Oleh Wan Nordin Wan Yaacob  SEREMBAN, 7 April (Hrkh) -
Berikutan keenganan menyahut cabaran berdebat mengenai
isu kenaikan harga minyak, Pemuda Umno Negeri Sembilan
(NS) dikunjungi sekumpulan anak muda dari Angkatan
Muda Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan untuk
menyerahkan surat cabaran kali kedua di Pejabat Umno
Negeri dekat sini pada jam 10.30 pagi semalam (6 April
2006). 
Bagaimanapun kehadiran AMK di hadapan Pejabat Umno
pagi semalam disambut Pemuda Umno dengan aksi yang
disifatkan AMK sebagai ala 'gangster' dengan
menempatkan barisan Pemuda Umno negeri serta pihak
polis berkawal di luar bangunan.

Mereka telah disambut tidak kurang dari lima anggota
polis beruniform dan 15 orang anggota polis tidak
beruniform yang dapat dikenal pasti kerana mereka
merupakan anggota cawangan khas yang sentiasa terlibat
memantau program KeADILan.

Polis trafik juga ditempatkan dihadapan Bangunan Umno
bagi menghalang semua kenderaan meletak dan memasuki
kereta di kawasan tersebut.

Sementara Pemuda Umno Negeri Sembilan pula telah
menggerakkan tidak kurang dari 50 orang ahli mereka
untuk memenuhi ruang hadapan Pejabat Umno Negeri bagi
menghalang kedatangan rombongan AMK.

Helikopter polis juga berkeliaran di ruang udara atas
Pejabat Umno selama hampir 30 minit. 

Kumpulan Pemuda Umno yang 'berkawal' di sekeliling
bangunan Umno di ketuai oleh bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Rantau, Ghani Hasan yang juga adik
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Mohammad Hasan.

Dalam masa yang sama, dua wartawan akhbar berbahasa
Cina yang hadir membuat liputan dikatakan diarah
pulang oleh Editor mereka tanpa menunggu tamatnya
sidang media AMK. 

"Salah seorang dari mereka memaklumkan dihubungi
editor mengarahkan mereka pulang kerana orang atas
minta jangan buat liputan mengenainya, " kata 
Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Amiruddin Wahab.
 
Sementara surat cabaran yang mahu diserah sendiri
kepada Pemuda Umno Negeri Sembilan hanya diterima oleh
salah seorang kerani yang tidak mahu memperkenalkan
dirinya, kata Amiruddin.

Surat cabaran itu dihantar berikutan kenyataan media
Umno Negeri Sembilan mengenai penafian terlibat dengan
jemputan debat isu minyak yang telah diadakan pada 24
Mac di Wisam Anwar Ibrahim, Jalan Rahang Seremban.

Sebelum ini, AMK telah menyerahkan surat jemputan
kepada Ketua Pemuda Umno Negeri, Dato' Ir Jamlus Aziz
untuk berdebat dengan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta
Ramli; Naib Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan
Exco Kerajaan Negeri Sembilan, T Rajagopalu, malangnya
wakil Umno dan Barisan Nasional enggan menyahut
cabaran itu.

Dalam surat tersebut AMK Negeri Sembilan menyatakan
cabaran debat dan memberi tempoh 14 hari untuk Umno
Negeri Sembilan memberi maklum balas.

Amiruddin yang mengulas mengenai 'layanan buruk' itu
melahirkan rasa kesal kerana Umno menunjukkan sikap
seperti gangster dalam menyambut kunjungan AMK. 

"Ini juga menunjukkan ketakutan penguasa kerana
tertekan dengan isu kenaikan minyak ini. AMK berharap
Umno berani tampil untuk mempertahankan hujah mereka
mengenai kenaikan minyak," katanya.

AMK mempunyai terlalu banyak bukti dan fakta untuk
diperdebatkan untuk membuktikan kenaikan ini berlaku
kerana kelemahan pentadbiran kerajaan dan amalan
korupsi yang membarah, katanya..
 
Rombongan tiga wakil AMK Negeri Sembilan meninggalkan
bangunan Umno Negeri Sembilan jam 11.05 pagi tanpa
kejadian tidak diingini.
 

 




     
   
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
   
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke