Pengerusi Jawatankuasa Dakwah JIM, Muhammad @ Nicholas Sylvester Dalam Berita Harian
09/03/2006

Muhammad bantu mualaf hadapi tentangan keluarga
Oleh Hasliza Hassan

SESETENGAHNYA ada yang dibuang keluarga, tidak kurang juga dipukul atau dicederakan hingga patah tangan dan ada yang diancam apabila mereka menyuarakan hasrat memeluk Islam.

Namun bagi Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester, beliau bersyukur kerana tidak berhadapan tentangan hebat selepas memberitahu keluarga bahawa dirinya kini seorang Islam.

Memang keputusannya memeluk Islam menimbulkan kemarahan keluarga terutama bapanya yang tidak dapat menerima hakikat anak sulungnya sudah tersesat daripada agama yang dianuti sejak lahir.

Bagaimanapun, kemarahan itu tidak lama kerana keluarga akhirnya akur dengan keputusan yang diambil apabila melihat perubahan anak yang berubah ke arah kehidupan lebih baik.

“Pada malam saya beritahu bapa bahawa saya sudah memeluk Islam, berlaku pergeseran. Kami bergaduh kerana bapa saya marah. Saya terpaksa lari dari rumah agar keadaan tidak jadi lebih teruk.

“Saya pergi masjid tetapi malangnya masjid kunci. Saya tidur di luar bertemankan nyamuk. Itulah peristiwa yang saya lalui dengan keluarga. Bapa saya marah tidak lama, cuma beberapa bulan.

“Hatinya lembut apabila melihat perubahan pada diri saya. Kita tunjukkan ajaran Islam yang sebenar agar mereka berfikir kenapa kita mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Katanya, beliau tidak pernah menyalahkan bapanya atau keluarga lain yang mengambil tindakan sama kerana yakin tindakan itu didorong oleh perasaan sayang kepada anaknya.

Keluarga yang sanggup mencederakan anak atau adik beradik yang memeluk Islam mungkin berasakan tindakan itu betul dan kemarahan adalah disebabkan tidak mahu melihat saudara mereka termasuk golongan yang sesat.

Muhammad berkata, masyarakat perlu memahami keadaan yang dilalui keluarga apabila anak yang diharap dapat mengikut mereka masuk ke syurga dengan mendukung ajaran agama dianuti, tiba-tiba beralih kepada agama lain.

Justeru, katanya, perlu ada usaha untuk masyarakat pelbagai kaum di negara ini memahami pentingnya sikap toleransi agar perbezaan atau perselisihan faham mengenai agama dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Begitu juga bagi saudara baru yang memeluk Islam, mereka memerlukan sokongan serta bimbingan untuk berhadapan dengan kehidupan baru dan bagaimana berdepan tentangan keluarga yang tidak dapat menerima keputusan mereka menukar agama..

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Hidayah JIM berkata, melihat sendiri kesukaran serta penderitaan yang terpaksa ditempuhi sesetengah saudara baru semakin memberi keazaman kepada beliau untuk membantu mereka.

“Ada yang datang tangan patah dan pecah kepala sebab keluarga tidak suka masuk Islam. Ada juga yang dibuang keluarga, datang kepada kita sehelai sepinggang.

“Bayangkan jika kita tidak bantu, bagaimana mereka hendak menghadapi kehidupan sebagai seorang Islam. Sedangkan pada waktu genting seperti itu mereka perlukan sokongan dan segala bentuk bantuan,” katanya.

Beliau berkata, penerimaan dan batuan yang dihulurkan rakan Islam ketika beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam menjadi sandaran kepadanya untuk memberi layanan serupa kepada saudara baru lain.

Muhammad memeluk Islam pada 1985, ketika berada dalam tahun pertama tiba di Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan pertanian di Arkansas State University.

Penerangan seorang pensyarah Bahasa Arab mengenai ajaran Islam baginya cukup menarik sehingga menyebabkan hatinya terus terbuka untuk mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui dirinya seorang Muslim.

Walaupun ketika di Malaysia beliau sudah terdedah kepada ajaran Islam tetapi kehidupan umat Islam pelbagai bangsa di Amerika memberi keinsafan kepadanya bahawa Islam adalah agama merentasi batas kaum dan geografi.

Apatah lagi penerimaan dan sambutan yang diberi rakan Islam dari negara Afrika, Arab, China dan Amerika, menunjukkan kepadanya prinsip ajaran Islam yang sesuai untuk semua.

“Saya nampak Islam tiada perkauman atau membezakan suku keturunan, semua orang sama. Apabila masuk ke masjid, kita lihat orang putih, Arab, Afrika, Cina semua tidak ada bezanya.

“Saya bersyukur Allah yang sudah beri petunjuk dan hidayah kepada saya. Saya tidak menyesal lambat mengenal Islam kerana pada saya apa yang berlaku ada hikmahnya," katanya.

Lagipun katanya, beliau dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada agama, berikutan itu beliau tidak takut dengan kebenaran dan kerana itu selepas berjumpa dengan kebenaran, hatinya tidak takut memeluk Islam.

Sepuluh tahun di Amerika Syarikat, belajar dan kemudian bekerja, banyak membantu Muhammad mempelajari Islam secara terbuka serta bergaul dengan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.

Sambutan meriah, penerimaan serta layanan baik yang diberikan saudara Islam lain menguatkan keyakinan beliau bahawa Islam adalah agama untuk semua.

Bagaimanapun katanya, masih banyak usaha yang boleh dilakukan bagi meraikan saudara baru yang memeluk Islam agar kehadiran mereka dirasai dan disambut sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam.

Antaranya ialah mengadakan upacara pengislaman secara besar-besaran seperti membuat kenduri menyambut saudara baru untuk diperkenalkan mereka kepada masyarakat di sesuatu kawasan atau kampung itu.

Dengan cara itu, masyarakat Islam sekeliling akan dapat mengenali saudara baru mereka dan ini akan lebih mengeratkan hubungan dari segi layanan, memberi bantuan serta sokongan.

“Saya ingat ketika di Amerika dulu, selepas rakan tahu saya sudah memeluk Islam mereka datang dan peluk. Malah ada yang berebut ajak saya tinggal dengan mereka. Saya akan ingat sokongan mereka sampai bila-bila,” katanya.

Muhammad yang memegang jawatan sebagai Pengarah di syarikat perancangan strategik berkata, sebagai tanda syukur kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah, beliau sedaya upaya berusaha membantu saudara baru yang berhadapan dengan kesukaran.

Katanya, suatu hari nanti beliau ingin melihat agama Islam tidak lagi menjadi agama yang pelik bagi semua kaum di Malaysia kerana adanya sokongan untuk mereka dan lebih ramai lagi yang akan memeluk Islam.

“Pembabitan saya dalam kerja ini lebih kepada secara sukarela kerana selain memenuhi tuntutan agama yang menjadi keutamaan, pengalaman dilalui mendesak jiwa saya untuk membantu saudara lain,” katanya.

“Saya letakkan diri lebih daripada orang lain. Allah yang memberi nikmat yang banyak kepada saya , jadi saya bersyukur banyak dan kena buat banyaklah,” katanya.

PROFIL

NAMA: Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester
TARIKH LAHIR: 8 Disember 1966
TEMPAT LAHIR: Papar, Sabah
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian di Arkansas State University, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana Pemasaran Strategik di University of Hull, United Kingdom
JAWATAN: Pengarah Digital Consulting Sdn Bhd
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pengerusi Hidayah Centre JIM
ISTERI: Halizahton Mohamed Ali
ANAK: Mariam, 18
Fatimah, 16
Omar, 15
Abu Bakr, 13
Aseeyah, 11
Khadeejah, 9
Uthman, 6
Ali, 4
Aisyah, 1


INTIPATI
# Masyarakat perlu memahami keadaan dilalui keluarga apabila anak diharap dapat mengikut mereka masuk ke syurga dengan mendukung ajaran agama dianuti, tiba-tiba beralih kepada agama lain.

# Usaha perlu dilakukan untuk masyarakat pelbagai kaum di negara ini memahami pentingnya sikap toleransi agar perbezaan atau perselisihan faham mengenai agama dapat ditangani lebih berkesan

# Saudara baru perlukan sokongan serta bimbingan untuk berhadapan kehidupan baru dan bagaimana berdepan dengan tentangan keluarga.

# Banyak boleh dilakukan bagi meraikan saudara baru yang memeluk Islam agar kehadiran mereka dirasai dan disambut sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam.

Sumber: BH online 9 Mac 2006

 

Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 8310
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke