Oleh : Zaidi Ismail
Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan juga kepada tidak kurang daripada 1.72 juta orang melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di
Persoalannya di sini adalah apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu adalah menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya adalah berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan. Bagaimanapun pada kali ini penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu yang di dalam kategori "masalah" sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi.
Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan. Apakah itu perancangan kewangan? Perancangan Kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah "personal corporate finance". Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan. Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Benar, separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart)di mana 4 orang ahli kelurganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi aliran tunai, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).
Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk "platform" dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam. Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk "platform" atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platfom (modal) merupakan tunggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.
Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platfom yang baik menerusi meminjam (leveraging) seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit. Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada 3 sumber pendapatan, samada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan. Manakala melalui pinjaman ini pula, individu boleh memperolehinya menerusi 3 cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap(kebiasaannya pinjaman perumahan).
Bagi individu yang ingin membina paltfom melalui cara meminjam (leveraging) ini, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada 2 yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah (interest). Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya. Terdapat 4 jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap(flat rate), kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi, kadar tahunan (yearly rests), kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer, kadar bulanan (monthly rests) untuk pembelian rumah(pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian (daily rests) yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta. Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian (daily rests). Ini adalah kiranya kadar sebenar (effective rate) untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.
Bagaimanpun sebelum seseorang itu meminjam persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya? Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platfom terlebih dahulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan (anggaran) 8% setahun dikompaunkan untuk 8 tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan Overdraf boleh digunakan sebagai platfom.
Setelah pembentukan platfom (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-
-
Menyelesai/mengurangkan hutang.
-
Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa
-
Penyediaan tabungan kecemasan
-
Keperluan pendidikan anak-anak.
-
Melawan kenaikan harga/inflasi.
-
Penyediaan menghadapi persaraan.
Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai? Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan. Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia ini, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar. Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah betul mengurus kewangan dan penyelesaian hutang secara holistik dan total anda boleh mengikuti bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi seperti yang dilampirkan dibawah:-
Bengkel Pengurusan Asas Kewangan Peribadi (16 April 2006)
Pelajarilah Ilmu Asas Perancangan Kewangan yang betul. Ketahuilah rahsia dan pelajarilah teknik untuk melupuskan hutang dengan berkesan, pelajarilah kaedah menjana perolehan dan pendapatan dari hutang anda. Anda mempunyai impian untuk memiliki rumah mewah? Kereta mewah, bercuti keluar negara dan sebagainya. Pelajarilah teknik perancangan kewangan yang betul untuk mencapai impian anda.
Ketahuilah Teknik dan Kaedah Mudah :-
- Melunaskan Hutang Tanpa Risiko.
- Menjana Pendapatan dari hutang anda tanpa risiko.
- Memiliki Rumah secara percuma tanpa perlu berhutang.
- Memiliki Kereta secara percuma tanpa perlu berhutang.
- Memiliki hampir semua yang anda impikan secara percuma tanpa perlu berhutang.
Daftarlah segera dan pelajarilah teknik-teknik ini dari Bengkel Pengurusan Asas Kewangan Peribadi yang dikendalikan oleh En. Abdul Aziz Ibrahim CFP (Suruhanjaya Sekuriti
Agenda Utama Bengkel
- Asas Perancangan Kewangan
- Teknik dan Kaedah Pelupusan / Penyelesaian Hutang (DIJAMIN)
- Penstrukturan Semula Hutang
- Teknik Menjana Perolehan / Pendapatan dari Hutang
- Teknik mengelak dan merendahkan kadar faedah (interest)
- Teknik Pengurusan Aliran Tunai / Perbankan (Cashflow Management)
- Penyediaan Platform / Modal
- Melupus / Menyelesaikan hutang
- Penstabilan Kewangan Peribadi
- Penstrukturan Semula Hutang
- Perancangan Pelaburan (saham/hartanah dll)
- Perancangan Insuran (pindahan risiko)
- Perancangan Cukai / zakat
- Perancangan Persaraan
- Perancangan Pengurusan Estate (wasiat / wasi)
Maklumat bengkel.
- Bengkel ½ hari pengurusan asas kewangan peribadi
- Yuran Bengkel :
- Package 1 == RM 100 (individu) sarapan pagi & makan tengahari (buffet) disediakan.
- Package 2 == RM 100 (suami isteri) hanya sarapan pagi disediakan.
- Package 3 == RM 150 (suami isteri) sarapan & makan tengahari (buffet) disediakan.
- Package 1 == RM 100 (individu) sarapan pagi & makan tengahari (buffet) disediakan.
- Lokasi bengkel : Hotel Singahsana Petaling Jaya (lembah klang) dan negeri lain di Semenanjung Malaysia.
- Tarikh : 16 April (Ahad)
- Masa : Pagi (9:00 pagi hingga 12:30 tengahari)
- Kemudahan : Tempat bengkel yang selesa, makan dan minum disediakan.
- Sijil Penyertaan diberikan
Siapa Yang Patut Hadir
- Mereka yang berhutang dan tak tahu cara nak bayar hutang
- Mereka yang CCRIS, CTOS atau Blacklist
- Mereka yang mahukan kebebasan kewangan (bebas dari hutang)
- Mereka yang nak hidup senang (tanpa perlu berniaga, jual produk, beli produk atau cari downline), ini bukan MLM, Direct Selling atau Jual Insurance.
- Mereka yang mempunyai impian dan wawasan hidup
- Mereka yang mempunyai kemuskilan tentang pengurusan dan perancangan kewangan yang betul.
Bagi yang beminat sila isikan maklumat anda dibawah dan kembalikan kepada [EMAIL PROTECTED] atau anda boleh hubungi Zaini Ismail @ BOB di 019-2759851 Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari http://360.yahoo.com/urusduit
1 |
Bilangan Peserta |
Individu atau suami isteri |
2 |
Nama Peserta |
|
3 |
Email |
|
4 |
No Telefon |
|
5 |
Negeri Anda |
|
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.