Pemimpin Umno gadai tanah negara PDF Cetak
Sun | May 07, 06 | 04:11:54 PM
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Tanah seluas 51170 ekar yang berada di negeri Johor yang kini dijadikan sebagai kawasan empangan air didakwa telah diserahkan kepada Singapura ketika Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang kini menjadi Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani menerajui pemerintahan negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk Wacana Kebangsaan Buruh, Anuar Tahir, pendedahan itu dilakukan oleh seorang pimpinan Umno negeri Johor ketika berada dalam kongres Serantau Bangsa-bangsa di Johor Bharu, baru-baru ini. Kata beliau, inilah nasib rakyat Malaysia yang berada di bawah naungan kerajaan BN dan mengamalkan sikap kerajaan `rahsia'.

Beliau berkata, Umno sebagai sebuah parti besar di negara ini tidak pernah memperdulikan hak rakyat sebaliknya pimpinan parti itu hanya memikirkan kepentingan diri dan mencari harta sendiri.

Anuar berkata demikian dalam ceramah sempena sambutan hari Buruh di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar malam tadi. Turut berceramah Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hasim. Hadir dalam ceramah tersebut, Setiausaha PSM, Aruchalven, wakil Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Letchmi dan rakan-rakannya.

Anuar selanjutnya berkata, Lajnah Buruh PAS merupakan lajnah yang paling aktif dan Umno perlu ingat bahawa lajnah itu akan terus memperjuangkan nasib pekerja yang tertindas.
"Ini berbeza dengan lajnah Buruh Umno yang sudah lama tidak bergerak, sepatutnya Umno yang fikir tentang nasib rakyat yang tinggal di setinggan, nasib pekerja yang tertindas dan sebagainya," katanya. - mns

Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke