http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Pendidikan/20060316074539/Article/

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) akan meneruskan dasar pengecualian yuran pengajian kepada pelajar miskin cemerlang yang mengikuti program ditawarkan universiti itu, bagi kemasukan Julai depan.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah, berkata langkah itu selaras dengan falsafah UiTM yang memberi peluang sama rata kepada Bumiputera mendapat pendidikan tinggi, termasuk di kalangan pelajar miskin.

Beliau berkata, mereka yang tergolong dalam kategori itu boleh memohon mendapatkan pengecualian yuran penuh pengajian sehingga tamat belajar.

"UiTM tetap memberi peluang belajar secara percuma kepada pelajar miskin yang memperoleh keputusan baik, jika mereka berhasrat melanjutkan pengajian di institusi ini.

"Langkah yang kita perkenalkan ini sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah keciciran pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana miskin," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Bertemu Pelanggan UiTM, di Jeli, Kelantan, kelmarin.

Sambil menjelaskan permohonan bagi mendapatkan pengecualian yuran pengajian itu akan disemak unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan, Ibrahim berkata, kriteria tertentu digunakan bagi menilai tahap kemiskinan.

"Ini penting kerana berdasarkan pengalaman lalu, ada penuntut di kalangan keluarga berada turut mengambil kesempatan memohon kemudahan disediakan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini beberapa penuntut sudah mendapat pengecualian yuran pengajian itu dan bilangannya dijangka bertambah setiap tahun.


--
"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"

Bicara Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/

Forum Harakah
http://forumharakah.com/


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke