From: mahadzir abdulrani [EMAIL PROTECTED]
Subject: Surat Tunjuk Sebab Kepada PakLah:

TAG 2028:
Surat Tunjuk Sebab Kepada PakLah:
Kenapa Anda Tidak Boleh Dipecat?
(Show Cause Letter Issued to Paklah -Why Should You Not Be Sacked?)
Oleh: Rakyat Malaysia  - Laman [EMAIL PROTECTED]      
Kerajaan Abdullah Badawi suka sangat mengeluarkan
surat tunjuk sebab kebelakangan ini.

1) Surat Tunjuk Sebab Kepada dua akhbar Cina kerana
menyiarkan gambar Video pelancong berketuk ketampi.

2) Surat Tunjuk Sebab kepada Sarawak Tribune kerana
menyiarkan kartun menghina Nabi.

3) Surat tunjuk sebab kepada NST kerana lakaran kartun
itu juga.

Sekarang yang terakhir ialah surat tunjuk sebab kepada
12 syarikat bas.

Kami rakyat Malaysia mahu menyerahkan satu surat
tunjuk sebab kepada Paklah, pula:

- Uriah Ang Moh Khaw-

Dato Seri Abdullah Badawi
PutraJaya

Per: Surat Tunjuk Sebab

Dua tahun sudah berlalu sejak anda dilantik oleh Yang DiPertuan Agong menjadi Perdana Menteri negara ini, bagi pihak rakyat yang telah mengundi kerajaan anda. Kami dapati anda selalu sangat gagal menunaikan segala janji yang ditabur selama ini.

    * Anda telah berjanji mahu memperbaiki pentadbiran
kerajaan. Apa pun kayu pengukur yang digunakan, anda
memang sudah gagal segagal-gagalnya.

    * Anda telah menjanjikan konsep akauntabiliti dan
merancang penunjuk aras prestasi untuk agensi
kerajaan. Semua indeks ini (Key Performance Indices)
masih belum diumumkan lagi.

    * Anda telah berjanji mahu mengurangkan rasuah di
negara ini. Walaupun banyak kes rasuah yang
terbengkalai terutamanya di kalangan anggota kabinet
anda sendiri, mereka tidak pernah diheret ke mahkamah.

    * Anda telah berjanji bahawa alam sekitar dan
kesejahteraan rakyat akan dipertahankan. Sebaliknya
kita telah mengharungi banjir, kecemaran air minuman
kita, dan ancaman tanah runtuh

    * Anda telah berjanji mahu menegakkan satu
kerajaan yang bermartabat. Sebaliknya kami dapati
anggota kabinet anda adalah makhluk yang tamak-haloba
dan memperlekehkan tuntutan rakyat marhaen agar mereka
telus dan bersih daripada rasuah.

    * Anda telah berjanji bahawa pentadbiran anda
adalah adil dan saksama. Sebaliknya, tindakan yang
terkini untuk menarik balik subsidi minyak,
menampakkan betapa anda sengaja mahu membebankan
golongan marhaen.

    * Anda telah berjanji bahawa kerajaan anda akan
menghormati dan menegakkan hak asasi rakyat, budaya
dan agama mereka. Sebaliknya mereka dapati hak asasi
mereka semakin terhakis sejak anda memegang pucuk
kepimpinan negara.

Malahan, setelah diambil-kira segala kepincangan dan
kegagalan, kami hairan kenapa anda harus dibiarkan
terus menjadi Perdana Menteri, sedangkan tugas itu
nampaknya terlalu besar untuk anda tangani. Kami
terpaksa merumuskan bahawa anda memang lembik dan
tidak cekap untuk meneruskan jawatan itu.

Dengan ini anda diminta menunjukkan sebab kenapa kami
tidak boleh menamatkan khidmat anda sebagai Perdana
Menteri kerana gagal menunaikan janji yang anda buat
kepada negara ini.

Terima kasih

- Rakyat Malaysia
mahadzir abdulrani
Amir Hamzah


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke