja terjadi antara perkahwinan sonsang, seks bebas, 
hubungan luar tabie dsb. Tetapi terisi hidup adalah dengan perkahwinan mengikut 
fitrah dan hukum Allah.

Ini sunnah...

" Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan lalu ia mengajarkanya dan 
mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang 
melindunginya dari apineraka." Hadith Riwayat Bukhari.

Not to forget...

" Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang soleh; kalau engkau 
menoleh kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engaku bepergian, maka 
ia menjaga nama baikmu." (Muslim, Ibn Majah)

Begitu juga banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah tentang tingginya 
darjat wanita di dalam Islam. Menjadi isteri bukanlah menjadi hamba pada 
lelaki. Jauh sekali. Menjadi isteri adalah tugas yang mulia. Ketaatan pada 
suami bukanlah sesuatu yang membebankan namun ianya ditunaikan atas rasa 
tanggungjwb dan amanah. Malah, secara psikologinya, manusia memang memerlukan 
teman, dan perkahwinan melengkapkan pakej mencapai kebahagiaan dan barakah yang 
matlamatnya hanyalah Redha Allah.


Lelaki suka mendera wanita...

Nanti dulu. Sikap sesetengah lelaki yang mendera wanita dan menjadikan mereka 
sebagai hamba sahaja bukanlah ajaran Islam...Mari kita lihat apa yang 
Rasulullah s.a.w telah bersabda..

" Paling sempurna kaum mu'minin terhadap keimanannya ialah yang terbaik 
budipekertinya di antara mereka itu dan yang terbaik di antara kaum muslimin 
itu ialah yang terbaik sifatnya terhadap kaum wanita.." (Tarmizi)

Lihat sahaja rasulullah s.a.w melayan isteri-isterinya. Bagaimana lembutnya 
Baginda terhadap mereka. Malayan Saidatina Aisyah r.a bermain, menghormati, 
menyayangi malah mengiktiraf mereka di dalam medan ilmu dan jihad.. Saidatina 
Khadijah, pemangkin perjuangan Rasulullah s.a.w. saidatina Aisyah, antara 
perawi hadith yag paling banyak. Malah sumbangan wanita di dalam medan jiha 
juga tidak dapat dinafikann. Khansa' yang menyerahkan ketiga-tiga anaknya 
sebaga mujahid dan pulang sebagai syahid. Namun senyuman gembira yang terpatri 
di bibirnya."Telah aku tunaikan janjiku pada suamiku". Khaulah al-Azwar 
tegarnya berselubung hitam mendesah sahra' menyerang musuh...

WANITA YANG BAHAGIA...............
Wanita dengan segala kelembutan dan fitrah yang telah terpatri di dalam hukum 
biologi.....

nailofar 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke