Sabtu 7 April 2006 merupakan hari yang penuh dengan
kenangan. Seperti biasa sebelah paginya melakukan
kerja-kerja di rumah yang banyak tertangguh akibat
kesibukan kerja pada hari biasa. Pada waktu tengahari
sedang saya mengemas kertas-kertas dan fail di tingkat
atas terdengar loceng rumah berbunyi
“Assalamualaikum”. Anak saya dibawah memberitahu saya
ada orang jual buku. 

Apabila saya membuka pintu rumah didapati seorang
budak lelaki dalam usia 12-14 tahun memegang beg
plastik dan memberitahu ada buku-buku agama untuk
dijual. Saya mengajak budak tadi duduk di bangku
santai di luar rumah. 

Sambil membelek-belek buku-buku sekitar 10-15 buah
saya tanya budak tadi dari mana ?  Dia kata dia dari
Taman Ampangan. Saya tanya lagi sekolah mana ? Dia
kata Sekolah Seri Ampangan. Saya tanya lagi ayah kerja
apa ? Dia kata ayah dah meninggal. Saya masih
membelek-belek buku yang sesuai untuk dibeli sambil
anak-anak saya memerhatikan perbualan kami. Kemudian
saya tanya, emak kerja apa ? Emak tak kerja. Saya
tanya lagi, adik beradik berapa orang ? Jawabnya 6
orang. Saya bertanya abang dan kakak dah kerja ? Dia
kata abang kerja di Alor Star, kakak dah kahwin ikut
suami di KL.

Selepas puas membelek buku saya tanya anak-anak saya 2
buah buku, satu buku doa harian dengan ilustrasi satu
lagi buku kisah-kisah tauladan. Anak-anak saya
bersetuju. Saya tanya berapa harganya. Dia kata yang
satu tu RM 7, yang satu tu RM 12. Lalu saya
menghulurkan RM 20, budak tadi hendak memulangkan
baki, saya kata tak apalah, simpan sahaja.

Lalu saya tanya, dah makan belum ? Dia kata belum
makan. Saya tanya selalu makan apa tengahari ? Dia
kata emak dia masak nasi dengan sayur sahaja. Saya
tanya nak makan tak ? Dia mengangguk. Kebetulan isteri
saya sudah selesai masak tengahari , lauk ikan kembung
goreng dan gulai lemak cili api letak nenas dan ikan
kurau kering. Saya tanya gulai makan tak ? Dia kata
tak suka gulai. Ikan goreng dengan kicap sahaja boleh
tak ? Dia mengangguk. Kemudian kakaknya juga yang
sedang menjual buku rumah ke rumah lalu dihadapan,
lalu saya mengajak sekali makan. 

Isteri saya menyediakan makan tengahari, nasi, ikan
goreng dan gulai serta air kosong untuk 2 orang.
Dihidangkan diluar rumah, yang memang ada diletakkan
kerusi serta meja untuk bersantai. Budak tadi pun
makanlah adik beradik diluar dengan penuh sopan, tidak
berebut-rebut. Yang adik cuma makan ikan kembung
goreng, nasi dengan kicap. Yang kakak nampaknya suka
gulai. Nampak dari raut wajah mereka seperti mereka
lama tidak makan nasi berlauk melainkan lauk sayur.
Setelah selesai makan, budak-budak tadi pun,
mengucapkan terima kasih dan meneruskan usaha mencari
rezeki menjual buku rumah ke rumah.

Tengahari tersebut isteri saya sudah agak lama
menyiapkan makan tengahari, tapi nampaknya anak-anak
saya tidak ada selera nak makan. Selepas anak-anak
saya memerhatikan tetamu tadi makan dengan berselera
lalu anak-anak saya pun begitu berselera makan
tengahari sampai tak cukup nasi. Lalu isteri saya
beritahu anak-anak kami yang kita patut banyak
bersyukur, tengok budak-budak tadi macamana susah
mereka, begitu bersyukur dan berselera makan walaupun
hanya ikan goreng dan kicap.

Dua buah buku yang dibeli juga begitu menarik minat
anak saya untuk membacanya. Walhal kalau dicari
dikedai pun ada dijual buku tersebut. Kalau sebelum
ini anak-anak lelaki saya membaca buku komik naruto
atas tilam, saya perhatikan mereka membaca buku kisah
tauladan dengan begitu khusyuk tanpa henti-henti.

Begitulah ceritanya tetamu yang tidak diundang, tetapi
membawa bersama mereka keberkatan dan rahmat, tambahan
pula anak-anak yatim.

Tidak lama selepas itu hujan mula turun. Jam 3.30
petang hujan mula turun dengan lebatnya di Senawang
dan Seremban. Jam 4 petang ribut melanda, hinggakan
sebelum ini tak pernah hujan tempias di bilik
belakang, ianya tempias meleleh di tingkap belakang.

Mulanya angin kencang bertiup dari arah kiri ke kanan
rumah. Selepas itu diperhatikan pula arah angin
berpusing 180 darjah dari kanan ke kiri pula. Guruh
dan petir berdentum, kilat sabung menyabung. Deruan
hujan begitu kuat. Hampir Asr hujan mula reda. Lalu
saya pergi ke surau sambil memerhatikan keadaan
sekeliling. Hujan masih turun tetapi tidak lebat.
Khemah di surau roboh akibat ribut. Surau Alamanda
Alhamdulillah tiada kerosakan. Diperhatikan beberapa
batang pokok tumbang. Keesokan harinya laporan akhbar
mengatakan ribut tadi mendatangkan kerosakan yang agak
teruk sekitar Senawang dan Seremban. Dan ada yang
mengatakan angin puting beliung melanda.

Malam sebelum kejadian Dato Hj Arshad bekas Ketua
Hakim Mahkamah Syariah NS menyampaikan Kuliah Feqah di
Surau Alamanda, bab nikah kahwin, perceraian dsbnya.
Pada akhir kuliah beliau memberitahu segala bencana
alam yang berlaku sekarang ini adalah bala dan ada
sebab dan hikmahnya. Semua harta yang ada pada kita
ini milik Allah dan akan ditanya kelak katanya. Kereta
yang kita beli adakah kita gunakan jalan yang betul.
Kalau hujan adakah kita ke surau menaiki kereta, atau
sayang nak pakai kereta pergi surau bila hujan kerana
kereta baru dibasuh. 

Kata-kata Us Arshad malam tersebut terngiang-ngiang
apabila menyaksikan kemusnahan depan mata akibat ribut
yang melanda Seremban pada 9 April 2006, tarikh yang
sama kami sekeluarga dikunjungi tetamu yang amat
istimewa.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke