Mulanya akhbar Melayu yang pertama Utusan Melayu
diterbitkan setiap hari. Kemudian masa berlalu orang
Melayu tidak berminat lagi dengan tulisan Jawi
diterbitkan Utusan Melayu seminggu sekali. Kemudian
apabila penerbitan Utusan Melayu dihentikan baru-baru
ini, maka kecohlah semua orang Melayu mempertahankan
seni warisan bangsa yang membawa kemerdekaan Tanah
Melayu iaitu tulisan Jawi. Lalu diterbitkanlah semula
Utusan Melayu akhbar tulisan Jawi sebagai sisipan yang
dikeluarkan seminggu sekali.

Kemudian keluarlah pelbagai cadangan agar Jawi diberi
penekanan dalam semua urusan seharian. Dan cadangan
yang terbaik ialah memperkenalkan Jawi pada generasi
muda dalam sabjek pembelajaran wajib di sekolah rendah
dan sekolah menengah.

Rentetan kemelut kepupusan tulisan Jawi warisan bangsa
Melayu ini, sedarilah kita satu-satunya institusi yang
masih mempertahankan tulisan Jawi ini dari dulu dan
sehingga kini ialah Sekolah Agama, terutamanya Sekolah
Agama Rakyat yang mendedahkan murid-murid serta
mewajibkan murid-murid mempelajari Jawi dari bangku
sekolah rendah lagi.

Ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa
Sekolah Agama hanya mengajar ilmu akhirat semata-mata.
Ini adalah tanggapan yang amat meleset sama sekali.
Sedangkan Sekolah Rendah Agama ini juga memberi
penekanan aspek duniawi, dimana para pelajar diwajikan
mengambil peperiksaan UPSR dan sebagainya. Dan
pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama ini mendapat
keputusan yang cemerlang. Ramai pelajar Sekolah Rendah
Agama ini memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR hanya
mampu melanjutkan pelajaran ke sekolah harian biasa
kerana sekatan yang dikenakan ke atas mereka untuk
memasukki sekolah berasrama penuh dan lain-lain
sekolah elit.

Justeru itu kerajaan sebenarnya tidak perlu bersusah
payah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi
melantik juru runding untuk memperkasakan semula
tulisan Jawi. Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah
menyalurkan semula bantuan per kapita kepada Sekolah
Agama Rakyat ini disamping tidak mengenakan sekatan
kepada pelajar-pelajar lepasan Sekolah Agama Rakyat
swasta untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain di
sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah elit lain,
agar pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama ini
dapat membimbing rakan-rakan mereka daripada sekolah
lain dalam bidang penulisan Jawi.

Apabila Sekolah Agama Rakyat ini diperkasakan sudah
pasti akan menarik minat orang Melayu menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Rakyat baik
yang dikendalikan pihak swasta mahupun yang dibantu
pihak Majlis Agama Islam Negeri. Bukan sahaja
anak-anak kita akan mendapat ilmu akhirat, mereka juga
akan cemerlang di dunia dan akan menjadi generasi yang
akan memperkasakan satu-satunya budaya penulisan yang
unik iaitu tulisan Jawi, warisan bangsa Melayu yang
tiada pada bangsa-bangsa lain, bahkan bangsa Arab
sendiri.

Rozmal bin Malakan
Senawang, NS




    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to