http://www.freewebs.com/hitea-acheh

MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAIHAN DAN ANAK-ANAK ACHEH

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah
(PALS)  akan menganjurkan MAJLIS HI-TEA BERSAMA RAIHAN
DAN ANAK-ANAK ACHEH  pada Ahad 7  Mei 2006 di Hyatt
Regency Hotel, Johor Bahru.

Penaung bagi Majlis ini   ialah Yang Amat Mulia Paduka
Puteri Tunku Muna Najiah binti Sultan Iskandar Alhaj.


Majlis ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi
membiayai infrastruktur anak-anak yatim Darul Aytam,
Banda Aceh.  Di samping itu ia menjadi medan
perkongsian  maklumat dan pengalaman serta memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan dan
kehidupan di Aceh selepas setahun lebih dilanda
Tsunami.

Majlis ini diilhamkan oleh sekumpulan pelajar lepasan
SPM 2005 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah  (SMIH)
yang telah  melaksanakan satu program khidmat
masyarakat selama sebulan di kawasan yang dilanda
tsunami di Acheh.  Sepanjang sebulan pada bulan
Januari-Februari 2006, mereka telah didedahkan dengan
penderitaan dan ketabahan penduduk Acheh mengharungi
cabaran membina kehidupan baru. Pengalaman mereka
bersama anak-anak yatim Acheh menimbulkan kesedaran
keperluan menyumbang bakti mengutip dana untuk
pembinaan bangunan dan operasi rumah anak-anak yatim
di Acheh.

Majlis akan diserikan dengan persembahan dari kumpulan
nasyid tersohor RAIHAN di samping menampilkan
anak-anak yatim dari Acheh sendiri.

Pihak PALS mendapat kerjasama daripada beberapa badan
bukan kerajaan NGO dalam menganjurkan Majlis ini
termasuk Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
dan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa'.

Bersama-sama ini disertakan brosur berkenaan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi:
Urusetia Program Hi-Tea
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah
(PALS)
d/a  8A, Perlaluan Besi 4,
Taman Sri Putri,
81300 Skudai Johor.
Tel: 07-5566370
Fax: 07- 5566357

http://www.freewebs.com/hitea-acheh

Sekian. Terima kasih.

Sila sebarkan maklumat ini.


Yang benar,

Muhamad Iqbal Hakim Bin Mohd Tahir
Pengarah,
Majlis Hi-Tea Bersama Raihan Dan Anak-Anak Acheh




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke