Assalamualaikum,
 
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
 
Bagi saya secara peribadi, bukan UMNO sahaja perlu perlu dikorbankan tetapi mana-mana entiti yang membawa prinsip, pegangan, fikrah, pemikiran yang sama perlu juga diperangi hingga ke akar umbi. Kebencian kita biarlah kerana pemikirannya, perjuangannya yang berlandaskan assobiyah dan mengambil hukum-hakam selain Islam sebagai kitab untuk memerintah bukan individunya. Sebagaimana dakwah Nabi yang mendedahkan keburukan dan pemikiran sistem jahiliyyah.
 
Kepada penyokong UMNO yang membaca tulisan ini,
Kajilah perjuangan saudara/i itu kerana saya tidak akan menyalahkan saudara/i jika antum memang tidak pernah tahu apa yang ada di dalam UMNO yang tidak betul menurut syarak. Jika antum ikhlas mahukan kebenaran, Insyallah Allah akan tunjukkan jalan-Nya.
 
Amatlah penting bagi kita membenihkan kesedaran dikalangan umat Islam bahawa bukan kenaikan harga minyak sahaja yang perlu diperangi sebaliknya segala unsur yang bukan Islam perlu juga diperjuangkan untuk dicantas supaya pada akhirnya, semua hukum-hakam Islam dapat diterapkan secara keseluruhan. Apalah ertinya minyak murah jika disana sini, kita menyaksikan pandangan menyakitkan mata dengan pakaian wanita yang tak cukup kain, maksiat menjadi isu yang malas dah nak tahu, umat Islam sendiri jahil dengan hukum-hakam dan anggap cukuplah Islam dengan sekadar ibadah ritual semata.
 
Menanamkan pemikiran politik (afkar siyasah) di kalangan umat Islam juga sangat penting supaya mereka  menyedari pemikiran politik Islam itu adalah pengurusan hal-ehwal umat Islam, bukan memahami politik dari perspektif Barat.  Bukan apa, adakalanya letih melihat perbahasan dari kalangan yang faqih bidang agama tetapi isu yang diperdebatkan hanya dijuruskan pada pembacaan tahlil ke atas mayat, membaca Yassin di malam jumaat dan lain2 ibadah ritual sedangkan isu politik yang menjejaskan periuk nasi dan akidah umat Islam jarang ditekankan. Lena dan puas dengan amalan-amalan sunat tetapi tidak tahu cara menangani masalah jiran yang kelaparan.
 
Muslimin Muslimat yang dikasihi,
 
Telah sampai masanya untuk umat Islam menyedari apa yang sepatutnya menjadi priority atau keutamaan atau awlawiyat mereka. Adakah sekadar sekelumit hukum berkenaan hal-ehwal minyak atau sistem ekonomi Islam (nizamul iqtisad fii al-Islam)? Adakah jika harga minyak turun, kita pun menurunkan poster dan sepanduk?
 
Jika antum yang mahu Islam menjadi juara carta masih lagi terkebil-kebil bila ditanya tentang sistem ekonomi Islam, sumber kewangan/sumber pendapatan dalam Negara Islam, masih asing dengan istilah kharaj, usyur, jizyah, fai', ghanimah, rikaz. Tidak pasti bilakah pemerintah boleh memungut cukai dari rakyat, tidak pasti kutipan zakat untuk apa, tidak tahu minyak ini hak individu, syarikat atau hak negara - janganlah berlengah-lengah lagi. Belajarlah dengan yang tahu secepat mungkin. Kenapa?
 
Kerana jika perjuangan kita adalah membawa Islam, menyatakan bahawa Islam mampu selesaikan masalah orang Islam dan bukan Islam, maka kita kena tahu ada ilmu secara teknikal juga, bukan sekadar perasaan (masyair) mahu Islam tapi bila tanya satu habuk tak reti nak explain. Bila ada fikrah (idea), mesti jelas juga thariqah (method)nya.
 
CM - makin belajar, makin banyak tak tahu.
*
 
Perang slogan ekoran kenaikan harga minyak    
Tue | Mar 21, 06 | 11:26:11 AM
Oleh Zulkifli Sulong
PULAU PINANG, 21 Mac (Hrkh) - Ketika Perdana Menteri terus berkempen agar 'rakyat berkorban' ekoran kenaikan harga minyak, para pemimpin pembangkang terutama PAS pula berkempen 'Umno mesti dikorbankan' .

Mereka juga marah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengajak rakyat dengan slogan 'Rakyat kena ubah cara hidup' lalu mereka berkempen dengan slogan 'Ubah Kerajaan'.

Kempen ini bukan tinggal sekadar slogan sahaja bahkan dibuat dalam bentuk poster, sepanduk, kain rentang dan juga poster ceramah mereka.

Ia dipasang di merata-rata tempat dan dibawa ke setiap majlis yang mereka anjurkan.

Mesej mereka bukan disampaikan melalui ceramah yang bakal diadakan sahaja bahkan melalui poster itu sendiri.

Pada 31 Mac ini misalnya, poster ceramah anjuran PAS di Pongsu Seribu sangat menarik perhatian.

Menurut poster itu, ceramah akan diadakan pada 31 Mac ini di Pongsu Seribu dengan barisan penceramahnya adalah Mujahid Yusof (AJK PAS Pusat), Dato' Ibrahim Ali (anak angkat PAS) dan Saifudin Nasution.

Yang menariknya bukan maklumat itu sahaja tetapi slogan-slogan yang mereka kemukakan.

Pak lah kata "KITA MESTI BERKORBAN"
Rakyat Pulak Kata " BN / UMNO MESTI DIKORBANKAN "

 
NAJIB KATA " RAKYAT KENA UBAH CARA HIDUP "
Rakyat Pulak Kata " UBAH KERAJAAN "

Sebelum ini, PAS bersama beberapa NGO dan parti politik telah menubuhkan Gerakan Protes Kenaikan Harga Minyak dan Gas (Protes). Mereka juga mempunyai slogan iaitu 'Protes Sampai Turun'.

Inilah warna politik Malaysia sekarang.

Perasaan tidak puashati terhadap pemimpin kerajaan dicurahkan merata-rata hatta di dalam Debat Perdana anjuran RTM sendiri.

Naib Ketua Pemuda Keadilan sempat meluahkan pandangannya terhadap PM yang disifatkannya sebagai PM paling lemah.

Protes pula turun ke peringkat daerah-daerah mengadakan demonstrasi aman bagi membantah kenaikan harga minyak.  Penduduk Besut dan Kemaman yang tidak pernah melihat demonstrasi diadakan di kawasan mereka juga menerima kedatangan demo itu ditempat mereka.

Pengunjung Pasar Tamu Tawau, Sabah pula tiba-tiba melihat Pemuda PAS datang dengan pembesar suara memberikan ceramah kepada mereka tentang kenaikan harga minyak. Risalah-risalah kesedaran juga disebarkan untuk mereka.

Yang juga menarik adalah kerjasama dari pasukan keselamatan yang tidak berkasar dengan para penunjuk perasaan kali ini.

Walaupun mereka menyembur air menggunakan water canon di perkarangan KLCC minggu lalu tetapi air biasa sahaja digunakan bukannya air bercampur asid pemedih mata. Mungkin kerana masing-masing juga sedar kenaikan harga minyak kali ini bukan pembangkang sahaja yang kena tetapi bakal dihadapi semua golongan khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri menolak kenaikan harga minyak yang dikemukakan kerajaan itu dengan berkata, kerajaan tidak perlu menaikkan harga minyak kalau nilai mata wang ringgit dikaji balik.

Bagi menghadapi serangan bertalu-talu itu dan mengekang serangan dari dalam, Perdana Menteri telah memanggil satu pertemuan khas dengan para pemimpin Umno peringkat bahagian bagi menerangkan kenaikan harga itu.

Persoalannya sampai bila ia boleh dikekang apabila harga barang mulai naik, kos sara hidup mulai meningkat dan semua rakyat mula menerima tekanan akibat kenaikan harga minyak itu.


--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke