From: "megatsuhaimi" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wed, 03 May 2006 08:45:00 -0000
Subject:  Muhasabah Diri.- Diri Hamba.........

Memang fitrah setiap manusia cukup senang dan puas  hati kiranya ada
orang memujinya seperti, "Awak ni,  baiklah"  dan sebagainya. Tetapi,
bagimana pula kalau sebaliknya? Tentu ramai yang tidak senang hati dan
sekaligus  menganggap orang yang tidak memujinya itu adalah  musuhnya.

Nampaknya kebanyakan manusia hari ini terlalu ghairah  dan leka dengan
pujian dan sanjungan sedangkan itu semua merupakan satu jalan yang
memudahkan seseorang itu terjun ke neraka Allah swt. Wal iyazubillah. 
Lebih parah lagi, ada di antara manusia hari ini  merasakan dirinya
baik, malah lebih baik dan lebih mulia daripada orang lain.

Atas alasan dan perasaan  demikianlah mereka kini menilik kelemahan
orang lain, selalu menganalisa orang lain, selalu nampak kesalahan
orang dan selalu merasakan orang lain dalam dosa dan noda. Alangkah
tertipunya mereka yang bersikap demikian tanpa mereka sedari rupa-
rupanya sifat  sombong dan angkuh menguasai diri dan jiwa mereka. Ia 
kini telah berjaya diperdayakan oleh nafsu ammarahnya. 
Jalan yang selamat untuk menjaga amal ibadah yang  telah dilakukan
sekian lama seperti sembahyang, puasa,  sedekah, menutup aurat dan
sebagainya ialah dengan  memiliki sifat-sifat yang terpuji, umpamanya 
seringkali merasakan diri bergelumang dengan dosa dan  maksiat, sering
merasakan ia melakukan kesilapan dan  kesalahan samada sesama makhluk
mahupun dengan Allah. 

Sikap selalu menganalisa diri sendiri dan merenung keaiban diri
(muhasabah diri), itu adalah satu sikap yang sewajarnya dimiliki oleh
hamba-hamba Allah yang  cintakan Allah, yang kasihkan Rasulullah, yang
rindukan syurga Allah dan yang gerunkan Neraka Allah swt.

Jangan sekali-kali termasuk ke dalam golongan orang  yang mengaku
dirinya sudah baik tetapi jadilah orang  yang bercita-cita untuk
membuat kebaikan sebanyak yang  mungkin, selalulah merasakan diri
tidak baik lagi dan  paling tidak sempurna amal dan tingkahlaku jika
dibandingkan dengan orang lain.
Untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan pada Allah swt dari satu
waktu ke satu waktu, muhasabah diri adalah suatu perkara yang sangat
bernilai dan penting sekali. Kita sepatutnya seringkali mengukur
sejauh mana ketaatan yang telah kita lakukan terhadap Allah dan dosa
apakah yang kerapkali kita lakukan terhadap-Nya.

Bagi hamba Allah yang benar-benar waras fikirannya ia jarang sekali
menyalahkan orang lain sekiranya ia dipersalahkan. Andainya ia benar-
benar bersalah ia akan bertaubat dan membuat perubahan diri, sekiranya
ia tidak bersalah ia berlapang dada dan berkata kepada hati kecilnya,
;Tak  apalah,  ini ujian untukku dan mungkin ini suatu penghapusan
dosa buatku.; Bagi orang yang rosak hatinya, sekiranya ia melakukan
kesalahan ia takut untuk mengatakan yang hak, ia tidak mahu mengakui
bahawa dirinya bersalah dan ia tetap mempertahankan bahawa dirinya
tidak pernah menyakiti hati orang lain. Ingatlah, hati yang tidak baik
akan melahirkan kelakuan yang buruk, ianya akan menjadi racun dalam
hidup dan membahayakan masyarakat serta alam sejagat.

Masalah hati tiada siapa yang tahu seperti kata pepatah,  ;Dalam laut
dapat diduga, dalam hati siapa yang tahu.;  Yakinlah bagaimana
pandainya manusia menutupi kejahatan hatinya, lambat laung Allah akan
menampakkan juga apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya. Seseorang itu
tidak layak mendapat gelaran hamba Allah yang baik dan yang suci
hatinya selagi ia:

1. Tidak mentaati titah perintah Allah sungguh-sungguh..
2. Tidak meninggalkan larangan-larangan Allah
3. Tidak menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
4. Tidak mengikiskan diri daripada sifat-sifat  tercela.

Bercita-citalah kita untuk menjadi hamba yang baik  sesuai dengan
tuntutan-Nya dan Rasul-Nya. Baik dari segi amal dan kelakuan, baik
hati dan halus tuturkata sesama insan. Hendaklah berusaha sedaya upaya
menghapuskan penyakit hati yang merosakkan diri seperti hasad dengki,
pemarah, iri hati, jahat sangka dan sebagainya. Beramallah semata-mata
mengharapkan redha Allah bukan untuk riak dan sombong.

Jagailah lidah kita daripada mengeluarkan tuturkata yang dapat
mencacatkan persahabatan dan tali persaudaraan. Jagailah tuturkata
agar ianya tidak melukai hati orang lain. Ingatlah ; tuturkata yang
mengandungi racun yang berbisa seperti melemparkan fitnah, memperli
dan menyindir orang lain, mencari-cari kesilapan orang lain untuk
dijadikan bahan yang membolehkan dirinya dapat mengambil keuntungan
dan publisiti di dalamnya, mestilah dijauhi.

Firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 46, maksudnya:
;Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik, maka kebaikan itu untuk
dirinya sendiri. Barangsiapa yang berbuat jahat maka kejahatannya itu
untuk dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiayai
hambanya.; Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah saya sendiri
untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak,  dan
bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang dan
redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-hambanya
yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak. ".











--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke