Himpunan Perdana : Selamatkan Kerajaan Palestin
Malam "MENYOKONG KERAJAAN PALESTIN HAMAS"

Pemidato :
Presiden PAS, Wakil Hamas, ABIM, JIM, TERAS

SABTU 13 Mei 2006
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar

Kempen RM1 Seorang untuk Rakyat Palestin semasa
Himpunan Perdana
Atau salur terus ke Akaun Tabung Maybank 564070703248
Parti Islam Se-Malaysia

Jualan buku Al-Quds Dalam Bahaya untuk tujuan kutipan
derma
Pelancaran TABUNG SELAMATKAN PALESTIN
Persembahan Nasyid Kumpulan Masaal

Semua diseru supaya menghadirkan diri...

*********************************************************
Rakyat Indonesia derma Palestin satu dolar seorang –
Utusan Malaysia 8 Mei 2006

JAKARTA 7 Mei - Lebih 10,000 penyokong sebuah parti
Islam yang popular hari ini berarak melalui
jalan-jalan utama di sekurang-kurangnya tiga buah
bandar Indonesia untuk menggesa Washington dan
sekutu-sekutunya supaya bekerjasama dengan kerajaan
Palestin pimpinan kumpulan militan Hamas.

Amerika Syarikat (AS), yang menyifatkan Hamas sebagai
sebuah pertubuhan pengganas, dan Kesatuan Eropah (EU)
telah menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak
Berkuasa Palestin selepas kemenangan kumpulan militan
Islam itu dalam pilihan raya umum Palestin.

Hamas gagal memperoleh dana asing kerana bank-bank
tempatan, serantau dan antarabangsa bimbang tindakan
oleh AS.

Kira-kira 10,000 penyokong Parti Keadilan Sejahtera
(PKS), sebuah kumpulan konservatif Islam yang terkenal
dengan pendirian antirasuahnya yang tegas, telah
melancarkan rapat umum di sini.

PKS menggesa rakyat Indonesia supaya menderma satu
dolar setiap seorang untuk tabung bagi membantu
masyarakat Palestin.

Beberapa ratus lagi melancarkan tunjuk perasaan di
beberapa buah bandar di wilayah Jawa Timur untuk
mengecam sekatan yang diketuai oleh AS ke atas bantuan
kewangan untuk Palestin.

“Kami menyuarakan bantahan kami terhadap AS dan
Eropah. Mereka mestilah menarik balik sekatan itu
kerana beribu-ribu penduduk Palestin kini diancam
kebuluran,” kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam
ucapannya pada rapat umum itu di tengah Jakarta.

Dalam pada itu, di Gaza, Presiden Palestin, Mahmoud
Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh semalam gagal
mencapai kata sepakat bagi meredakan krisis kewangan
yang mengancam menggagalkan kerajaan Palestin.

Penasihat Mahmoud, Nabil Abu Rdainah berkata pada
akhir rundingan empat jam di antara kedua-dua pemimpin
Palestin itu bahawa Hamas enggan mengubah dasarnya
yang boleh mendorong AS dan Eropah menarik balik
bantuan kewangan untuknya.

“Kami kesal kerana masyarakat antarabangsa enggan
berurusan dengan kami selagi kerajaan tidak mengubah
dasarnya,” katanya.

Mahmoud dan Ismail bertemu buat pertama kali dalam
masa sebulan bertujuan untuk cuba menyelesaikan krisis
kewangan yang bermula apabila AS dan EU membekukan
bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin
sebagai membantah dasar Hamas terhadap Israel.


    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke