MELAYU DALAM BAHAYA
Petisyen 50 veteran dan pejuang UMNO

Dalam kesibukan UMNO mengadakan Majlis Tahlil di Ibu
Pejabat UMNO, mereka yang terdiri dari kepimpinan
veteran UMNO telah berjumpa di Crown Princess pada
10hb Mei 2005 membincangkan kedudukan Melayu Dalam
Bahaya dan UMNO yang menurut mereka PASTI akan MATI
sekiranya tidak ada perubahan di lakukan dengan kadar
segera dan secara serius.

Program yang di terajui oleh Bekas Timbalan Perdana
Menteri Tun Ghaffar Baba dan yang  turut hadir hampir
50 bekas kepimpinan UMNO yang terdiri dari bekas -
bekas Menteri, Timbalan Menteri dan kepimpinan lain
UMNO mengeluarkan satu memorandum yang akan di
serahkan kepada YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad
Badawi bagi menyatakan pandangan mereka khususnya demi
survival UMNO dan bangsa Melayu di negara ini.

Program ini menyaksikan ucapan Tun Abdul Ghaffar
secara panjang lebar menyentuh beberapa perkara
sensitif mengenai UMNO dan arah tuju UMNO andai tidak
ada perubahan drastik yang serius di laksanakan.

Antara yang paling drastik di sentuh adalah mengenai
kedudukan Melayu yang dikatakan merempat di negara
sendiri. Tun Ghaffar menyatakan kegusaran beliau
melihat senario yang bagi beliau jelas - bahawa Melayu
kini hanya bergantung kepada sedikit kuasa majoriti
politik dan selebihnya, baik pegangan ekuiti dan
ekonomi sudah hampir keseluruhan terlepas di tangan
bangsa - bangsa lain. Tun Ghaffar dengan berani dan
tegas menekan bahawa antara kesalahan yang dapat di
kenal pasti adalah kepimpinan UMNO sendiri yang tidak
lagi mementingkan perjuangan untuk orang - orang
Melayu tetapi hadir untuk kepentingan politik dan
kuasa berteraskan wang. Ini jelas dengan tersebarnya
wabak politik wang yang pada mulanya beliau sendiri
agak pesimistik mengenai kehadiran wabak itu.

Tun Ghaffar mengatakan bahawa UMNO sekarang ini goyah
dan rapuh dan menyifatkan bahawa sistem demokrasi
dalam UMNO sudah mati. Sekiranya tidak ada tindakan di
ambil maka UMNO pasti mati dan di susuli dengan
kematian Melayu dan seterusnya kematian Islam itu
sendiri di bumi Malaysia. Atas dasar mahukan UMNO
terus menerajui orang - orang Melayu, maka beliau
hadir pada sisa - sisa usia ini untuk menyampai amanat
ini, mengharapkan yang ada terus berjuang untuk
mengembalikan kewibawaan UMNO dan keutuhan UMNO
sebagai nadi untuk pembangunan bangsa Melayu
keseluruhannya.

Beliau kesal dengan sikap yang wujud antara beberapa
kepimpinan UMNO sekarang, yang hanya berpaksi wang
untuk memperolehi kuasa dan kuasa untuk memastikan
kewangan mereka kukuh. Ini bukan lagi perjuangan. Ini
membelakangkan perjuangan dan ini PASTI bagi beliau
akan memusnahkan UMNO itu sendiri. Tun Ghaffar dalam
ucapan nya turut menyelar Menteri Besar UMNO yang mana
beliau pernah cuba membuat temu janji tetapi setelah 6
bulan gagal mendapat peluang. Ini terbalik pula dengan
Menteri Besar Kelantan yang di cuba untuk membuat temu
janji oleh beliau. Sungguhpun Nik Aziz ketika itu di
Beijing, beliau memaklumkan dari Beijing yang beliau
akan balik keesokan hari dan telah meluluskan temu
janji pada keesokannya juga.

50 petisyen veteran UMNO dan pejuang UMNO.

Antara yang hadir menyertai program tersebut adalah
Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Mohamed Rahmat, Datuk Dr
Siti Zaharah, Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk
Mohammad Yaakob, Datuk Mokhtar Hashim Datuk Suhaimi
Kamaruddin dan beberapa nama besar lain.

Petisyen itu menggariskan 4 perkara mutlak yang akan
di sampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia yang juga
selaku Presiden UMNO. 4 perkara tersebut adalah:

1. Politik wang hendaklah di hapuskan habis - habisan

2. Memulihkan demokrasi yang telah mati dalam UMNO

3. Menuntut 30% penyertaan Melayu dalam ekuiti dan
ekonomi untuk bumiputera menjelang 2020

4. Memartabatkan Sekolah Kebangsaan

Antara yang paling menarik perhatian kami dalam ucapan
Tun Ghaffar Baba ialah mengenai matinya demokrasi
dalam UMNO. Peluang untuk bertanding jawatan penting
parti harus terbuka dengan tanpa adanya sekatan. Ini
akan memastikan presiden juga perlu bekerja untuk
memenangi sokongan kerana kemenangan mudah atau tanpa
bertanding akan menurunkan nilai dan erti kemenangan
sehinggakan ianya mampu menggugurkan amanah yang
sepatut di julang.

Tun Ghaffar Baba di jangka akan menyerahkan petisyen
50 tersebut sebaik sahaja beliau berpeluang untuk
bertemu dengan Pak Lah.

http://www.umno-reform.com/URnews/50petisyen.htm


    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke