Asal-Usul HAMAS (Part 1)
Posted on Monday, April 03 @ 10:59:56 MYT by admin

Analisis gunxx writes " Oleh : Maszlee Malik

HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba. Ianya juga bukanlah muncul kerana kekecewaan sesetengah golongan terhadap Fatah seperti yang pernah didakwa. Gerakan HAMAS merujuk kepada perjuangan yang panjang.

HAMAS mendakwa ianya kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam lewat Revousi Palestin 1936. Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang telah diterangkan di dalam perlembagaan mereka, adalah berpunca dari gerakan al-Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM telah ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928 lagi. Di dalam artikel ini, kita akan cuba merentasi sejarah melihat sejarah IM dan perjuangan Palestin serta bagaimanakah ia boleh bermetamorfosis kepada HAMAS.

IM dan Isu Palestin pra-1948

IM sebagai sebuah gerakan Islam begitu komited dengan isu Palestin semenjak awal terletusnya isu tersebut. Ketika berlakunya Revolusi Palestin pada tahun 1936, IM yang berpusat di Mesir telah memberikan respon yang segera. Lajnah Isnad Filistin telah ditubuhkan oleh IM di peringkat pusat sebagai keprihatinan mereka berhubung isu tersebut menurut Hassan al-Banna sendiri di dalam bukunya Mudhakarat al-Da'wa wa al-Da'iya, (hal. 240). Menurut Mahmoud Abdel Halim, pengarang buku al-Ikhwan al-Muslimun: Rukyah Min al-Daakhil (hal. 88-90), di antara tahun 1936 sehingga 1939, IM telah membekalkan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada rakyat Palestin. Mereka juga telah melancarkan kempen 10 sen untuk Palestin di kalangan anggota IM. Di Mesir pula, IM telah memberikan tekanan politik kepada kerajaan British yang pro-British kerana polisi-polisi British yang lebih berpihak kepada Zionis. Mereka juga telah melancarkan boikot ke atas majalah-majalah terbitan syarikat Yahudi. Di peringkat kempen pula, IM telah menyebarkan risalah-risalah dan buku-buku berhubung pendirian Islam di dalam isu Palestin.

Lajnah Isnad Filistin telah ditubuhkan oleh IM di peringkat pusat sebagai keprihatinan mereka berhubung isu tersebut menurut Hassan al-Banna (gambar) sendiri di dalam bukunya Mudhakarat al-Da'wa wa al-Da'iya, (hal. 240).


Ada juga sesetengah sumber yang mengatakan bahawa terdapat di antara para pemuda IM yang telah menyertai Revolusi 1936. Revolusi yang dilancarkan oleh Syeikh Izzudin al-Qassam itu merupakan pencetus kepada kebangkitan rakyat Palestin untuk berhadapan dengan British dan juga warga Yahudi pendatang. (Lihat: Salleh, Muhsin, al-Dirasaat ). Usaha IM dari Mesir ini telah mendapat perhatian dan dihargai oleh Hajj Amin Husayni yang menjadi pemimpin spiritual rakyat Palestin, serta mufti Palestin di waktu itu (Lihat al-Banna, Mudhakara, hal. 243-244). Bermula dari sinilah, hubungan di antara IM dari Mesir dan juga rakyat Palestin mula terjalin. Dari sini jugalah bermulanya IM melebarkan dakwah mereka di Palestin. Dakwah IM berkembang dengan pesat sekali di kalangan rakyat Palestin. Kemuncak hubungan di antara IM dan rakyat Palestin ialah penyertaan sukarelawan IM di dalam jihad menentang Zionis pada tahun 1948. Sungguhpun IM dan rakyat Palestin gagal mempertahankan bumi Palestin, namun penyertaan mereka menjadikan IM begitu hampir dengan isu Palestin. Hasilnya, ketika Hajj Amin Husayni mengecam kaum muslimin dari negara-negara Arab yang diam membatu tidak membantu, beliau mengecualikan IM dari kecaman tersebut (Lihat: Hroub, Khaled, HAMAS: Fikratihi wa al-Mumarasa al-Siyasa, hal. 15).

Walau bagaimanapun, jika diteliti kepada catatan al-Banna, usaha IM untuk menjalinkan hubungan dengan rakyat Palestin telah bermula semenjak tahun .... (artikel selanjutnya di www.palestinkini.info) atau http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=904



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

-------------------------------------------

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke