Saudari Norhanisah,

Saya juga turut bersimpati dgn keadaan saudari.  Tak banyak yg dapat saya sumbangkan.  Saya rasa cadangan di bawah adalah wajar.  Tak perlu utk kita berlindung dari kenyataan.  Jika ditakdirkan jodoh sudah tiada, lagi baik untk saudari memilih hala tuju saudari dan anak sendiri.  Buat apa hidup bersuami kalau batin dan perasaan tersiksa.  Saya rasa saudari tak perlu malu untuk meluahkan kedaan saudari terutamany akpd keluarga sendiri.  Pada mulanya mungkin sakit hati bila mendengar jawapan mereka.  Tapi ingatlah seburuk2 daging, dibasuh, dicincang, di makan jua.

Dalam hal keewangan, saya saya saudari patut memberikan priority kpd diri saudari dan anak2 saja.  Jangan hiraukan keperluan suami saudari.  Sebagai ketua keluarga, dia sepatutnya mementingkan keluarganya terlebih dahulu.  Bagitau terus terang yg saudari dah tak boleh memberi duit pada dia lagi sbb semua perbelanjaan terpaksa ditanggung oleh saudari sekarang ni.  Tak guna utk saudari mendukung biawak hidup.  Sekurang2nya mungkin boleh menyedarkan diri dia sikit.   Saya pernah mengalami masalah keewangan spt yg saudari terangkan dan ianya mengambil masa yg sangat lama untk recover dari budget defisit tersebut.

Selain dari itu, jika tiada reaksi dari suami, elok juga rasanya jika saudari cuba rujuk kpd pihak Jabatan Agama/Kadi bagi tujuan nasihat.

Wassalam

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
buat adik norhanisah,
bawa bersabar banyak-banyak, ingatkan Allah selalu dan mohon padanya setiap hari, jangan jemu supaya kehidupan rumahtangga adik bahagia. bawalah berbincang dengan suami adik baik-baik, dan mintalah kata putus daripadanya bagaimana kesudahan dengan perhubungan adik berdua. nanti kalau disimpan dalam hati akan meletup, parah jadinya. ingat anak-anak masih kecil. memanglah dalam jangka masa pendek kita rasa akan buat macam-macam, kalau diikutkan hati. bawa bersabat adik ye

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:


Assalamualaikum
Saya minta maaf terlebih dulu jika ape yang hendak saya ceritakan ini sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada para suami.Tapi saya tak tahu dimana hendak luahkan.Saya rasa disini saje yang saya mampu.Saya malu hendak berhadap dengan orang masalah yang saya hadapi.Saya malu kerana tak mampu membahagiakan suami saya.Walau telah banyak yang saya korbankan.
 
Saya telah mendirikan rumahtangga telah 3 tahun lebih.Saya mempunyai 2 orang cahaya mata(sepasang).Saya amat menyayangi suami dan anak-anak.Tapi 5 bulan yang lepas suami saya telah menduakan saya.dia bercinta dengan wanita lain yang berasal dari terengganu,mereka mula bercinta sewaktu suami berkursus di perlis hampir 4 bulan.Waktu itu saya sedang berpantang anak yang ke-2 dikampung.Mulanya saya tidak tahu,Tapi bila suami balik bercuti dia sentiasa tidak senang duduk dan h/set sentiasa ade ditangan,katanya dia main game.rupanya dia main sms dgn perempuan lain.Saya dapat tau bila saya tgk h/set dan buku nota suami saya,disitu tertulis semuanya,sms yang perempuan tu beri,mereka telah berkasih sayang,berindu rinduan dan mereka juga pernah berjumpa(ape yang telah diceritakan oleh suami saya).Saya rasa dunia saya gelap.
Suami yang saya sayang,yang sayang bantu di waktu susah,suami yang saya sanggup tanggung malu dengan keluarga,kawan2 malah boss saya sendiri hasil perbuatan dia kerana dia berhutang,hutang yang saya tak tau langsung utk ape.saya sanggup pinjam bank kerana bantu dia selesaikan hutang.Hampir belas ribu saya pinjam bank tapi saya tak nampak pun duit pinjaman itu kerana saya beri kepercayaan pada dia utk selesaikan hutangnya.tapi rupanya saya terkena lagi.saya tak tau duit itu dia gunakan utk ape kerana hutang ade lai yang dia tak bayar.Bulanan pinjaman saya yang tanggung.Barang kemas dia dah gadaikan,bila itu saya tak tau,yang saya tau barang kemas saya dah takde.Hampir 8 bulan duit nafkah utk kami anak beranak langsung dia tak hiraukan,malah hampir setiap bulan dia yang minta duit pada saya.walaupun marah saya tetap beri kerana baik buruk dia,dia tetap suami saya.saya sayangkan dia.Saya tertekan kerana semua saya kene tanggung dari duit sewa rumah,duit jaga anak-anak,duit susu&pampers anak-anak,makan pakai semua saya..saya langsung takde simpanan,hingga duit utk kegunaan saya sendiri tak mencukupi.Saya tak tau nak mengadu pada siape.nak mengadu pada keluarga,saya malu kerana dia adalah suami pilihan saya,nak mengadu pada kawan2 malu pada kawan,sebab bila dengan kawan2la saya ceria saya lupakan masalah saya..Bantulah saya.saya sayangkan keluarga sayang.Saya sayang suami dan anak-anak.Saya rasa saya dah korbankan semuanya...Saya tak nak kehilangan suami saya.
Bila saya tanya siapa sebenar perempuan tu.dia cakap sekadar kawan tak lebih dari itu.Tapi sebenarnya mereka berdua dah ade perancangan untuk berkahwin,saya tension...macam mane masa depan saya dengan anak-anak.saya kesiankan anak saya.Anak yang masih kecil yang tak tau ape-ape lai.Sebenarnya banyak lagi yang suami saya buat pada saya.Setiap malam saya solat dan berdoa agar rumahtangga saya berpanjangan,aman,bahagia..Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah saya.saya rasa tak tertanggung lagi.Bantulah saya......
 

 

New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.


Yahoo! Messenger with Voice. PC-to-Phone calls for ridiculously low rates.


Share your photos with the people who matter at Yahoo! Canada Photos


Share your photos with the people who matter at Yahoo! Canada Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke