Assalamu'alaikum ....

Saya ingin respon masalah dan rungutan yang
dikemukankan oleh saudara kita itu berhubungan dengan
kanak-kanak yang menjual kismis dan lain-lain barang
bagi tujuan membantu anak-anak yatim.

Peringkat awal dulu mereka bergerak dengan memungut
derma disetiap pintu masuk pusat membeli belah dan
dihadapan bank-bank. Apabila pihak berkuasa ingin
mengambil tindakan, mereka tukar cara pendekatan lain
dengan menjual barang sambil minta menderma.

Semasa peringkat awal penyiasatan saya, satu hari
kutipan derma dari anak-anak ini di seluruh negara
mencecah sekitar RM70,000. Maklumat ini saya perolehi
dari keluarga terdekat pimpinan tertinggi kumpulan
ini.

Sebenarnya anak-anak yang memungut derma ini terdiri
dari anak-anak ahli dari kumpulan ini yang diambil
dari negeri-negeri yang berlainan. Mereka ini mengaku
bahawa mereka dari murid-murid kelas Tahfiz dan minta
supaya dibantu untuk pelajar-pelajar yatim yang
belajar di pusat-pusat pengajian mereka.

Kanak-kanak ini hanya belajar Al-Quran setiap hari
hanya satu jam saja. Selebihnya, mereka akan dilatih
bagaimana cara untuk memungut derma dan mempengaruhi
orang ramai supaya bersimpati dengan anak-anak yatim.
Padahal wang derma yang dipungut itu sebahagian
besarnya digunakan untuk perbelanjaan pimpinan kanan
mereka hidup dalam kemewahan.

Saya pernah dilaporkan oleh guru-guru agama yang
bertugas di pusat pengajian Tahfiz mereka dan memberi
laporan terperinci aktiviti di pusat tersebut.
Pelbagai dokumen telah diserahkan kepada saya. Masa
yang diperuntukan untuk mereka mengajar hanya 1 jam
sehari, kadang-kadang tiada kelas, sebab kanak-kanak
ini dibawak keluar oleh pakcik-pakcik yang dipanggil
ustaz, tapi mereka ini bukan mengajar. Walaupun
guru-guru Tahfiz ini dibayar gaji yang mencukupi, tapi
mereka rasa macam bersubahat menipu orang ramai bahawa
pusat Tahfiz anak-anak yatim ini betul-betul ikut
sistem pengajian Tahfiz.

Kumpulan ini bernama "Al-Mansoor". Kebanyakan
ahli-ahlinya terdiri dari bekas-bekas ahli Arqam. Cuma
ketua kumpulan ini bukan dari ahli Arqam. Tidak perlu
saya paparkan secara terperinci di sini, kerana ada
beberapa maklumat menjadi bahan kes siasatan saya.
Nasihat saya, bila anda jumpa kanak-kanak tersebut
sedang menjual kismis atau apa-apa barang, jangan beli
dan cuba tanya satu persatu nama, alamat dan lain-lain
lagi. Saudara akan dapati kanak-kanak ini akan pergi
meninggalkan saudara.  Sebab mereka bimbang rahsia ini
akan terbongkar. 

Maklumat lengkap insyaAllah saya cuba sampaikan
melalui kuliyah online.

Pegawai Penguatkuasa dan Penyiasat JHEAIK

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

>      
> Thu | Mar 30, 06 | 05:59:54 PM 
> Oleh Muhammad Azamin  SEDANG saya menjamu selera
> tengah hari baru-
> baru ini saya didekati seorang kanak-kanak. Andai
> saya, melihat pada 
> susuk tubuhnya, dia berusia sembilan tahun �
darjah
> tiga. Dengan 
> wajah keletihan dan badan lenjun peluh, si kecil
> menyua kotak kismis 
> berharga RM1.00 sambil bersuara "...derma untuk anak
> yatim, Encik."
> 
> Terbit simpati lantas menderma semampu saya. Sempat
> saya menyoalnya 
> walaupun nampak si kecil ini keberatan,
> terketar-terketar dan malu-
> malu alah menjawabnya.
> 
> "Ustaz hantar ke sini dan petang nanti ustaz datang
> jemput," katanya 
> mengakhiri perbualan.
>  
> Saya sebenarnya kabur dan keliru kerana selama
> beberapa kali 
> dihampiri oleh anak-anak ini, belum sampai ke
> pengetahuan saya 
> apakah objektif, tujuan dana ini dikutip dan mengapa
> pula mereka 
> pula ditugaskan meminta derma?
>  
> Mungkin saya tersalah raba, namun barangkali tujuan
> derma itu adalah 
> untuk menambah dan menampung hal ehwal kewangan yang
> ditampung oleh 
> sekolah anak-anak yatim terbabit. Selain untuk
> melatih supaya kanak-
> kanak ini belajar untuk berdikari di samping memberi
> imbuhan seperti 
> upah kepada mereka untuk sara hidup?
>  
> Walau apapun tujuannya, sesuaikah mereka dibebani
> tugas dan 
> tanggungjawab yang layaknya digalas oleh orang
> dewasa � orang tua?
> 
> Bukankah kerja menjaga, melindungi dan membantu
> hatta mencari wang 
> keperluan mereka adalah urusan penjaga, mudir,
> pengetua, cikgu, 
> ustaz dan sesiapa yang mempunyai kuasa.
>  
> Anak-anak yatim adalah anugerah Allah dan mereka
> diberi keistimewaan 
> tempatnya atas posisi mereka yang tiada ibu ayah
> sebagai tempat 
> bergantung. Amanah ini wajarnya dipikul bersama dan
> bukannya 
> diagihkan pula kepada anak-anak yatim itu sendiri.
>  
> Masa yang diluangkan untuk meminta derma sewajarnya
> digunakan untuk 
> belajar, beriadah, bersukan dan bermain sesuai
> dengan jiwa dan usia 
> mereka. 
> 
> Tetapi lihatlah betapa ramai anak-anak yatim yang
> bertebaran diceruk 
> ibu kota menjinjing tisu, kalendar, buku, kismis dan
> aneka peralatan 
> atas nama pengorbanan, berdikari dan ujian Ilahi.
>  
> Tenunglah mata mereka. Rautnya memancar kelesuan dan
> keletihan. 
> 
> Sudahlah malamnya tiada alunan dan usapan manja ibu
> ayah,  siangnya 
> pula dibiarkan sendiri keseorangan ke hulu ke hilir
> meminta simpati.
>  
> Soalan mudah. Adakah mereka yang menghantar atau
> memberi tugas 
> kepada anak-anak yatim sanggup melakukan perkara
> yang sama kepada 
> anak sendiri?
> 
> Apabila anak sendiri pulang membawa kad hijau
> bertajuk `walkathon � 
> jogathon' atas nama derma sekolah, kita secara
> spontan menjuih bibir 
> dan merengus. Keluhan kita bukan kerana wang yang
> diminta tetapi 
> kecewa kerana anak sendiri dipaksa berjalan mengutip
> dana dari rumah 
> ke rumah atau orang perseorangan.
>  
> Tiada terfikirkah akan keselamatan mereka sewaktu
> mereka `bertugas'? 
> 
> Kalau syarikat swasta dan jabatan kerjaaan,
> kakitangannya mempunyai 
> insurans dan perlindungan. Terjadi sesuatu
> melaksanakan kerja, maka 
> ada jaminan mereka.
>  
> Bagaimana pula kalau si kecil ini disamun hasil
> kutipan mereka, 
> dibelasah atau `dipau' oleh orang yang tidak
> bertanggunjawab? 
> 
> Saya pernah melihat seorang anak yatim yang berlegar
> keseorangan di 
> kawasan meletak kereta pusat beli belah. Sudahlah
> kawasannya gelap, 
> sunyi pula. Tempat sebegitu rupa mengundang bahaya.
> 
> Sambil berlalu saya sempat melihat kelibatnya yang
> menongkat dagu 
> termenung sendirian. Barangkali tidak sabar menanti
> ketibaan penjaga 
> yang menjemput.
>  
> Kalaulah begini rutin hidup mereka, amatlah malang
> sekali. Sudah 
> jatuh ditimpa tangga pula.
>  
> Maka barangkali kita menyerah bulat-bulat kepada
> Allah untuk 
> menjaganya. Jangan atas kelemahan diri, sesenang
> hati kita 
> bersuara `...apa yang terjadi adalah ujian Allah dan
> sabarlah 
> menghadapi...'
>  
> Menjadi tanggungjawab masyarakat dan badan berkuasa
> mengatasi 
> kepiluan dan kepayahan anak-anak yatim ini untuk
> meneruskan kehidupa 
> mereka.
> 
> Seperkara lagi, janganlah kita memalukan imej Islam
> dengan 
> membiarkan anak-anak Islam ini berkeliaran
> meminta-minta. Pernah 
> lihatkah kita anak-anak kecil bukan Islam melakukan
> hal yang sama?
>  
> `Anak udang, udang juga, tak sama anak tenggiri�
>  Anak orang, orang juga, tak sama anak sendiri.'
>  
> Janganlah kerana anak-anak yatim ini adalah anak
> orang, kita 
> Janganlah kerana anak yatim ini anak orang, kita
> perlakukan sesuka 
> hati tetapi jika anak sendiri kita tak sampai
> hati...
> 
> Saya pulangkan kembali kepada sesiapa yang mahu
> mematahkan hujah 
> ini.- lanh
>  
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke