Thu | Apr 27, 06 | 11:32:51 AM
Oleh Mohd Rashidi Hassan  KUALA LUMPUR, 27 April
(Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat kesal dengan
kenyataan Ahli Parlimen Rantau Ranjang, Abdul Fatah
Harun (PAS) yang mengaitkan kes perceraian dengan
sifat  'gatal' golongan wanita.

Ketua Penerangannya, Dr Siti Mariah Mahmood menegaskan
Muslimat PAS amat tidak bersetuju Abdul Fatah dan
menyifatkan perkataan 'gatal' yang ditujukan kepada
golongan wanita sebagai suatu penghinaan.

"Itu adalah pandangan peribadi beliau yang tidak
sepatutnya dibuat," tegasnya.

Abdul Fatah dilaporkan media sebagai berkata
kebanyakan ibu tunggal yang ada pada hari ini sama ada
disebabkan kematian suami atau diceraikan oleh suami.

Katanya, yang ibu tunggal kematian suami 'nampak
insaf', tetapi menyifatkan ibu tunggal dari kes
perceraian sebagai 'gatal'.

Ahli Parlimen Rantau Panjang tersebut membuat
kenyataan, ketika mencelah ucapan penggulungan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato'
Seri Shahrizat Jalil.

Kenyataan tersebut juga mengundang bantahan anggota
Parlimen DAP dan BN dari kalangan wanita.

Perkataan ‘gatal’ itu mengundang kemarahan ahli
Parlimen wanita BN dan DAP yang mahu Abdul Fatah
menarik balik kenyataannya.

Bagaimanapun, Abdul Fatah tetap dengan pendiriannya
dan mengatakan beliau hanya menggambarkan sebahagian
daripada wanita yang berperangai `tidak senonoh'
seperti itu.

"Saya rasa tidak perlu untuk menarik balik kata-kata
saya. Memang ada wanita yang menjadi `ibu tunggal'
kerana `gatal','' kata beliau.

Mengulas lanjut isu tersebut, Mariah menegaskan apa
yang disebutkan Fatah bukan merupakan pandangan ahli
dan pemimpin PAS sendiri.

Beliau berkata Muslimat PAS meminta supaya semua pihak
lebih sensitif dengan peranan wanita masa kini yang
jauh berbeza dengan suatu ketika dulu.

"Isu perceraian dan implikasi daripadanya merupakan
suatu yang sangat subjektif untuk dibincangkan secara
spesifik.

"Sebab itu kami tidak menerima sama sekali ungkapan
'gatal' yang ditujukan kepada golongan berkenaan
(wanita yang diceraikan)," tegasnya.


    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke